Saturday, 18 January 2014

Resepi Makanan Mia : Oats

Apabila Mia mula menjejak usia 7 bulan, Cik Yan excited sangat nak try resepi dari oats semua tapi ada sorang kakak ni pesan mintak advise dari paed dulu berdasarkan pengalaman dia.

Jadi Cik Yan cuma intro bubur nasi je dulu yang dikisar halus apabila Mia genap 7 bulan. Bila Mia kena jumpa paed dia, seperti biasa Cik Yan akan standby soalan sebelum paed tu tanya Cik Yan ada soalan pape tak. Kalu sesungguh takde soalan, dia akan cakap "betul ibu tak de soalan?". Terasa seperti em...macam Cik Yan tak ambil berat atau tak nak ambil tahu pulak.

Jadinya memang Mia tak dinasihatkan di beri oats dan rakan seangkatan melainkan bubur nasi. Pastu tanya lak kat kawan En Suami yang merupakan pakar jantung dan peparu di HUKM. Dia lagi best, pesan jangan beri oats dan rakan-rakannya sampai umur 2 tahun kerana serat yang tinggi akan membebankan buah pinggang dan organ yang lain. Orait...simpan saje oats yang kawan belikan itu dan mujur bertanyakan tentang tu pada paed dan kawan En Suami ni.

Tapi....genap je Mia setahun, terus terasa eh nak try la sebab resepi dalam internet dan fb rata-rata melibatkan oats. Jadi bila Mia nak kena cucuk MMRV dimana dia berlagak sangat comel dengan mengembungkan pipi dia ketika melihat jarum halus lagi tajam itu dimasukkan ke dalam pahanya yang macam drumstick KFC tu...Cik Yan tanya lagi soalan yang sama.

Yeah, boleh makan dah tapi pada keadaan sederhana dan mestilah..tak de maknanya Cik Yan nak bagi dia seharian makan oats. Cuma kepelbagaian diet dia bertambah la kan...maka balik rumah terus rendam oats tu dalam air masak bersama tepung gandum dan dibiarkan semalaman. Selepas itu, tos dan simpan dalam peti (agak2agak buat tu untuk stok 3 hari).

Maka, oats pertama Mia adalah savoury oats sebab kawan Cik Yan citer anak dia tak suka oats dan Cik Yan harus berhati-hati la kan. Pastu mula la di pelbagaikan campuran oats tu..mana yang Cik Yan ingat, Cik Yan list bawah ni.

1. Oats Labu

Bahan : oats yang dah direndam semalaman, labu, minyak zaitun dan air secukupnya

Masak oats dengan air kemudian masukkan labu yang dipotong ikut suka. Biarkan sehingga air berkurangan, labu lembik dan oats menjadi sangat lembut. Lupa..ni ada habbatus sauda. Siap dah..



2. Oats manis

Bahan : oats yang dah direndam semalaman, air dan berries.

Masak oats dengan air. Bila dah lembut masukkan berries tu. Cik Yan selalu letak blackberry dan raspberry yang di hiris kasar atau belah dua. Nanti oats bertukar warna macam purple..cantik tau..

3. Creamy oats

Bahan : oats yang dah direndam semalaman, air, labu, habbatus sauda dan cheddar cheese (guna block)

Masak oats, labu, habbatus sauda pastu nak dekat masak parutkan cheddar tu sikit dan kacau sampai cair...
 

4. Oats & dried apricot

Bahan : oats yang telah direndam semalaman, air, dried apricot yang didadu/ cincang
Masak oats dan apricots tu sampai lembut. Kalu rasa nak blend, boleh aje...


5. Oats Pisang hangus

Bahan : oats yang telah direndam semalaman, air, pisang & butter
Masak oats pastu letak butter sikit dan masukkan pisang..biar sampai kering dan melekit pisang tu..bila melekit tu yang dapat rasa hangus tu..heheh



Tu je kot yang mampu nak coret dalam ni. selebihnya memang main tabur je dan ikut apa yang ada pada masa dan ketika itu. Lagipun ada yang di tambah atau dikurangkan mengikut resepi yang ada type ni..




Resepi Makanan Mia : Cauliflower Soup

Ada satu buku ni En Suami yang suruh beli masa Big Bad Wolf hari tu pasal sup-sup.
Cik Yan pun dok belek sesatu resepi dalam buku ni dan datang rasa ingin buatkan untuk Mia sebab saje nak ajar dia kepelbagaian rasa sup. Jadinya mana yang Mia takleh makan, Cik Yan abaikan aje contohnya macam garam kan...

Sebab kat rumah ada cauliflower yang banyak jadinya terus cuba resepi sup ni.

Sup Cauliflower (Rujukan Soup from DK)

Bahannya (ikut buku terus tau..Cik Yan malas nak translate) :

2 tbsp olive oil
2 onions, finely chopped
Salt and freshly ground black pepper - Abaikan garam
3 garlic cloves, grated or finely chopped
4 celery sticks, finely chopped
2 bay leaves
675g potatoes, cut into bite sized pieces
1.4 litre hot vegetables soup
2 cauliflowers, trimmed and cut into florets
Drizzles of double cream (optional) - Takdenya Cik Yan letak.

Camner nak buat?

Panaskan minyak, tumis bawang dan masak selama 6-8 minit atau sehingga bawang lembut. Perisakan dengan garam dan pepper. Pasal dah kata pun buat untuk Mia, sah takde garam ye...
Pastu masukkan garlic, celery dan bay leaves. Biarkan sampai celery lembut ataupun anggaran masa 5 minit. Campurkan kentang dan masak lagi 5 minit pastu masukkan stok sayur dan dibiarkan mendidih.

Bila kentang dah empuk, masukkan cauliflower dan masak selama 10 minit atau pun sampai dia lembut. Pastu buang bay leaves tadi dan masuk semua bahan tadi dalam processor dan whizz sampai halus. Kalu pekat, tambah lagi stok sayur tu...Kalu rasa tak sedap, tambah lagi garam dan pepper. Tapi diulang semula, Cik Yan tak letak garam sebab buat untuk Mia..

Kalu tengok cara Cik Yan type tu, tengok bahan2 tu..ala korang agak2 je sebenarnya. Dapur kita mana sama kan...kalu rasa dah empuk, dah lembut buat proses seterusnya takyah lurus sangat mengikut masa yang resepi ni cakap. Cik Yan letak sebab Cik Yan ikut je apa buku ni tulis. Heheheh

Hasilnya.......Mia tak suka sangat pun...Mia tu tekak melayu sejati tak pandang western2 ni. Hahahahahah.



Muffin Raspberry dgn repui (crumble la)...:)

Semalam sesambil teman Mia, konon nak cari resepi makan tengah hari dia tapi ntah naper google tang dessert. Maka terjadila kisah pembuatan muffin untuk Mia dan secara tak langsung dapat la mengurangkan stok raspberry Mia yang terlebih beli semalam. Cik Yan try makan, memang sedap sampai tak sedar dah makan 2 biji sebelum Mia rasa.


Sape nak buat, trylah..bukan untuk bebudak je (tau kan Cik Yan strict tentang pemakanan Mia).

Muffin
 1 1/2 cups all-purpose flour
3/4 cup gula
1/2 teaspoon garam - Cik Yan abaikan
2 teaspoons baking powder
1/3 cup minyak sayur - nak guna butter cair pun boleh
1 egg
1/3 cup susu
1 cup fresh raspberry

Crumble
3/8 cup gula - Cik Yan guna 1/4 cup + 2 tbsp
1/4 cup all-purpose flour
1/4 cup butter, cubed


Memula panaskan oven pada suhu 200C.
Ayak tepung dengan baking powder pastu gaul sebati dengan gula.
Satukan minyak, telur dan susu dalam measurement cup size 1 cup tu. Kalau tak penuh, campurkan susu lagi (memula pukul sikit telur tu pastu baru tambah susu sampai penuh).
Tuangkan sedikit demi sedikit kat campuran tepung tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan raspberry tadi dan leh letak dalam muffin cup / tray.

Untuk Crumble pulak :
Guna garfu untuk gaulkan tepung, gula dan butter kemudian tabur atas adunan tadi yang dah siap dalam cup/ tray.

Bakar untuk jangka masa 20 minit atau bila pencucuk tu bersih / tak melekit lagi.


Sebenarnya kan,,,,resepi asal adalah blueberry tapi  Cik Yan  mana leh sentuh blueberry sebab favourite Mia tu. Raspberry terlebih beli dan selalu untuk masak dengan oats je..dia kan tak tahan lama..nanti kita try blackberry lak...

Sunday, 5 January 2014

American White Sandwich Bread

Rasanya banyak kali mencuba mendapatkan resepi roti putih yang kena pada tekak Cik Yan..asyik cuba resepi dari satu blog je sebabnya resepi dia memang kalu buat menjadi tapi lelama terasa lak internet tu punyala banyak sumber jadi naper nak guna sepenuhnya.

Pagi ni memang nekad nak buat white loaf sebab nanti senang leh buat biskut instant Mia dan Cik Yan nak minum kopi cicah roti pun ada kan...

Gigih google resepi sambil makan sarapan...Cik Yan buat nasi lemak je..dan Mia tu Cik Yan lecek telur rebus bagi makan dengan hash brown dan daging burger.. home made ek semua..

Bahannya

3 1/2 cawan tepung roti
2 sudu kecil garam
1 cawan susu full cream suam
1/3 cawan air suam
2 sudu besar unsalted butter di cairkan
3 sudu besar madu
2 1/4 instant yeast - opkos Cik Yan guna Mauri Pan..
1 sudu kecil bread improver - Cik Yan pepandai tambah

Resepi asal (chefinyou.com) guna tangan je tapi tangan Cik Yan manala larat nak menguli jadi mestilah masuk dalam bread machine..

Cara Cik Yan buat..

Panaskan susu dengan butter pastu biarkan sejuk. Kalu rasa susu tu panas sangat, air tu takyah guna air suam..

Jadinya tuangkan susu dengan butter tu ke dalam bekas penguli roti diikuti dengan air dan madu.

Ayak tepung roti dengan bread improver pastu masukkan garam dan akhir sekali taburkan yeast tu kat atas. Pastu tekan la bread machine tu dan pilih crust mana yang mahu dan Cik Yan kali ni memilih light crust je sebab biasanya medium.

Tengok timing kat bread machine dia amik masa dalam 2 jam lebih je.



Project 2014

Simple je projek yang ada dalam kepala ni...

Tertiba ada lak lebih dari sebuah buku masakan....





Takkan buat baca je kan....

Jadinya untuk tahun ni, dah cuba sekurang-kurangnya 15 resepi dari semua buku ni.

Hajat di hati sebenarnya nak type 50 pastu terasa eh ambitiousnya...lagi lak..karang kurang masa pulak dengan kesayangan...jadi 15 sudah...tu minimum la...

Maka...hobi membuat kek / pastries atau apa jelah kategorinya bermula kembali...

Skang tak yah sesusah fikir camner nak bawak opis...sebabnya pasang je niat bagi jiran / guards / letak je kat surau bawah...Hehehehe



Friday, 3 January 2014

Resepi Makanan Mia

Sejak pepagi bagi makan oats dekat Mia mula terasa nak tukar lain lak jadi terus baca lagi pape yang patut dan hasilnya agak tertarik pada cous cous penangan dari Masterchef Australia tu..hahaha.

Kenapa cous cous?

Ianya lebih mudah disediakan berbanding oats..almaklumla oats tu nak kena beli yang rolled oats tu pastu kena rendam semalaman pulak pastu nak kena masak sampai lembut. Bukan macam oats biasa yang guna air panas tu je. Lagi satu, melalui pembacaan, katanya cous cous jarang membuatkan bayi sembelit. Try kat Mia, dia suka je ...mmmm memangla Mia ni suka makan tapi kalu dia tak gemar, dia masih makan tapi agak kelambatan nak abis...

Memula intro cous cous tu masa Mia genap 13 bulan dan Cik Yan cuma bagi dengan buah je..pastu lelama dipelbagaikan..ni salah satu resepi cous cous yang dalam kategori dipelbagaikan tu..kalau ada yang tertanya mana nak dapat cous cous ni, Cik Yan beli kat bahagian organik di Aeon tak pun kalau korang jenis tak kisah, carik je kat bahagian rempah-rempah tu...



Cous cous
Daun kari
Bawang merah
Bawang putih
Biji sawi
Tomato
Minyak zaitun

Bawang merah, bawang putih di hiris atau tumbuk mengikut apa yang kita suka, tumis bawang2 tu sekali dengan biji sawi dan daun kari.

Bila bawang dah layu, masukkan tomato, couscous dan air secukupnya dan kacau sehingga cous cous jadi likat ke apa istilah nak guna tapi yang pasti jumlah air tu berkurangan la...

Pastu ta daaaaa..siap dah..



Boleh gak kalu anak tu kurang berat kan..tumis dengan unsalted butter..heheheh. Boleh je nak pelbagaikan sayur cuma masa Cik Yan buat ni, nak cepat supaya Mia dapat sesama bekpes dengan kami..hasilnya memang laju je dia makan banding 2 hari sebelumnya di mana Cik Yan bagi couscous dengan puri labu...

Oh..lupa selit jelah kan kat sini...kalu nak cepat sangat pepagi tu kan...Cik Yan rendam je cous cous dengan air panas pastu tos, pastu letak la buah pape yang ada...

Pasni kalu nak gi travel, memang cous cous jadi pilihan sebab tak perlu masak memadai dengan air panas pastu kalu makan kat hotel ke, amik je buah yang ada kat buffet tu letak dalam cous cous tu...

cous cous dgn blackberry

Cous cous dgn puri kurma dan kismis

Cous cous dgn berries



Resepi Makanan Mia


Pagi Ahad, breakfast apa ek..oh ya..makan roti cicah kopi..maid pun kata dah bekpes jadi takdelah rajin nak buat nasi goreng ke apa sebab En Suami still tak balik lagi.

Pasal dah takde apa sangat, Mia pun tido lagi makanya merajinkan diri buat daging burger untuk dijadikan stok makanan Mia.

Sebelum tu dah google dah tapi resepi rata2 untuk orang dewasa kan jadi Cik Yan guna mana yang jadi bahan penting yang ada dalam setiap resepi beef patty ni.

Resepi Beef Patty:

Mince beef
Oregano flakes/ thymes/ parsley
Homemade breadcrumbs
Sebiji telur.
Black pepper

Satukan minced beef, telur, black pepper dan group herba omputih tu..pastu letak breadcrumbs sikit demi sedikit. Sambil gaul tu tekan sikit2 daging tu mana tau ada air daging banyak sangat..Cara nak tau masa bila breadcrumb dah cukup ke belum adalah dengan buat bulat2 pastu ratakan..Kalu takde yang pecah tepi2 tu kira cukupla tu..

Memandangkan ini adalah untuk Mia, sah2 takde garam kan tapi kalu nak buat lagi, Cik Yan plan nak letak bawang tumbuk, habbatus sauda menggantikan black pepper dan letak homemade tomato sauce dalam daging tu sikit..


Resepi Hash Brown :

4 biji kentang – rebus tapi jgn terlalu empuk
Bawang besar dadu
Cheese – guna cheddar block, parmesan block pastu parut.
Minyak sesuka hati –  guna minyak zaitun dari tanah Palestine
Homemade bread crumb

Kentang direbus, amik 2 biji potong dadu besar sesuka hati pastu lagi 2 tu parut atau lenyek cukup syarat. Gaulkan dengan bawang, cheese, minyak dan breadcrumb sampai leh berpaut. Pastu bentukkan sesuka hati dan simpan dalam tempat beku. Cik Yan tekan2 dalam acuan sebab saje nak ada bentuk walaupun Mia tu boleh je ngap.  Kalau takde acuan, ala rapat2 kan je kentang tu supaya bersatu dan buatlah macam empat segi ke bulat ke…


Sebab nak bagi Mia makan, Cik Yan masuk je dalam oven lepas renjis2 minyak zaitun kat tray tu. Sekali bakar dengan patty tu..tapi waktu bakar tak sama la..Cik Yan kuarkan hash brown pastu biarkan beef patty tu.

Hasilnya..next time kentang nak kasar dan kurang empuk sebab bila tekan2 dia dah jadi padat maka takde nampak macam hash brown Mc Donald pun…

 

Kesemua bebenda ni Cik Yan letak dalam plastik yang ada mcm zip tu pastu susun cantik dan simpan dalam peti beku..Makanya ada dua jenis dah dalam peti tu buat kudapan Mia di kala mama tak sempat nak prepare makanan secukupnya time mama keje.

Pasal rajin sangat kan Cik Yan nak membuat ni dan nak kena goreng2 sah2 la tak bagus kan..mulala menyimpan hasrat untuk memiliki air fryer..padahal bukan takleh guna oven buat macam Cik Yan buat skang kan...