Wednesday, 26 October 2011

Sup Ketam

Jumaat hari tu, dahla tido lambat sebab kata weekend, haruslah bersukaria menonton tv kan..sudahnya seawal pagi Sabtu kena jugak ke Puchong untuk repair Si Besar. Tak sangka la pulak cepat spare part sampai. Cik Yan bayangkan Sabtu berikutnya sebab petang nanti kena main netball jap.

Berangkat la ke Puchong dengan makan sausage mc muffin sebab tak larat nak buat breakfast sendiri kan. Sesampai je kat Puchong tu..alamak..kena queue pulak untuk masuk servis centre tu sebab orang terdahulu tertiba kena pulak tukar absorber..makan masa jugak tu. Cik Yan memula layankan aje Ipad sebab free wifi kan..tapi lelama ngantuk pulak..time nak melayang, sales person tu mintak sign document..tersegar jap mata langsung ngadap majalah yang ada. Sampai majalah ketiga, stop dan tido dengan selambanya kerana melihatkan mereka yang menunggu pun dah tido.

Pastu jaga jap tengok2 dorang nak bawak masuk Si Besar. Terus perhatikan kelibat Si Besar dialihkan dan dinaikkan di atas ramp. Uisk..terserlah nyalaan Si Besar. Time tu ada deret keta warna putih, oren dan kelabu tapi warna Si Besar gak yang menyinar, menyala2..Bangga jap..terharu pun ada..EMO jap..HAHHAHAH.

Pastu..buat blog..download games..masa buat blog guna ipad..menghadapi kesukaran untuk menggunakan compose..HTML lak bila kita preview..takde perenggan langsung..mujur..teringat coding lalu letak <p>..maka setiap kali enter dan letak <p> bila preview, berperenggan la ayat Cik Yan tu..

Servis amik masa 4 jam..tu termasuk masa menunggu tu..Cik Yan dok kunyah coklat..baca majalah sampai habis..mana tak abis sebab rabu baru je datang dan baca separuh..makan coklat..merayap2 sekeliling..duk menghayati nyalaan Si Besar..tido dan main ipad berulang sampaila Si Besar siap.

Lega rasa ABS siap dan dorang tukar apa yang patut..Walaupun zap..zap..zap nanti bil En Suami bayar..still la nak bising2 kan tapi bila terkenang apa buat ni untuk keselamatan kita dan keta..cant' say no more...Nanti leh lagi dengar remarks...Keta ni enjin masih bagus tak macam keta yang lain walaupun dah berusia 3 tahun...I like that....Oh Yeah..

Balik dari Puchong, solat jap tukar baju dan langsung ke TTFC main netball jap. Balik rumah xde dah rasa nak kuar makan. Seharian tinggalkan rumah jadi segera google resepi sup ketam dan walllah.....inila hasilnya kerana sudah bosan makan lauk ketam yang sama kan..


Bahannya :

2 ekor ketam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
lada sulah 20 -30 biji (Cik Yan kira dengan sungguh2 tapi tambah ke 45 biji)
lada hitam 5-8 biji (Cik Yan letak 20 biji)
Kiub ayam (Cik Yan x letak bebenda ni)
2 batang saderi
2 biji kentang
bunga kobis

Caranya :

Tumis bawang putih kemudian masukkan halia dan bawang merah. Masukkan lada sulah dan lada hitam yang telah ditumbukkan tadi.

Cik Yan tak ikut bulat yer resepi tu sebab ada benda takde kat rumah dan Cik Yan malas nak ke kedai. Jadi Cik Yan masukkan carrot dann biar empuk sebelum masukkan ketam, tomato dan cendawan.

Dalam kes Cik Yan..dahlah lada sulah ngan lada hitam berlebih2 biji Cik Yan letak..Cik Yan tambah lagi dengan lada hitam dan lada sulah yang halus tu. Almaklumla kawan ai asal balik kampung, mesti tanya nak apa dan itulah yang Cik Yan dok mintak selalu..SET LADA HITAM & LADA PUTIH..harga dia xlah mahal pastu takleh lawan ngan apa kita beli kat pasaraya kat sini.


No comments:

Post a Comment