Dalam usaha En Suami dan abangnye mencari jalan untuk memulihkan Mak..satu benda yang rasanya patut kita cuba elakkan adalah jangan terlalu advance, menaruh harapan dan tidak mendapatkan nasihat dari orang yang pakar dalam bidang perubatan..Kenapa? Itu untuk mengelakkan pembaziran dan jika tersilap langkah, payah nanti.
Memang kita mahukan kesihatan yang baik untuk keluarga kita kan lelebih lagi ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk membesarkan kita..tapi kekadang kemahuan itu cuma menjerut diri. Lagi satu jangan mengharapkan perubahan dalam masa terdekat..maksudnya bila doctor kata makan ubat ni leh gerak satu tangan, jangan mengharapkan selepas seminggu dah boleh angkat tangan bebetul..kita kena tau gak perkembangan sebenar..konon kalau dulu gerak je sakit..sakitkah lepas makan ubat tu? Jangan terus berhenti dan cepat2 bertukar kepada doctor lain.
Apabila banyak duit..mulalah kita bawak jumpa specialist sana sini tapi kita terlupa satu hal..yang specialist itu hanya satu bidang saja..dia tidak akan mengkaji punca yang lain..jadi jalan yang paling selamat adalah dengan mencari satu doctor yang sangat reliable (General Practioner) supaya dia dapat mengkaji rekod kita dan refer kepada yang berkenaan..
Ada satu kes yang berlaku..kononnya doctor ni pakar hormon dan membuka klinik di Ampang..ala dekat area Wong Solo tu..best tau ayam penyet situ..ops..terbabas sudah..
Doctor ni bagilah ubat macam-macam..lepas tu siap amik darah..tu biasala kan pastu siap advise to go further blood test yang berharga RM 20K okay..jangan memain..pastu suruh antar ke Hospital Bumrumgrad Hospital kat Bangkok kononnya medical facilities kat Malaysia xde atau mahal..siap paksa Okay..Keputusan ini bila dibincang dengan doctor2 yang lain memang mendapat tentangan lah..Berubat kat Bangkok..nak makan minum lagi..tempat tinggal lagi..lagilak Mak ni jenis suka orang datang melawat..kalu takde orang mulala bising nak balik..mogok xnak makan ubat semua..Mujur anak mereka penyabar dan sayang mak mereka tu..
Lagi satu, bila kita membaca di internet tentang pilihan yang ada..jangan lupa untuk berbincang dengan mereka yang arif..contohnya dari segi perubatan, kita berbincangla dengan pharmacist yang ok..sebab ada sesetengah perubatan ni kita boleh ubah dengan pengambilan supplement yang bersesuaian..
Macam skang Cik Yan tengah baca buku Dr Ray Strand "What Your Doctor Doesnt Know About Nutritional Medicine May Be Killing You". Dr Ray ni merupakan medical practional yang isterinya pengidap multiple disease antaranya Pneumonia, Asthma dan x ingat..heheh..Berbagai kajian dilakukan dan isterinya diberi chemical drug yang sangat banyak dalam sehari..tapi condition gettin worse sampai Dr Ray ni pun dah pening kepala.Satu hari isteri dia minta izin nak makan supplement..sebab kawan dia makan ok..jadi dia pun nak..Oh ya..sebelum lupa..Dr Ray ni x percaya pada supplement2 semua ni..sebab dia cakap ego Medical Practioner..chemical drug gak bagus..
Jadi pasal dah cuba macam2 tapi x berjaya..dia pun kata..makan lah supplement tu..dan dalam seminggu isterinya leh tido lambat..selalu lepas dinner je dia dah tido..penat..minggu berikutnya dah boleh naik kuda..dan seterusnya makin sihat..dari situ Dr Ray mengkaji macam mana leh ok kan isteri dia ni..Dari situ dia buat kesimpulan..supplement yang isteri dia makan tu anti oksida..benda ni membolehkan oksigen sampai ke tempat2 yang sakit atau rosak..jadi bila dapat oksigen..sakit tu menjadi kurang dan beransur pulih..Jadi tu yang nak cakap vitamin c tu sangat penting yer..pasal tu binatang jarang kena cancer sebab dia banyak makan vitamin c..x caya..baca buku Dr Ray ni...ada lagi collection dia tapi x complete lagi..heheh
Okay..dah..abih nak citer..
No comments:
Post a Comment