Tuesday, 4 October 2011

Keluar dari tempurung

Dulu, masa kecik, ibu bapa yang menentukan segalanya itu pun dengan izin Allah kan. Mereka akan membuat keputusan tentang pembelajaran kita, pemakaian kita, pemakanan kita dan segalanya la kan..Bila rasa mampu, bukan takat antar sekolah agama, gi antar belajar mengaji la tuisyen lah..Semuanya dengan tanggungjawab ibu bapa memberikan didikan yang terbaik untuk anak2.

Bila anak dah besar, patutnya janganla macam tu kan. Anak2 dah baligh, boleh fikir dengan waras tapi consult ngan ibu bapa atas segala fikiran, idea atau keputusan yang nak dibuat. Sebab sampai satu tahap, cukup dah kewajipan ibu bapa memberikan makan minum, pakai dan ajaran.

Jangan lah sampai lepasan SPM, bila nak belajar kat universiti ibu bapa control atau bagi remarks seperti kalau boleh nak anak jadi sekian2..tanpa fikir panjang kemampuan atau peluang keje selepas itu.

Ada kes ni, dia nak belajar lain tapi ibu bapa dia nak dia jadi cikgu. Dapat masuk UM tapi terpaksa amik course yang biasa2 je tak setanding ngan kepandaian dia. Bila dah abis belajar, selain ngan faktor ekonomi yang tak berapa bagus payah nak keje. Nak jadi pekerja sementara pun tak boleh. Mujurla leh jadi cikgu sandaran tapi sandaran jelah xde ke mana. Cik Yan tanya nape x sambung belajar..Dia diam.,.katanya nak tunaikan hasrat keluarga yang mahukan anak2 mereka jadi cikgu. Cik Yan cakap pensyarah pun kira cikgu gak..terdiam dia. Payah katanya nak bagitau ibu bapa..Jadi ber sandaran-sandaran la dia.

Sampai satu masa pula, ibu bapa suruh kawin..keje tak tetap lagi, mujur ibu bapa berduit jadi x rasa susah la bila anak x beri bantuan kewangan. Tapi kawin ni jangan memain..banyak tanggungan selepas itu kan..Ada kes dah hidup bujang tapi sentiasa bergantung pada orang lain pastu bapa suruh kawin ngan orang pilihan..Anak konon mengikut kata tapi tertekan..sudahnya masa nak nikah duit mas kawin pun tak dapat sedia, mujur ada kawan tolong dahulukan yang mana akhirnya burn saje..

Lega kan dapat ikut cakap ibu bapa dengan kawin...pastu timbul masalah sorang keje sana, sorang keje sini..si perempuan duk hi lite yang keluarga duk bising2 x menghulur tambahan dia menumpang rumah abangnya..Kesian si suami juga kerana terpaksa menanggung keluarganya dan isteri. Apa yang bapa dia buat? Xde apa pun. Mujur ada kawan yang membantu kan akhirnya dapat kurang beban..

Ada pula kes yang nak tukar keje tapi tak mendapat sokongan dari keluarga. Banyak pula alasan yang diberi tapi anak serabut kepala otak mengenangkan tempat keje, keadaan keje..Apa yang Cik Yan boleh cakap kat sini, bila kita dah besar, kita buat keputusan sendiri..Nak tukar keje, kita tukar je kalu market kita bagus..Ibu bapa pulak bagila sokongan kat anak. Doakan keputusan anak tu bijak, doakan kejayaan anak dalam keje atau tempat baru tu. Tak perlula kita nak dok sibuk atau mahu anak keje kat syarikat besar tapi kita siksa jiwa dia..

Biarla anak kuar dari tempurung dan ibu bapa doakan la..restukan la apa saje keputusan dia dan jika dia tersilap, tenangkan la hati dia supaya dia mendapat ketenangan dan mencari apa yang sesuai dan terbaik untuk dia. Sudah2 la limit anak kerana sampai masa limit yang kita bagi tu nanti menyusahkan ibu bapa jugak..Lainla kalu harta yang ada x abis...Kalu ada  duit lebih, anak pun ada talent bagi je modal buat bisnes apa dia suka.

No comments:

Post a Comment