Maka dengan ini, saya, Cik Yan harus menyiapkan / menyusun pinggan mangkuk, periuk belanga dan perkakasan baking saya di dalam kabinet supaya saya boleh mula mengambil order kembali.
Tidak, saya lum tukar kabinet lagi sebab masalah teknikal..Sian pokok tu awal2 kena tebang sekali En Suami kata HOLD dan consider nak buat kat KL je sebab furnishing cabinet tu biras saya tak dapat carik kat kampung. Alang2 nak beli kat KL, tempah je la kat sini dan sudahnya dengan masa yang panjang ni, boleh la kami restructure balik kabinet tu sepenuhnya.
Dalam masa nak mengemas setelah selongkar semua tu terasa macam nak je cakap kat En Suami tak moh susun sebab nanti bila tukar kabinet, kena punggah lagi. Tapi semalam En Suami pun hint yang dia bosan duk tapau atau makan kat luar je (Cik Yan pun...rasa mkn nasi panas ngan ikan bilis goreng letak kicap ngan cili pun sodap..). Masa memunggah konon ingat barang sikit je sekali ar..bila susun kat kawasan lapang, macam rumah baru lepas buat kenduri lak... Patutla En Suami cakap drawer yang ada takkan cukup untuk barang kek sebab Cik Yan akan dok menambah2.
Bila dah susun2 kat luar tu, nampak jugakla kekurangan pinggan mangkuk, cawan dan gelas kan..Maka dengan penuh senyuman kat muka Cik Yan pun cakap harus menambah ni..Sebabnya dia kalu nak beli barang dia akan tanya berapa banyak ada..berapa banyak tak elok..pasal tu Cik Yan lagi senang mintak beg ngan kasut sebab ada 3 je...tu pun nak menambah payah sebab size atau design Cik Yan x berkenan.
Cik Yan pun dah bosan tahap melampau sebab bila teragak, xleh guna dapur..Cik Yan kan ada masa2 rajin la jugak kan buat makanan untuk time santai...Jadi target harus siapkan mengemas, menyusun barang supaya paling lewat hari Isnin, balik keje, leh dah buat jemput2 bilis sebagai hidangan minum petang..Pencicah dah ada makan lak ngan kopi panas..BEST...
No comments:
Post a Comment