Saturday, 28 April 2012

Iklan rumah

Sesaja tengok property advertisement..mana tau ada yang mampu milik tapi best gak tengok2 mana tau leh jadi design rumah sendiri ke..

Ni target kitorang kalau dipanjangkan rezeki. Sunway Montana..tapi sampai skang pun lum booking pun..masi ada masa yang panjang kot untuk mencari rumah lain yang berdekatan dan kami suka..


Ni pulak Sunway Ridgeway Tmn Melawati..suka tengok cara rumah ini tersergam indah..orang kata dari gambar, jatuh ke hati kan..hehheh

Cik Yan suka konsep living hall dia di Nadayu..menepati kehendak Cik Yan ketika mempunyai tetamu di rumah..Kan Cik Yan nak ruang tamu untuk tetamu dan ruang rehat untuk Cik Yan melihat siaran kegemaran Cik Yan..Kat luar tu orang leh merokok dan kalau termasuk gak ashtray dalam rumah, tak taulah Cik Yan..jadi Harimau mengaum la kot..Tetamu juga ada adab ketika bertamu kan...


Memang kami suami isteri sungguh-sungguh inginkan rumah bertanah ni..En Suami cari duit, Cik Yan pulak laburkan duit kat memana yang le jadikan keuntungan..Kami tak mahu menjadi orang terkejar-kejar semuanya sehingga tidak dapat menikmati kehidupan. Kami mahu kan simpanan duit untuk rumah, duit yang ada untuk berbelanja beg ke kasut ke atau apa yang di idam kan dan juga simpanan untuk hari tua..Jangan terlampau kejarkan simpanan hari tua dengan mengikat kehidupan sekarang sebab mana tau kita pendek umur kan..



Alpha atau Beta sakit


Pepagi nak gi keje, En Suami cakap ada muntah kat ruang tamu..sebab dia geli, Cik Yan bersihkan je guna kitchen towel ngan spray sabun semua.

Pastu time En Suami pakai kasut, Cik Yan tanyala air AlphaBET dah tambah belum...dia lupa..dia cuma cuci hasil kumbahan dan tambah makanan je. Maka Cik Yan pun gi lah tambah air..Masa tambah tu saje mata dok melilau tengok pasir kristal dorang. Tengok-tengok ada darah..



Uwa...dorang sakit ke sampai begitu sekali. Tak taula sape kan Alpha ke Beta ke, jadi En Suami kenala angkut dedua tu gi jumpa veterinar. Masa tu mula macam marah jap..sebab tetamu Cik Yan tidak menghormati peraturan rumah Cik Yan. Dorang smoking dalam rumah Cik Yan dan bawak masuk asthray yang tempatnya di balkoni ke dalam ruang tamu Cik Yan. Alpha ngan Beta ni kan jenis suka amik tau..rasa ntah pape je yang ada atas lantai tu.

Memula En Suami nak bawak jumpa Vet kat opis dia, Wangsa Melawati tu tapi doctor tak masuk. Kemudian dia bawak la 2 ekor ni gi jumpa Dr Samantha, vet yang memang attend dorang dari memula bela. Dr Samantha check sekor-sekor dengan x-ray sekali pastu amik berat AlphaBET.

Alhamdulillah, tak perlu risau. Itu memang perkara biasa sesekali bila ada darah tapi kalau banyak kali terjadi baru bermasalah. Dr Samantha suka sangat tengok bulu Beta, katanya makin lebat dari last visit. Alpha tu jela ntah bila nak berkembang macam Beta tak taulah..Agaknya pasal nakal sangat kot jadi tak sempat bulu nak kembang. Logik tak?

Oh ya..Dr Samantha suka tengok perkembangan berat AlphaBET, katanya konsisten. Last visit 10th April hari tu dan sampai skang berat 2 ekor ni naik 200g dalam masa 17 hari. Kiranya kalu angkut AlphaBET dalam beg dorang tu, maknanya Cik Yan mengangkat muatan seberat 3 kg lebih dah. Pasni ntah berapa la pulak kan..


AlphaBET dah cukup semua dah vaccination, dewormed semua jadi pasni le dah angkut bawak gi jenjalan kat taman..Mesti comel kan..tapi takleh dah kejar2 2 ekor ni..

Cik Yan sayang sangat kat Alpha ngan Beta,,


Sunday, 22 April 2012

Rumah oh rumah

Cik Yan berangan nak cari landed property..siap aim nak tahun ni jugakk..masa tu memang tak pikir pasal financial status lah..kata berangan...

Nape tertiba nak landed pulak..padahal rumah skang baru je 2 tahun duduk. Heheeh..Memula masa masuk rumah sendiri, seronok la samgat..ruang lagi besar dan nak kuar masuk bilik pun tak mengganggu orang..Bayang jelah rumah sewa dulu, kuar bilik kena lalu depan orang yang duk bertamu. Watnye orang laki dok terbaring tak pakai baju..bosan ai...

Rumah sendiri? Memang best..ada kolam, dekat lrt, pepagi leh dengar lagu Negaraku. Almaklumla rumah dekat sekolah..Tapi ketidakseronokkan bermula apabila tamu yang datang duk di kawasan ruang legar, macam takde privacy pulak bila kuar bilik ada orang dok perati..tak pun bila dia terjaga kerana kita jalan2 menyiapkan keje rumah. Aisy...satu hal pulak.

Sejak ada Alpha ngan Beta pulak, kena memborong pasir dan makanan..adeih ha..berat nak angkut sesorang dari parking, tunggu lift and bawak masuk rumah..bila shopping groceries pulak..mulala bercinta kalu sesorang..time membeli amik letak dalam troli tak rasa apa tapi time bayar baru teringat alamak..nak kena angkut sesorang..tu yang teringat kalu shopping ngan mak abah dulu...senang je keje..kuarkan barang dari bonet terus bawak masuk rumah..takde pit stop memana.

Bila nak pilih rumah bertanah nanti, sebolehnya la Cik Yan nak sangat ada ruang privacy time tetamu datang. Bukan apa, time family En Suami datang, rasa macam citer2 Cik Yan suka tengok tu macam tak sesuai je. Adik dia pun dok kata Cik Yan orang bandar, cara lain tak sama macam dorang jadi bila ada ruang tersendiri ni, bolehla Cik Yan tengok citer2 Cik Yan suka. Macam dulu, dorang dok lama, maka Cik Yan pun missed a lot episode citer2 Cik Yan. Tunggu time replay? Takde maknanya kalu kita masih bertetamu..

Bila rumah bertanah ni, bolehla kita membataskan penglihatan para tamu kita kan..ni tak..masuk je pintu leh nampak dapur semua..nak buka pintu luar, nanti jiran2 dok lalu lalang, kita pulak jenis duk rumah tak bertudung kalau sedara mara yang datang. Kekadang boleh pulak dapat tamu tak reti adab bertamu..hisap rokok bersambung2, dok citer berbukan2 jadi kalu ada ruang tamu, kita khaskan je untuk tetamu jadi tak perlu dia melilaukan pandangan mata dia sekeliling rumah kita..

Lagi satu yang buat nak sangat rumah bertanah ni pasal nak tambah kawan2 Alpha ngan Beta la..bela kucing banyak2 risau gak kat rumah skang sebab hidung sangat sensitif..jadi bila ada ruang besar, kita suruh jelah dorang main keliling rumah tapi jangan la kuar pagar kan..leh tanam pokok2 jadi leh kucing2 ni panjat dan tempat kumbahan dorang tu lagi banyak angin bawak lalu instead of berlegar dalam rumah. Skang memangla tempat dorang kat balcony tapi bila tak berkipas, terasa bau2 kucing sekeliling hidung ni. Tak tau napela padahal En Suami yang kurang suka kucing tak rasa apa pun. Tu yang kekadang bila larat, mesti vakum rumah termasuk sofa2 tu sekali.

Bila pergi pasar tani, kekadang ada orang jual pokok bunga dan En Suami mesti tanya nape kita tak tanam? Isk..rasa tersekat je kalu letak kat balkoni tu ngan sangkar2 kucing lagi. Cik Yan suka kalau dapat tanam bunga ros ke daun pandan ke tapi nak kawasan sesuai lah.

Tapikan...mahal la rumah bertanah kawasan berdekatan ni. Rugi tau beli rumah yang harga rendah tapi jauh nun di sana sebab melibatkan kos pengangkutan. Harga minyak makin meningkat, public transport xdelah efisyen mana..jadi mana nak? Beli rumah mahal tapi cost pengangkutan okay ataupun harga rendah tapi tetiap hari kena bayar tol, duit minyak semua..Tapi kalau mahal melampau sangat..nak pinjam bank pun, nanti berbulan takleh enjoy..hutang bukan setakat setahun dua tapi makan berpuluh tahun..uiks..tak merasa nikmat hidup nanti..duit yang ada harus kita simpan, berbelanja apa kita nak dan sedekah pada yang perlu..

Friday, 20 April 2012

Alpha & Beta

Gambar-gambar Alpha dan Beta masa2 Cik Yan duk medical leave lelama..Hehe..Sorry kwn2 opis..

First meal selain dari biskut ngan cat wet food.





Ni pulak, pantang tengok mug atau gelas atas meja..



Aksi super cat



Aksi tido atau nak tido Alpha







Aksi tido atau nak tido Beta









Pasni kita buat enty gambar-gambar tengah mandi dan proses pengeringan..





Saturday, 14 April 2012

Dapat dah

Isnin baru ni, Cik Yan berpakat ngan kawan opis nak lunch kat Tabung Haji. Patutnya nak update saving book sekali tapi lupa bawak.

Memula agak frust skit melihatkan lauk yang tak banyak pilihan tu tapi tujuan asal harus diutamakan. Alhamdulillah, apa yang dicari, ada. Suka sangat.

 

 Ada tambahan, beli kismis jugak..sebab kan ada petikan memana ntah cakap kita mkn 21 biji kismis, terhapus lendir2 dalam badan.

Alhamdulillah, the first trimester Cik Yan dah amalkan makan kurma, minum air zam zam, makan kismis dan prune. Setakat ni memang ngelak makan jeruk jadi bila tekak terasa nak sesuatu yang masam, epal hijau lah jawabnya.

Semoga pemakanan ni betulla dan menjamin kesihatan baby dan lindung dia dari bahaya pape..

Sunday, 8 April 2012

Kena kejar masa

Semalam, best je post kat FB status yang dalam masa 6 minggu Cik Yan akan melepasi 1st trimester (insya Allah, semoga selamat semuanya) dan minggu ke 14 pulak nak minum kopi sikit. Tu la kan..terbayang2 rasa kopi tapi nak rasa je, takdela minum cam dulu. Kiranya kalau minum caramel machiato tu, kena minum sikit jelah dalam 2 cm air tu (ukur pakai pembaris je) balance? bagi En Suami la sebab mesti dia tengah cuti pulak kot time tu.

Tapi..tapi kan...ada benda yang Cik Yan tak sempat buat lagi dalam 1st trimester ni. Cik Yan boleh terlupa tentang air zam zam dan makan kismis. Setiap pagi memangla dengan perut kosong, Cik Yan jamah sebiji kurma sementara tunggu air zam zam tapi asyik lupa beli je. Kismis pun asal gi kedai bole tak perasan. Padahal tak perlu la nak beli kismis spesial mana pun kan. Takat sekotak sehari okay kot..

Jadi esok, harus Cik Yan mencari air zam zam di bangunan Tabung Haji tu, beli sekali la kismis kalau ada jual..Mana tau kismis dari Mekah ke Madinah, lagi sedap. Dan Cik Yan nak jadikan kismis tu sebagai bahan kudapan ketika tertiba terasa nak air manis..Ada kakak tu pesan bawak bekal kurma gi opis tapi Cik Yan bawak bekal buah je selalu.

Apa lagi ek harus dikejarkan dalam 1st trimester ni..Semoga takdelah yang Cik Yan terskip atau tak sempat buat.


Saturday, 7 April 2012

Me and the cats

Sebelum membela AlphaBET, sebenarnya dah lama En Suami offer nak bagi anak kucing lagi2 time tu dia dapat offer dari kawannya untuk memberi seekor persian. Tapi time tu Cik Yan taknak sebabnya time tu sibuk nak try to get pregnant tambahan keadaan rumah sewa yang takde balcony jadi sah2 bau najis kucing akan berlegar dalam rumah dan itu sangat bahaya.

Jadi setelah hampir 4 tahun kami berkahwin, maka bulan Januari 2012 kami telah membela AlphaBET tambahan En Suami makin menjadi suka tengok kucing walaupun dia tak suka kucing serbu. Lokasi sangkar mereka adalah di balcony jadi senang nak cuci2 sangkar. Kehidupan sejak ada AlphaBET ni merubah perjalanan hidup Cik Yan dan En Suami. Awal pagi sebelum mandi, kena kemas kawasan sangkar dorang, isi makanan dan jugak bekas air AlphaBET. Balik keje pun skang asyik terbayang je 2 ekor ni sampai kekadang kalau En Suami kata ada meeting, mulala Cik Yan kelam kabut nak balik mengenangkan kesian dorang kena tinggal lama.

Setiap kali balik dari keje, AlphaBET ni akan menunggu di mana2 pada hari yang berbeza contohnya hari ni atas meja makan, esok kat coffee table lusa lak atas alas kaki depan pintu tapi pandai lak dorang adjust kedudukan dorang sebab bila buka pintu memang tak kena 2 ekor ni. Dah masuk rumah, pastinya 2 ekor ni akan mengekor masuk bilik, naik atas katil sambil tunggu Cik Yan tanggal lense, mekap semua. Pastu kalau baringkan badan jap, bukan main Beta akan jilat pipi dan Alpha duk telentang kat sebelah.

Jadinya, setelah 2 bulan membela mereka, rezeki baru mendatang pulak. Apa yang kami idamkan selama ni, usahakan selama ni akhirnya sampai kepada kami. Alhamdulillah happy sangat. Sejak dari itu, mulalah AlphaBET pun semakin pandai mendengar kata dan buat kita makin geram atas kelincahan mereka tu.

Cik Yan tau buruk baik bela kucing ni mengikut kata orang2 tua, saintifik semua tapi Cik Yan tak moh semua tu jadi penghalang antara Cik Yan dan AlphaBET. En Suami pun dah mula mengambil alih mengemas kawasan AlphaBET ni..dan jika En Suami sibuk, Cik Yan kemas jugak dengan menggunakan mask dan cuci badan semua dengan Dettol. Doa berbanyak agar membela kucing tidak menjadi punca atas segala kesakitan ke apa ke ke atas Cik Yan dan baby.

Agaknya la kan..selain dari rezeki yang Allah dah nak kurniakan tu, kerajinan Cik Yan jumpa Dr Ashar tu (Cik Yan kan liat jumpa O&G), amik Biodex bela pulak AlphaBET, tu seperti satu kurniaan terhebat. Mungkin AlphaBET ni mengalirkan tenaga negatif Cik Yan dan tukar kepada positif. Release tension okay balik keje pepenat tengok2 AlphaBET dok tunggu dengan muka comel. Pastu kekadang leh lawan ngan En Suami pulak sape akan ikut sape (dulu Alpha sure akan gi kat En Suami, Beta ikut Cik Yan).

Tak sabar rasanya nak tunggu si JR dan nak lihat camner la agaknya AlphaBET ni. Semoga si JR takde alahan, Cik Yan pun takde masalah sepanjang kehamilan ini. Berangan jap..mana tau tertiba ada pulak rezeki beli rumah kat Sunway Montana..makin bestla AlphaBET bermain2 nanti..Skang, mari simpan duit..Cik Yan kena slow down la skit kan..jadi duit En Suami leh bulat2 masuk kat fund rumah..


Tuesday, 3 April 2012

Oh Oh..

Ops...Weekend ni ada jemputan majlis perkahwinan

amik dari Google

 dan juga majlis hari jadi anak kawan.
amik dari google


Alamak..sadis sungguh rasa sebabkan weekend je mula lembik..karang gi majlis orang, badan jadi tak sedap dan merisaukan orang naya pulak. Karang kawan seronok2 nak berborak ke terpaksa balik awal (En Suami keje kan, gi dgn kawan).

Berharap la sangat weekend ni tak selembik weekend yang lalu..Janji cukup syarat dapat hadirkan diri ke salah satu majlis ni.




Monday, 2 April 2012

New wishlist

Awal tahun dulu punyala buat macam2 wishlist kan. Antaranya adalah dengan mengikuti at least 5 kelas baking, try recipe baru dan promote kek tu untuk dijual.

Sudahnya skang, dengan keadaan Cik Yan yang dimurahkan rezeki ini dan semoga rezeki ini berkekalan sehingga kesudahannya, maka list baru tercipta sesuai dengan keadaan semasa.

Dulu Cik Yan ada terbaca, ketika mengandung elok amalkan beberapa surah antaranya yang dapat Cik Yan ingat adalah :

  1. Surah Maryam - Memohon anak soleh/ solehah
  2. Surah Yusuf - Memohon anak yang comel/ cantik
  3. Surah Lukman - Memohon anak yang bijak/ pandai
  4. Surah Al Imran - Memohon anak yang baik
  5. Surah Yaasin
  6. Surah Al Fatihah
  7. Ayat Kursi
Tu yang Cik Yan ingat la tapi kalau ada sesapa terbaca entri ni, sila la bagi komen di sini atau facebook Cik Yan ek.

Jadi dengan itu, jika diizinkan, Cik Yan ingin pastikan sepanjang tempoh kehamilan ni, Cik Yan dapat membaca surah2 ini dan juga surah2 yang diberi untuk amalan oleh Pusat Rawatan Al-Hidayah.

Orang ramai berpesan tentang cara pemakanan, cara kita menguruskan kehidupan ketika hamil dan tak salah juga kita menambah lagi amalan membaca Al-Quran sambil berniat keselamatan kandungan kita kan.

Kalau boleh, setiap masa terluang (ketika menunggu giliran ke..naik taxi ke) Cik Yan nak kerapkan lagi membaca doa Nabi Zakaria.

Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)
Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." (Surah Ali Imran: Ayat 38)