Nape tertiba nak landed pulak..padahal rumah skang baru je 2 tahun duduk. Heheeh..Memula masa masuk rumah sendiri, seronok la samgat..ruang lagi besar dan nak kuar masuk bilik pun tak mengganggu orang..Bayang jelah rumah sewa dulu, kuar bilik kena lalu depan orang yang duk bertamu. Watnye orang laki dok terbaring tak pakai baju..bosan ai...
Rumah sendiri? Memang best..ada kolam, dekat lrt, pepagi leh dengar lagu Negaraku. Almaklumla rumah dekat sekolah..Tapi ketidakseronokkan bermula apabila tamu yang datang duk di kawasan ruang legar, macam takde privacy pulak bila kuar bilik ada orang dok perati..tak pun bila dia terjaga kerana kita jalan2 menyiapkan keje rumah. Aisy...satu hal pulak.
Sejak ada Alpha ngan Beta pulak, kena memborong pasir dan makanan..adeih ha..berat nak angkut sesorang dari parking, tunggu lift and bawak masuk rumah..bila shopping groceries pulak..mulala bercinta kalu sesorang..time membeli amik letak dalam troli tak rasa apa tapi time bayar baru teringat alamak..nak kena angkut sesorang..tu yang teringat kalu shopping ngan mak abah dulu...senang je keje..kuarkan barang dari bonet terus bawak masuk rumah..takde pit stop memana.
Bila nak pilih rumah bertanah nanti, sebolehnya la Cik Yan nak sangat ada ruang privacy time tetamu datang. Bukan apa, time family En Suami datang, rasa macam citer2 Cik Yan suka tengok tu macam tak sesuai je. Adik dia pun dok kata Cik Yan orang bandar, cara lain tak sama macam dorang jadi bila ada ruang tersendiri ni, bolehla Cik Yan tengok citer2 Cik Yan suka. Macam dulu, dorang dok lama, maka Cik Yan pun missed a lot episode citer2 Cik Yan. Tunggu time replay? Takde maknanya kalu kita masih bertetamu..
Bila rumah bertanah ni, bolehla kita membataskan penglihatan para tamu kita kan..ni tak..masuk je pintu leh nampak dapur semua..nak buka pintu luar, nanti jiran2 dok lalu lalang, kita pulak jenis duk rumah tak bertudung kalau sedara mara yang datang. Kekadang boleh pulak dapat tamu tak reti adab bertamu..hisap rokok bersambung2, dok citer berbukan2 jadi kalu ada ruang tamu, kita khaskan je untuk tetamu jadi tak perlu dia melilaukan pandangan mata dia sekeliling rumah kita..
Lagi satu yang buat nak sangat rumah bertanah ni pasal nak tambah kawan2 Alpha ngan Beta la..bela kucing banyak2 risau gak kat rumah skang sebab hidung sangat sensitif..jadi bila ada ruang besar, kita suruh jelah dorang main keliling rumah tapi jangan la kuar pagar kan..leh tanam pokok2 jadi leh kucing2 ni panjat dan tempat kumbahan dorang tu lagi banyak angin bawak lalu instead of berlegar dalam rumah. Skang memangla tempat dorang kat balcony tapi bila tak berkipas, terasa bau2 kucing sekeliling hidung ni. Tak tau napela padahal En Suami yang kurang suka kucing tak rasa apa pun. Tu yang kekadang bila larat, mesti vakum rumah termasuk sofa2 tu sekali.
Bila pergi pasar tani, kekadang ada orang jual pokok bunga dan En Suami mesti tanya nape kita tak tanam? Isk..rasa tersekat je kalu letak kat balkoni tu ngan sangkar2 kucing lagi. Cik Yan suka kalau dapat tanam bunga ros ke daun pandan ke tapi nak kawasan sesuai lah.
Tapikan...mahal la rumah bertanah kawasan berdekatan ni. Rugi tau beli rumah yang harga rendah tapi jauh nun di sana sebab melibatkan kos pengangkutan. Harga minyak makin meningkat, public transport xdelah efisyen mana..jadi mana nak? Beli rumah mahal tapi cost pengangkutan okay ataupun harga rendah tapi tetiap hari kena bayar tol, duit minyak semua..Tapi kalau mahal melampau sangat..nak pinjam bank pun, nanti berbulan takleh enjoy..hutang bukan setakat setahun dua tapi makan berpuluh tahun..uiks..tak merasa nikmat hidup nanti..duit yang ada harus kita simpan, berbelanja apa kita nak dan sedekah pada yang perlu..
No comments:
Post a Comment