Konon nak buat macam style ngan family masa kecik dedulu gi jenjalan bawak bekal..pastu tengok lak ada mangkuk tingkat lagilah membuak2 nak mengimbas nostalgia kan..En Suami pun cakap kita buat mee hun goreng..favourite dia tu ngan kepok goreng..Cik Yan pun plan la konon nak buat apam ke kuih2 kan..mesti macam best kan picnic dengan hasil air tangan sendiri..
Tapi..bila dah En Suami dok sibuk discussion ngan kawan, Cik Yan pulak menunggu sampai jenuh tengok AEON tu terlupa lak nak membeli barang2 mentah untuk buat meehun tu.. Gi Wangsa Walk lak dok belek2 printer sampai kedai tutup. Pehal pun sempat gak menjamah ayam kat Popeye tu. Beli 2 ketul je share berdua tapi mashed potato dia sangat sedap yer..Berbaloi beli tapi tak taula kan sedap tu pasal memang bebetul sedap atau pasal benda sikit kan..
Sudahnya En Suami cakap kita makan jela kat Fraser Hill tu, sure ada food court kan..Jadi sarapan pagi kitorang memula nak tapau Mc Donald je tapi rasa bosan dah jadi berenti je kat 7 Eleven area Restoran Kunang2 pekena nasi lemak ngan kopi situ. Not bad tau rasanya..
Cik Yan sangat ngeri yer jalan2 ke Fraser Hill tu. Selekoh tajam dan rasa macam stress je duk dalam keta tu. Rasa macam jalan ke Cameron ikut Tapah pun taklah mengerikan begitu..Sudahnya amik shawl tutup muka supaya mata tak tengok la selekoh2 tu walaupun leh terasa pergerakan keta tu. .
Sampai Fraser Hill macam dah blur..dia bukan macam Cameron yang ada bunga ke strawberry ke..terus En Suami suruh tanya kat kaunter hotel yang kat tengah2 tu arah ke Smoke House. Maka dengan senyum lebar bagitau En Suami arah itu dan sampaila kami di Olde Smoke House.
Kat Smoke House tu Cik Yan ingat takat scone je sekali En Suami offer untuk Cik Yan lunch kat situ. Alhamdulillah I like okay..Memula katanya scone untuk tea break..sekali pasal tak ramai orang jadi dorang leh serve scone masa tu jugak..Apa lagi kan gigih Cik Yan memilih menu lunch. En Suami takat makan sup apa ntah nama (clear sup kambing...best) dan Cik Yan order Sirloin steak medium well done with black pepper sauce. Scone amik satu set je..jadi Cik Yan order lime juice yang sangat sedap yer dan tea untuk En Suami.
Sambil menunggu makanan siap kitorang, to be exact Cik Yan je dok posing sana sini..tapi still takleh lompat2 kerana faktor kasut..Kasut i tu cantik u...En Suami yang berkenan sangat dan bila i try, sedap je..pastu apa lagi kalu datang sesaje nak tanya dia kasut apa nak pakai gi keje or jenjalan..kasut tu jugak menjadi pilihan dia untuk Cik Yan.
Sempat gak tengok kertas2 yang ada kat area tu..sekali terpandang menu Thai style..uisk..tergoda tapi nasib dah order kan..yang xleh tahan tu pulut mangga..tapi xlah Cik Yan order..
Lunch sangat best..ala2 candle lite pun ada. Terasa macam Cik Yan sedang berhoneymoon lak.Baru teringat kan time anniversary takde buat pape pasal En Suami keje. Pekerja kat situ pun ramah dan siap offer amik gambar kami. Sirloin steak tu memang sedap sangat cuma sayur tu buat Cik Yan terasa seperti lembu kambing, arnab pun ada (Cik Yan bukan penggemar sayur kan). Tengah2 makan ada pulak minah dutch ni bawak baby dia turun makan. Baby tu lak seperti terpaku melihat kecomelan kami..dok ushar je kat meja sampai parent dia pun dok borak2 ngan kitorang sambil makan di meja memasing.
Pastu dah abis makan En Suami dok beramah mesra ngan Manager situ dan kebetulan dia adalah abang kepada Dato Rajagopal ( jurulatih kebangsaan bola sepak) dan bekas pekerja oil and gas industry dalam HS&E Dept. Makin galak kami berciter, berkongsi pengalaman dia yang menjaga projek2 besar termasuk kat Sarkhalin tu dan juga kisah camner dia tercampak keje kat situ. Dah dok borak tu Cik Yan pun amik kesempatan order Cappucino sebab En Suami dan uncle tu merokok saje..
Ngam2 kul 4, kitorang pun meninggalkan Smoke House tu dan amik gambar kat centre tu. Takat gi day trip tak banyak benda pun nak tengok..kalu tido leh ar kot boat riding ke horse riding ke..Yang penting Cik Yan dah dapat scone..Alhamdulillah.
Turun Fraser Hill pun kecut lagi..aiyo naperlah jenjalan ke tanah peranginan yang tinggi ni berselekoh tajam ni..cuak rasa. Sampai rumah dalam kul 6 rehat2 jap pastu dok operasi masak mee goreng pulak..sesambil kemas lagi..puas hatila rasa sikit tengok barang atas tikar berkurangan. Seronok rasa ek (buat masa ni) jenjalan, pastu masak2..pastu dok tengok dvd citer Bini-biniku Gangster sambil minum kopi kawa...Kalu boleh macam nak satu hari weekend lagi..Hehehe
No comments:
Post a Comment