Monday, 2 April 2012

Kek Batik (Biskut Marie)

Weekend memang berjalan gitu je sebab tak berapa sihat. Nak kuar beli barang pun tak larat dan kerisauan je nak melangkah keluar pintu.

Masa helper buat keje pun Cik Yan takat duduk jelah sambil tengok2 apa jelah AlphaBET buat. Sepanjang masa Kak Seri bekerja, sepanjang tu jugakla dorang tak tido. Ke sana sini, check sana sini, cium sana sini dan ada ke patut time Kak Seri lap grill, dorang leh panjat grill jugak?

Petang lepas Kak Seri balik, mula terasa nak sesuatu yang manis. Sesuatu yang dihasilkan sendiri tapi tak larat la pulak nak menggunakan mixer atau menghadap bekas2 kotor selepas projek baking. Memang ada resepi Cik Yan yang tak perlu menggunakan mixer tapi mengenangkan kena tunggu oven, cuci baking tray semua tu..tak kuasala. Karang kena marah pulak ngan En Suami.

Masa En Suami mintak buatkan air teh O, dia tanya ada biskut tak untuk dimakan bersama. Jadinya Cik Yan kuarkan segala biskut yang ada dan juga bawak biskut Quacker Oat Cik Yan. Tak sangka pulak ada biskut marie sebab Cik Yan ingatkan cream cracker. Bila En Suami memilih biskut oat tu, terus Cik Yan terbayang kek batik.

Pasal tu bila segar sikit badan, tengok2 ada pulak susu pekat manis, terus bermula aktiviti membuat kek batik ni.


250g butter dicairkan, biskut marie sepaket dibelah 2 atau 4

Apabila butter mencair, tuangkan satu tin (505g) susu pekat dan kacau

Secawan serbuk koko

Masukkan serbuk koko ke dalam campuran butter dan susu

Masukkan separuh biskut marie dahulu

Masukkan baki selebihnya dan gaul sebati

Tuangkan ke dalam baking tray, Cik Yan alas plastic wrap sebelum tu dan sejukkan

Hasilnya..

Baki kek setelah siapkan bekalan En Suami

Senangkan..kalau takde serbuk koko takpe, boleh gunakan milo tapi mungkin kena kurangkan sukatan kot sebab milo tu manis kan. Cik Yan memang avoid resepi guna milo ni walaupun ada stok kat rumah.


No comments:

Post a Comment