Mak ni, dari dulu lagi mengalami sakit yang x tau apa..Elok2 leh jalan, xleh jalan dah..dulu ingat tua sangat la tapi umur x jauh beza dari my dad..
En Suami citer dalam sebulan ntah berapa kali dah warded kat spital..ada gak masa2 nya yg dorang adik beradik rasa macam Mak ni nak gi dah..Alhamdulillah panjang umur lagi..
Memandangkan dahulu, family ini sangat susah, jadi cuma bergantung kepada klinik kerajaan, hospital kerajaan dan juga rawatan alternative di kampung..si adik siap menolak tawaran belajar kerana tak sanggup tinggalkan mak sebab abang2 kena keje kan..Jadinya bayang jelah bagaimana kehidupan dorang yang sentiasa merisaukan mak mereka dan adik yang berjaga di spital dari Hospital Besut, ke Hospital Kota Bharu dan juga ke HUSM..Diagnose yang doctor cakap..gastrik..dan mengenai sakit belakang tu katanya Osteoporosis
Bila En Suami dan abangnye mendapat keje yang bagus, ada rezeki lebih, dorang mengalihkan rawatan perubatan ke swasta pula..tapi sama je diagnose tu..jadi ubat yang di beri cuma untuk rawatan gastrik jelah..
Pada tahun 2007. En Suami ketika berbual dengan rakannya mendapat maklumuat mengenai Pusat Ayur di PJ, Selangor. Jadi dia pun mencari maklumat dan juga pendapat dari pesakit2 yang pernah mendapat rawatan di situ..Hasilnya pada April 2008, dia nekad membawa Mak ke situ..
Ingat senang nak bawak Mak tu? Apa yang En Suami dan adik nya lakukan adalah dengan membasuh tilam Mak dan menyuruh tido di atas Toto (tau kan apa..bukan yang main nombor tu)..Jadi di awal pagi, En Suami dan adik iparnya telah mengangkut Toto itu bersama Mak ke dalam keta dan terus menuju ke PJ..Sepanjang perjalanan ada gak mak tersedar dan minta untuk pulang tapi En Suami dengan tegasnya tidak mengendahkan semua tu..Jadi sampai lah mereka di sana.
Okay..apa itu Pusat Ayur? Leh dapat details : http://www.ayurcentre.com/
Ni quote dia :
" Ayur Centre , dedicated to helping people access deeper levels of contentment, rejuvenation and holistic treatment, through qualified Ayurvedic Physicians and trained Ayurvedic Therapists offers many kinds of rejuvenation programs, geared towards preventing diseases, maintaining and improving one’s health, besides treating specific ailments such as rheumatism, spondylosis, migraine, diabetes, sciatica, rheumatoid arthritis, skin problems and paralysis.
Jadi duduk la Mak di sana bersama En Suami dan anak sedara yang belajar di UM. Sambil tu dapatla kami menguruskan persiapan perkahwinan kami (saja slot in..hehe).
Apa rawatan yang mereka berikan kepada Mak? Next entry yer..

No comments:
Post a Comment