Friday, 28 October 2011

Tak paham jugak!!!

Uisk..ai x paham la...

Dulu2 masa dalam kawalan kita, x wat pape pun..

Atau pun x ckp pape pun...x pun push la..follow up la..

Tapi bila dah lepas, orang lain jaga...

Elok pulak nak query...elok pulak nak salah orang sana sini..

Yang jadi mangsa mereka yang terpilih atau istilah dalam citer Harry Potter "the chosen one"

Dedulu orang tu main lepa je..semua campak sana sini...

Pastu bila ada tukang kutip,

Boleh pulak dia dok tanya nape gitu..nape gini..

Boleh x orang yang kutip tu cakap selama ni apa orang tu buat?

X paham lah...keje dia salah...

Kita x tau pape ikut je...

Bila dah tau salah,

Orang tu soal siasat x pun cakap u x study ke...u amik bulat2 ke..

Fire macam ultra man boleh?

Sekian..blog Dari Aman Rimba di kala teman lain horse riding and Cik Yan demam..

Thursday, 27 October 2011

Department away day

Here i am at Aman Rimba for HS&E Dept Away day...

Sekali rasa macam ala2 kat Bali pun ada. Photo? Nanti kan next entri..

Tengah dok melepak while waiting for lunch sesambil layan Facebook, games and dengar mereka yang suka menyanyi ni.

Sporting and selamba betul..gambo dorang ada kat Facebook Cik Yan..xleh ar disclosed muka dorang kan kat sini. Heheheh

Wednesday, 26 October 2011

Sup Ketam

Jumaat hari tu, dahla tido lambat sebab kata weekend, haruslah bersukaria menonton tv kan..sudahnya seawal pagi Sabtu kena jugak ke Puchong untuk repair Si Besar. Tak sangka la pulak cepat spare part sampai. Cik Yan bayangkan Sabtu berikutnya sebab petang nanti kena main netball jap.

Berangkat la ke Puchong dengan makan sausage mc muffin sebab tak larat nak buat breakfast sendiri kan. Sesampai je kat Puchong tu..alamak..kena queue pulak untuk masuk servis centre tu sebab orang terdahulu tertiba kena pulak tukar absorber..makan masa jugak tu. Cik Yan memula layankan aje Ipad sebab free wifi kan..tapi lelama ngantuk pulak..time nak melayang, sales person tu mintak sign document..tersegar jap mata langsung ngadap majalah yang ada. Sampai majalah ketiga, stop dan tido dengan selambanya kerana melihatkan mereka yang menunggu pun dah tido.

Pastu jaga jap tengok2 dorang nak bawak masuk Si Besar. Terus perhatikan kelibat Si Besar dialihkan dan dinaikkan di atas ramp. Uisk..terserlah nyalaan Si Besar. Time tu ada deret keta warna putih, oren dan kelabu tapi warna Si Besar gak yang menyinar, menyala2..Bangga jap..terharu pun ada..EMO jap..HAHHAHAH.

Pastu..buat blog..download games..masa buat blog guna ipad..menghadapi kesukaran untuk menggunakan compose..HTML lak bila kita preview..takde perenggan langsung..mujur..teringat coding lalu letak <p>..maka setiap kali enter dan letak <p> bila preview, berperenggan la ayat Cik Yan tu..

Servis amik masa 4 jam..tu termasuk masa menunggu tu..Cik Yan dok kunyah coklat..baca majalah sampai habis..mana tak abis sebab rabu baru je datang dan baca separuh..makan coklat..merayap2 sekeliling..duk menghayati nyalaan Si Besar..tido dan main ipad berulang sampaila Si Besar siap.

Lega rasa ABS siap dan dorang tukar apa yang patut..Walaupun zap..zap..zap nanti bil En Suami bayar..still la nak bising2 kan tapi bila terkenang apa buat ni untuk keselamatan kita dan keta..cant' say no more...Nanti leh lagi dengar remarks...Keta ni enjin masih bagus tak macam keta yang lain walaupun dah berusia 3 tahun...I like that....Oh Yeah..

Balik dari Puchong, solat jap tukar baju dan langsung ke TTFC main netball jap. Balik rumah xde dah rasa nak kuar makan. Seharian tinggalkan rumah jadi segera google resepi sup ketam dan walllah.....inila hasilnya kerana sudah bosan makan lauk ketam yang sama kan..


Bahannya :

2 ekor ketam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
lada sulah 20 -30 biji (Cik Yan kira dengan sungguh2 tapi tambah ke 45 biji)
lada hitam 5-8 biji (Cik Yan letak 20 biji)
Kiub ayam (Cik Yan x letak bebenda ni)
2 batang saderi
2 biji kentang
bunga kobis

Caranya :

Tumis bawang putih kemudian masukkan halia dan bawang merah. Masukkan lada sulah dan lada hitam yang telah ditumbukkan tadi.

Cik Yan tak ikut bulat yer resepi tu sebab ada benda takde kat rumah dan Cik Yan malas nak ke kedai. Jadi Cik Yan masukkan carrot dann biar empuk sebelum masukkan ketam, tomato dan cendawan.

Dalam kes Cik Yan..dahlah lada sulah ngan lada hitam berlebih2 biji Cik Yan letak..Cik Yan tambah lagi dengan lada hitam dan lada sulah yang halus tu. Almaklumla kawan ai asal balik kampung, mesti tanya nak apa dan itulah yang Cik Yan dok mintak selalu..SET LADA HITAM & LADA PUTIH..harga dia xlah mahal pastu takleh lawan ngan apa kita beli kat pasaraya kat sini.


Puding Horlick

Sejak2 operation buang cyst tu, Cik Yan xlah minum Horlick lagi sebab nak kurangkan pengambilan bijirin dan carbo. Yelah, nak buang nasi xleh..jadi bebenda camni la Cik Yan avoid..karang ikut sesungguh, kek pun x dapat makan kan..Hilang nikmat dunia..

Jadi botol Horlick yang ada ni tak tau nak wat apa. Mak kata dia takleh terima horlick jadi xlah antar ke sana. Jadinya simpan jela sebab En Suami pun tak gemarkan Horlick. Punyala berangan nak buat kek lapis kan tapi En Suami dok asyik jenjalan je..tak kuasa i nak duk ngadap dapur pastu siap2 untuk jenjalan.

Sampaila satu masa terjumpa resepi ni..maka terjadilah projek puding Horlick ni. Sedap rasanya cuma masa buat tu agak manis walaupun Cik Yan pepandai tukar resepi. Kalu ikut resepi asal lagi manis kot..

Resepi :

Sebungkus agar2 
6 cwn air
1 cwn gula - mungkin kena jadikan 1/2 atau 3/4 cwn je sebab manis
1 tin susu pekat
1 tin susu cair (Cik Yan tukar ngan full cream milk)
4 biji telur
1 cwn Horlick
1 cmb tepung kastard
1 sdt vanila

Cara buat :

Biarkan agar2 dan air sehingga larut kemudian masukkan gula
Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur hingga kembang, masukkan vanila, susu pekat dan full cream milk. Bila adunan sebati, masukkan tepung kastard dan pastikan tidak berketul.
Masukkan adunan telur tadi ke dalam agar2 dan kacau perlahan2. Kemudian masukkan horlick dan kacau sehingga horlick larut dan agar2 tadi menjadi pekat.
Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.



Cik Yan letak je dalam bekas muffin tray yang ada..masa ni barulah nekad kan nak membeli acuan agar2 atau puding. Dulu dok tengok je kat kedai tapi nak beli untuk apa. Time tu tak nampak keperluan dia..tapi skang..tidak lagi..harus ku beli apa saja yang ada. Lagipun cabinet dah susun..nampak dah space untuk barang2 gini. Hehehe.


Ni yang kuar dari bekas awal2..pastu pack siap2 untuk bagi kawan En Suami dan bawak ke opis. Best kan rasa bila teragak nak buat, kita ada bahan2 available kat rumah takyah sesusah nak mencari. Kalu perlu carik pun xlah sampai kena gi pasaraya besar kan..takat kedai runcit pun adoooo...


Tuesday, 25 October 2011

??

Bila orang dok nasihat kita...

Kenala dengar kan..

Tapi kalau kat keluarga sendiri pun x jalan...

Jadi janganla nasihat orang kan...

Eh boleh nasihat..tapi jangan push la kan...

Bila sibuk nak invest sana sini..

Invest jelah kan kalu ada duit

Tapi janganlah sampai benda perlu xde..

Dok invest, nak beli rumah xde deposit..

Nak pinjam bank, dah terikat ngan modal investment...

Sudahnya isteri terpendam rasa..

Tengok anak2 yang membesar tapi masih lagi menumpang rumah keluarga

Investment, saving memang perlu..

Tapi hidup pun nak merasa nikmat sekarang..

Nikmat yang selagi tak menyalahi hukum agama..

Penat2 keje, duit invest for future

Future yang ntah kita dapat kecapi atau tak..

Sudahnya nyawa terhenti

Isteri terpaksa susah payah kerana duit ada terikat ngan syarat2 pengeluaran..

Apa guna keje kalau x menikmati skang..

Balance your self..

Beli apa kita nak..beli rumah, beli keta..beli apa saja kita nak tapi masih menyimpan..

Berbelanja,  menyimpan..barulah BEST!!!!

Monday, 24 October 2011

Scone

Sejak Cik Yan merasa keenakan scones di Smoke House Cameron Highland (ada org kata sedap, try jelah) terus terjatuh cinta lagi lak Smoke House tu indah betul suasananya..berangan jadi omputih jap..yelah nak gi negara omputih tu kena la kumpul duit dulu kan...jadi x salah berangan di tempat yang sesuai.

Bila En Suami ajak ke Fraser Hill, Cik Yan cakapla kat situ pun ada Smoke House gak..lantas dia pun setuju untuk menjamu scones di situ..yang mana hasilnya seperti entri terdahulu. Terasa seperti honeymoon dan candle light lunch pulak.

Perasaan membuak2 untuk mencuba resepi Scones bila buat blog walking. Rata-rata yang suka baking mesti dah buat scones sendiri untuk santapan bersama keluarga. Cik Yan rasa teruja la kan memandangkan bahannya ada je kat rumah tu...Tapi sebelum buat tu, Cik Yan mintak En Suami janji kalu scones menjadi, dia masih lagi akan belanja Cik Yan makan scones jika kami melawat Cameron atau Fraser Hill. Confident jadi dan sedapla konon kan..Dan Alhamdulillah memang sedap dan berbaloi membuatnya kerana En Suami enjoy makan camtu tu je sebab Cik Yan tak sempat buat devonshire cream dan dia xnak strawberry jam.

Bahan-bahan

2 cups (260 grams) Self Raised Flour
1/4 cup (50 grams) castor sugar
2 teaspoons (10 grams) baking powder
1/4 teaspoon salt
1/3 cup (76 grams) cold butter, cut into pieces
1 large egg, lightly beaten
1 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (120 ml) whipping cream or milk -
next round Cik Yan guna whipping 100ml je sebab sukatan ni lembik, kena tambah SFR beberapa sudu besar.

Cara buat

Oven panaskan pada suhu 200C

Whisk tepung, gula, baking powder dan garam  sebelum masukkan cold butter tu. Ramas sampai jadi bentuk serbuk. Sesape dah buat pastry mesti pandai ni...
Pastu dalam mangkuk berasingan, pukul telur dan masukkan whipping cream dan juga vanilla. Kemudian curahkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung sehingga adunan boleh di uli.

Ala..gambo xde time ni sebab tangan kena menguli kan..x kuasa Cik Yan nak cuci tangan semata-mata nak amik gambo..

Pastu bulat2 kan dia takpun kalu nak comel..canaikan dia dan terap sesuka hati dan bakar sampai masak.

Cik Yan dapat 8 ketul kot dari resepi ni. Cik Yan terlupa yang scones makan dulu tu xde pulak telur kuning atas kan...konon nak cantik tapi isk..merosakkan permandangan scones Cik Yan je..pehal pun, rasa memang sedap, nampak keras tapi bila potong, isi berlapis dan gebu.

Perbandingan scones Cik Yan ngan Smoke House..hehhe




Ni yang belah pulak



Saturday, 22 October 2011

Si Besar

Pada ketika ini kebosanan melanda kerana seawal pagi dah terpacak depan Auto Pacifica Puchong. Patutnya pepagi nilah kita melepak2, bersantai menonton tv sambil fikir nak masak dan bake apa. Tak sangka pulak spare spart SiBesar cepat sampai sebab Cik Yan target next Saturday. Maka hilangla suasana pagi Sabtu Cik Yan.

Memula datang Rabu lepas sebab kuar warning ABS service required tapi pastu tengok2 dry shaft pulak problem. Isk. Adakah keadaan ni berlaku kerana Cik Yan drive? Selama anto service best je dengar komen mekanik cakap Si Besar macam baru enjin dia x macam usia dia. Condition Si Besar tip top kononnya tapi ni..isk. Dalam hati pujuk cakap pasal En Suami pecut gegile balik dari dinner kat Jeram.

Kebosanan melanda tapi hilang jap melihatkan nyalaan merah Si Besar ketika diangkat oleh ramp. Kalah keta seangkatan Si Besar tu. Warna lain macam hilang serinya. :)

Oh ya..membawa Si Besar dengan keadaan ABS bermasalah menyusahkan hati je..x berani lelaju sebab takut bila brake tertiba tayar kena locked. Bawa perlahan pun sama tatkala lalu dijalan kecil ataupun berlubang. Baik bawa Si Kecik yang memang xde ABS tapi kita tau kalu brake mengejut tayar x sebegitu..

Pape pun..sedapkan hati, kurangkan bosan ini dengan merasa gembira melihatkan warna merah Si Besar tu..

Monday, 10 October 2011

Cik Yan ke Fraser Hill

Hari Ahad 091011 tu jadilah rancangan En Suami nak ke Fraser Hill. Memula Cik Yan dah malas nak gi mengenangkan barang dapur tak berkemas sepenuhnya dan juga rancangan tv yang membuatkan Cik Yan nak melekap je depan tv tu. Tapi bila dia cakap nak belanja makan scone kat Smoke House terus bersemangat yer...





Konon nak buat macam style ngan family masa kecik dedulu gi jenjalan bawak bekal..pastu tengok lak ada mangkuk tingkat lagilah membuak2 nak mengimbas nostalgia kan..En Suami pun cakap kita buat mee hun goreng..favourite dia tu ngan kepok goreng..Cik Yan pun plan la konon nak buat apam ke kuih2 kan..mesti macam best kan picnic dengan hasil air tangan sendiri..

Tapi..bila dah En Suami dok sibuk discussion ngan kawan, Cik Yan pulak menunggu sampai jenuh tengok AEON tu terlupa lak nak membeli barang2 mentah untuk buat meehun tu.. Gi Wangsa Walk lak dok belek2 printer sampai kedai tutup. Pehal pun sempat gak menjamah ayam kat Popeye tu. Beli 2 ketul je share berdua tapi mashed potato dia sangat sedap yer..Berbaloi beli tapi tak taula kan sedap tu pasal memang bebetul sedap atau pasal benda sikit kan..




Sudahnya En Suami cakap kita makan jela kat Fraser Hill tu, sure ada food court kan..Jadi sarapan pagi kitorang memula nak tapau Mc Donald je tapi rasa bosan dah jadi berenti je kat 7 Eleven area Restoran Kunang2 pekena nasi lemak ngan kopi situ. Not bad tau rasanya..



Cik Yan sangat ngeri yer jalan2 ke Fraser Hill tu. Selekoh tajam dan rasa macam stress je duk dalam keta tu. Rasa macam jalan ke Cameron ikut Tapah pun taklah mengerikan begitu..Sudahnya amik shawl tutup muka supaya mata tak tengok la selekoh2 tu walaupun leh terasa pergerakan keta tu. .

Sampai Fraser Hill macam dah blur..dia bukan macam Cameron yang ada bunga ke strawberry ke..terus En Suami suruh tanya kat kaunter hotel yang kat tengah2 tu arah ke  Smoke House. Maka dengan senyum lebar bagitau En Suami arah itu dan sampaila kami di Olde Smoke House.

Kat Smoke House tu Cik Yan ingat takat scone je sekali En Suami offer untuk Cik Yan lunch kat situ. Alhamdulillah I like okay..Memula katanya scone untuk tea break..sekali pasal tak ramai orang jadi dorang leh serve scone masa tu jugak..Apa lagi kan gigih Cik Yan memilih menu lunch. En Suami takat makan sup apa ntah nama (clear sup kambing...best) dan Cik Yan order Sirloin steak medium well done with black pepper sauce. Scone amik satu set je..jadi Cik Yan order lime juice yang sangat sedap yer dan tea untuk En Suami.




Sambil menunggu makanan siap kitorang, to be exact Cik Yan je dok posing sana sini..tapi still takleh lompat2 kerana faktor kasut..Kasut i tu cantik u...En Suami yang berkenan sangat dan bila i try, sedap je..pastu apa lagi kalu datang sesaje nak tanya dia kasut apa nak pakai gi keje or jenjalan..kasut tu jugak menjadi pilihan dia untuk Cik Yan.



Sempat gak tengok kertas2 yang ada kat area tu..sekali terpandang menu Thai style..uisk..tergoda tapi nasib dah order kan..yang xleh tahan tu pulut mangga..tapi xlah Cik Yan order..



Lunch sangat best..ala2 candle lite pun ada. Terasa macam Cik Yan sedang berhoneymoon lak.Baru teringat kan time anniversary takde buat pape pasal En Suami keje. Pekerja kat situ pun ramah dan siap offer amik gambar kami. Sirloin steak tu memang sedap sangat cuma sayur tu buat Cik Yan terasa seperti lembu kambing, arnab pun ada (Cik Yan bukan penggemar sayur kan). Tengah2 makan ada pulak minah dutch ni bawak baby dia turun makan. Baby tu lak seperti terpaku melihat kecomelan kami..dok ushar je kat meja sampai parent dia pun dok borak2 ngan kitorang sambil makan di meja memasing.


Pastu dah abis makan En Suami dok beramah mesra ngan Manager situ dan kebetulan dia adalah abang kepada Dato Rajagopal ( jurulatih kebangsaan bola sepak) dan bekas pekerja oil and gas industry dalam HS&E Dept. Makin galak kami berciter, berkongsi pengalaman dia yang menjaga projek2 besar termasuk kat Sarkhalin tu dan juga kisah camner dia tercampak keje kat situ. Dah dok borak tu Cik Yan pun amik kesempatan order Cappucino sebab En Suami dan uncle tu merokok saje..



Ngam2 kul 4, kitorang pun meninggalkan Smoke House tu dan amik gambar kat centre tu. Takat gi day trip tak banyak benda pun nak tengok..kalu tido leh ar kot boat riding ke horse riding ke..Yang penting Cik Yan dah dapat scone..Alhamdulillah.

Turun Fraser Hill pun kecut lagi..aiyo naperlah jenjalan ke tanah peranginan yang tinggi ni berselekoh tajam ni..cuak rasa. Sampai rumah dalam kul 6 rehat2 jap pastu dok operasi masak mee goreng pulak..sesambil kemas lagi..puas hatila rasa sikit tengok barang atas tikar berkurangan. Seronok rasa ek (buat masa ni) jenjalan, pastu masak2..pastu dok tengok dvd citer Bini-biniku Gangster sambil minum kopi kawa...Kalu boleh macam nak satu hari weekend lagi..Hehehe

Saturday, 8 October 2011

Lepak....

Pepagi bangun tengok2 kat astro ada citer best. Jadi Cik Yan ngan En Suami pun dok layan citer Salt kat HBO. Konon nak breakfast kat luar tapi dah ngadap tv terus lupa makan. Bila En Suami bagitau dalam kul 2 nak jumps kawan terus Cik Yan suggest lunch awal. Memandangkan dah bosan makan luar jadi cakap kat En Suami nak masak asam pedas ikan kembung. Kemain suka dia dengar..bila gi kuarkan ikan tengoklah sayur apa ada tu yang ternampak petai yang di beli 3 minggu lepas kat Jln Tar. Bila dia kata petai tu elok lagi terus tanya dia nak tak sambal bilis petai, lagi la dia nak.

Kul 10 lebih siap dah sambal petai..ikan pun dicuci sambil tunggu En Suami balik dengan sayur nak masuk dalam lauk tu. Sambil2 tu amik idea camner la nak kemas dapur tu kan...oh ya..macam mana leh masak adalah dengan meniru aksi kawan opis kemas meja dia. Zas zas tolak ke bawah..tu yang berjaya kosongkan kaunter dapur tu.. Masak2 makan2 tengok2 dia kata kawan tukar ke kul 5 lak...baru ingat dapat ngelat kemas barang tu..pehal pun berjayala memenuhkan 2 rak cabinet tu ngan barang yang jarang pakai pastu dengan penuh selamba duk depan tengoklah tv citer The Devils Wear Prada..



Cik Yan buat entri ni kat Aeon Au2 sebab En Suami ada discussion ngan kenkawan. Cik Yan pilih Starbucks sebab leh pekena caramel machiato tu..sesambil makan dok tengok dia kat seberang sana. Ngan bantuan wifi siap dah map ke Fraser Hill. Pastu bila dah bosan sangat cuci mata tengok baju ngan kasut..memula leh control tapi bila sampai je area bedsheet mulalah datang nak membeli..lagi2 nampak warna purple..langsung terus turun duk dalam keta..hehehh

Friday, 7 October 2011

Korang camner??

Hey korang,

Camner ek korang bertahun2 bekeluarga...apa korang masak untuk breakfast..lunch, minum petang dan makan malam tak pun minum memalam tu? Ke korang suruh adik beradik yang senior je prepare korang datang ngap je kat rumah parent? Boleh ek harapkan orang lain je siapkan juadah yang menjadi kegemaran suami?

Macam Cik Yan, buat kat rumah sendiri pastu bawak balik rumah mak untuk makan beramai-ramai. Masa tu boleh la mak tegur or bagi idea camner nak bagi lagi sedap. Sekali tengok kan..okay gak gitu kan..masa kekecik mak abah buat apa saje untuk anak2 makan..Dah besar panjang, muda belia ni, kita lak buat gitu..anak memasing tunjuk skill buat juadah santapan ibu bapa dan keluarga..Kalu rasa malas nak balik rumah family..sedekah je kat jiran2..mana tau dorang dok teringin nak makan ke tapi tak terbuat atau tak jumpa kat memana...secara tak langsung leh gak berkenalan atau berborak ngan jiran kan...maklumlah duk rumah macam sangkar burung merpati..

Ada orang cakap tak buat semua tu sebab dia tak makan tapi bila suami nak, dia mintak keluarga or ipar duai yang buat. Dia siapkan duit or barang2..I wish i can do that tapi rasa lagi bangga kot (Cik Yan kan suka bangga2) kalu canang camni.."Yey, saya berjaya menghidangkan kuih apam/ or kuih lapis untuk En Suami dan keluarga" or "Saya suka En Suami berciter yang kenkawan dia puji kelazatan kuih muih or cake saya". Lantak pi la kalu En Suami cakap untuk sejukkan telinga kita..yang penting Cik Yan buat or masak sendiri.

Pastu kekadang ada orang cakap camni..rajinnye ko buat...xde anak lagi boleh la buat sendiri..HALLLLOOOOO kalu ada masa gi facial la gi spa la gi tengok wayang lah gi jenjalan la maknanya sama je..cara kita gunakan masa la tu. Cik Yan weekend suka duk rumah..Almaklumla x puas duk rumah time bekerja..ada sekali tu cam jakun sebab dapat menikmati sinaran pagi mentari kat dalam rumah...Korang lak prefer ke sana sini..jadi kesimpulannya...ala kalu nak buat mesti boleh nya bukan pasal Cik Yan ada anak ke tak..

Plan Hujung Minggu

Maka dengan ini, saya, Cik Yan harus menyiapkan / menyusun pinggan mangkuk, periuk belanga dan perkakasan baking saya di dalam kabinet supaya saya boleh mula mengambil order kembali.

Tidak, saya lum tukar kabinet lagi sebab masalah teknikal..Sian pokok tu awal2 kena tebang sekali En Suami kata HOLD dan consider nak buat kat KL je sebab furnishing cabinet tu biras saya tak dapat carik kat kampung. Alang2 nak beli kat KL, tempah je la kat sini dan sudahnya dengan masa yang panjang ni, boleh la kami restructure balik kabinet tu sepenuhnya.

Dalam masa nak mengemas setelah selongkar semua tu terasa macam nak je cakap kat En Suami tak moh susun sebab nanti bila tukar kabinet, kena punggah lagi. Tapi semalam En Suami pun hint yang dia bosan duk tapau atau makan kat luar je (Cik Yan pun...rasa mkn nasi panas ngan ikan bilis goreng letak kicap ngan cili pun sodap..). Masa memunggah konon ingat barang sikit je sekali ar..bila susun kat kawasan lapang, macam rumah baru lepas buat kenduri lak... Patutla En Suami cakap drawer yang ada takkan cukup untuk barang kek sebab Cik Yan akan dok menambah2.

Bila dah susun2 kat luar tu, nampak jugakla kekurangan pinggan mangkuk, cawan dan gelas kan..Maka dengan penuh senyuman kat muka Cik Yan pun cakap harus menambah ni..Sebabnya dia kalu nak beli barang dia akan tanya berapa banyak ada..berapa banyak tak elok..pasal tu Cik Yan lagi senang mintak beg ngan kasut sebab ada 3 je...tu pun nak menambah payah sebab size atau design Cik Yan x berkenan.

Cik Yan pun dah bosan tahap melampau sebab bila teragak, xleh guna dapur..Cik Yan kan ada masa2 rajin la jugak kan buat makanan untuk time santai...Jadi target harus siapkan mengemas, menyusun barang supaya paling lewat hari Isnin, balik keje, leh dah buat jemput2 bilis sebagai hidangan minum petang..Pencicah dah ada makan lak ngan kopi panas..BEST...

Tuesday, 4 October 2011

Keluar dari tempurung

Dulu, masa kecik, ibu bapa yang menentukan segalanya itu pun dengan izin Allah kan. Mereka akan membuat keputusan tentang pembelajaran kita, pemakaian kita, pemakanan kita dan segalanya la kan..Bila rasa mampu, bukan takat antar sekolah agama, gi antar belajar mengaji la tuisyen lah..Semuanya dengan tanggungjawab ibu bapa memberikan didikan yang terbaik untuk anak2.

Bila anak dah besar, patutnya janganla macam tu kan. Anak2 dah baligh, boleh fikir dengan waras tapi consult ngan ibu bapa atas segala fikiran, idea atau keputusan yang nak dibuat. Sebab sampai satu tahap, cukup dah kewajipan ibu bapa memberikan makan minum, pakai dan ajaran.

Jangan lah sampai lepasan SPM, bila nak belajar kat universiti ibu bapa control atau bagi remarks seperti kalau boleh nak anak jadi sekian2..tanpa fikir panjang kemampuan atau peluang keje selepas itu.

Ada kes ni, dia nak belajar lain tapi ibu bapa dia nak dia jadi cikgu. Dapat masuk UM tapi terpaksa amik course yang biasa2 je tak setanding ngan kepandaian dia. Bila dah abis belajar, selain ngan faktor ekonomi yang tak berapa bagus payah nak keje. Nak jadi pekerja sementara pun tak boleh. Mujurla leh jadi cikgu sandaran tapi sandaran jelah xde ke mana. Cik Yan tanya nape x sambung belajar..Dia diam.,.katanya nak tunaikan hasrat keluarga yang mahukan anak2 mereka jadi cikgu. Cik Yan cakap pensyarah pun kira cikgu gak..terdiam dia. Payah katanya nak bagitau ibu bapa..Jadi ber sandaran-sandaran la dia.

Sampai satu masa pula, ibu bapa suruh kawin..keje tak tetap lagi, mujur ibu bapa berduit jadi x rasa susah la bila anak x beri bantuan kewangan. Tapi kawin ni jangan memain..banyak tanggungan selepas itu kan..Ada kes dah hidup bujang tapi sentiasa bergantung pada orang lain pastu bapa suruh kawin ngan orang pilihan..Anak konon mengikut kata tapi tertekan..sudahnya masa nak nikah duit mas kawin pun tak dapat sedia, mujur ada kawan tolong dahulukan yang mana akhirnya burn saje..

Lega kan dapat ikut cakap ibu bapa dengan kawin...pastu timbul masalah sorang keje sana, sorang keje sini..si perempuan duk hi lite yang keluarga duk bising2 x menghulur tambahan dia menumpang rumah abangnya..Kesian si suami juga kerana terpaksa menanggung keluarganya dan isteri. Apa yang bapa dia buat? Xde apa pun. Mujur ada kawan yang membantu kan akhirnya dapat kurang beban..

Ada pula kes yang nak tukar keje tapi tak mendapat sokongan dari keluarga. Banyak pula alasan yang diberi tapi anak serabut kepala otak mengenangkan tempat keje, keadaan keje..Apa yang Cik Yan boleh cakap kat sini, bila kita dah besar, kita buat keputusan sendiri..Nak tukar keje, kita tukar je kalu market kita bagus..Ibu bapa pulak bagila sokongan kat anak. Doakan keputusan anak tu bijak, doakan kejayaan anak dalam keje atau tempat baru tu. Tak perlula kita nak dok sibuk atau mahu anak keje kat syarikat besar tapi kita siksa jiwa dia..

Biarla anak kuar dari tempurung dan ibu bapa doakan la..restukan la apa saje keputusan dia dan jika dia tersilap, tenangkan la hati dia supaya dia mendapat ketenangan dan mencari apa yang sesuai dan terbaik untuk dia. Sudah2 la limit anak kerana sampai masa limit yang kita bagi tu nanti menyusahkan ibu bapa jugak..Lainla kalu harta yang ada x abis...Kalu ada  duit lebih, anak pun ada talent bagi je modal buat bisnes apa dia suka.

Nutella Mug Cake

Ala..rumah Cik Yan xde microwave oven. Asyik dok tengok je resepi ni sebab bhn mudah dan x byk..Jadi masa duk rumah boring2, dari membeli kat luar tu apa kata korang try benda ni..Barang ni xde complicated mana pun tapi kalu korang memang x guna tepung ke serbuk koko ke xleh wat pe la.



Ingredients

4 tablespoons self rising flour
4 tablespoons white granulated sugar
1 egg
3 tablespoons cocoa powder
3 tablespoons Nutella
3 tablespoons milk
3 tablespoons olive or vegetable oil


Method

1. Combine all ingredients in a large coffee mug. Whisk well with a fork until smooth. Microwave on high for 1 1/2 – 3 minutes. (Time depends on microwave wattage. Mine took 1 /2 minutes.) Top with whipped cream and a little chocolate sauce if desired.
2. Top with whipped cream and chocolate syrup. Enjoy!

Terasa dah keperluan microwave. Pasni mesti ada lagi resepi2 yang simple dan guna microwave oven kan. Senang, bila terasa nak makan, leh buat..Tertiba tetamu nak datang pun leh buat hidang. Buat kek besar2 karang kalu x masuk opis, x dpt balik rumah mak pun satu hal pulak..sape nak mengabiskan nya..jiran2 tak anak kecik, duk sorang2..mana nk mkn banyak kan...

Kenala mintak balik offer beli microwave oven ni dari En Suami..leh gak tambah mug kan..

Sunday, 2 October 2011

Ada jugak kena karang

Saje buat entry ni. Terasa nk membelasah orang tu. Karang nanti Cik Yan berbelanja sakan baru tau. Abang En Suami dok ckp relax..cakap je tu..tapi dia jugak terkejut bila tau Cik Yan teman En Suami shopping kat satu kedai ni smpi nk dekat 3 jam. Cik Yan beli barang kalu 3 jam pun xde ah satu kedai je tapi kalu kedai bakery provider mungkin kot...heheheh.

Kenangan Oktober

Masa tengah dok main Pioneer Trail kat Facebook sambil tengok Smurf ngan tunggu En Suami balik rumah, Cik Yan terasa macam ada special event je bulan ni.

Pada Oktober 2002, berakhirla status Cik Yan sebagai pekerja sementara. Bayang jela ek dari Januari 2002 gaji Cik Yan on daily rate basis. X keje xde gaji walaupun kita cuti sakit ke cuti kematian ke (arwah atuk meninggal in Feb), masa tu sikitlah kita dapat. Alhamdulillah bila dah diserap jadi pekerja kontrak, secure sikit pastu dapat lak department yang memberikan peluang dan pengalaman yang berharga dalam kerjaya Cik Yan.

Dan pengalaman yang menjadi antara kenangan terindah adalah pada tarikh 23hb dimana di situ bermula titik perkenalan antara Cik Yan dan En Suami. Dia antar sms lepas waktu terawih tapi Cik Yan balas a day after. Time tu Ramadhan dan dia sedang belajar di Akademi Laut. Perkenalan melalui kawan dia yang bekerja di Taman Laut Redang yang mana juga merupakan salah seorang kenalan Cik Yan.Cik Yan teringat lagi Cik Yan reply tanya dia tau pape x pasal HARRY POTTER dan dia jawab dia tau semua series tu. Apa lagi terus lah berkawan-kawan kan.

Tapi xdela Cik Yan celebrate tarikh tu kalu tak banyak la nak celebrate kan takat tarikh kitorang start couple ngan wedding anniversary tu ok kot. Cakap pasal wedding anniversary, camner korang kira ek..adakah melalui tarikh akad atau tarikh kita bersanding tu. Cik Yan kira tarikh nikah walaupun pada hakikatnya tarikh bersanding tu lagi cantik kot 080608. Heheheh.

Saturday, 1 October 2011

Oktober Sudah

Hari ni dah 1hb Oktober..pejam celik je lagi 2 bln nak menuju ke tahun baru. Agak2 plan keje tahun ni dah sampai mana ek..nanti jelah masuk opis, tgk dan plan la apa yang patut kan..

Teringat masa tahun 2002, 14hb Oktober ni la Cik Yan join dept skang ni. Dulu satu dept tu ada 3 orang je pastu ramai dah. Orang pun kuar masuk. Dulu Cik Yan sorang je pompuan, skang tidak lagi. Seronok reramai pompuan taklah rasa segan tahap melampau kan.

9 tahun keje di dept yang sama mungkin ada orang kata boring..tapi keje Cik Yan dedulu berubah2. Setiap tahun ada je benda baru dan pengalaman baru..Harapnya kali ni pun bertahan la lagi walaupun kekadang ada terasa goyah2 sikit. Mujur kawan2 best walaupun ada sorang yang tertiba berubah laku buat kita wonder apa salah silap kita..Tapi biarlah kan..sorang je macam tu..yang lain best je..lagi2 lak kawan dept2 lain pun makin ramai. Sesekali dapat minum kopi sesama.

Cakap pasal minum kopi ni, lama ek kita tak turun minum kopi sesama, lunch ke apa ke..kena cari masa ni.