Saturday, 26 February 2011

Hari ini 26th Feb 2011

Hari ni macam Cik Yan rajin kot..lepas solat subuh konon nak tido balik tapi otak berligat membayangkan kuih apam..Kebetulan anak sepupu En Suami ada rumah..jadi macam okaylah nak makan apam kan..En Suami lak gi beratur membayar saman bersama anak sepupu tu jadi ngam2 dorang balik rumah..siapla apam tu kan..Pasal apam tu kan lama nak masak..nak tunggu sejuk, nak tunggu dorang balik..perut Cik Yan lak dah lapar..karang lambat makan gastrik la..abih lah hari sabtu Cik Yan..

Jadi Cik Yan teringat yang semalam anak sepupu tu ada beli roti gardenia sebuku..Cik Yan lak ada tuna dalam tin..maka dengan segera Cik Yan menggiling roti tu dan letak lah tuna tadi tu..Tapi sebelum tu tuna tu Cik Yan gi perah air limau, letak mayonis, daun thyme ngan letak black pepper sikit..Pastu golek2 dalam telur dan goreng..abis satu tin Cik Yan buat..



Hehe..sebenarnya ada 6 keping tadi tapi Cik Yan telah makan separuh sebab yang 3 tu Cik Yan letak pedas-pedas..Jadi balance ni untuk En Suami dan anak sepupu..Dorang bukan pemakan sangat tu..jadi okla setakat bagi rasa..Hahaha..sebelah tu apam..Favourite En Suami..Jangan x tau sampaikan biras Cik Yan masa duk rumah ni jap hari tu mintak ajar sebab Mak suka..Memula dia lupa nama kuih ni apam..dia gi cakap kuih yang Cik Yan selalu buat bagi Mak makan..dia cakap Mak suka sangat..dan sesuai la ngan selera orang tua..Owh lupa masa dia belajar tu Mak duk kat rumah family dia jugak..

Memula buat apam ni tak jadi okay..memula kawin dulu macam2 usaha..cari internet semua tapi x menjadi sangat..rerupanya tau pasal apa...pasal pengukus Cik Yan kecik..memula x tau gak tapi satu hari di bulan puasa, Cik Yan buat adunan apam ni tapi nak 2 kali kukus..jadinya dapat lah 2 apam kan..sebab sebiji tu nak bawa berbuka kat rumah Pak Usu Cik Yan..cantik gila apam tu jadinya..dari situ Cik Yan sedarla setiap kali nak buat apam selagi tak upgrade pengukus tu...kena bahagi dua resepi tu..
Ni kalu rasa-rasa nak try lah..

1/2 cwn gula merah
1/2 cwn gula putih
3 cwn air putih..

ni masak atas api sampai gula larut, biar sejuk tau..En Suami suka putih plain je jadi Cik Yan pakai gula putih je..

Kat bekas lain letak 500g tepung gandum ngan 1 paket instant yeast (kalu mauripan tu 11g per packet)..

Jadi bila gula dah sejuk tuang kat adunan tepung dan kacau..lagi bagus pakai tangan kita sebab nak bagi enzim tangan..heheh..biar dalam bekas tu sampai dia naik...pastu kacau lagi..tengok naik lagi tak..dalam masa yang sama panaskan pengukus..Owh ye..kalu suka color2..letak la perwarna..Cik Yan buat plain je..

Pastu lepak2 main fb sampai terlupa lak dah janji nak masak asam pedas daging..Ni kira 2nd time buat asam pedas daging...1st time hari tu En Suami x dapat rasa....maka dengan segera mengeluarkan daging dan hati (En Suami nak goreng kunyit) dari freezer..sambil tunggu tu siapkan bahan2 masak...ni kalu rasa nak try gak gunalah resepi Cik Yan ni..(dari internet gak tapi ada gak bahan x tambah contoh mcm kerisik, belacan)..

daging sesuka hati direbus sampai empuk yer..air rebusan jangan buang..


bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit hidup ditumbuk bersama jintan putih, jintan manis dan buah keras..

bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, biji sawi, biji cengkih ngan daun kari ditumis dulu baru masuk bahan tumbuk tadi dengan serai..pastu masuk cili giling sesuka hati gak..kacau sampai naik minyak..pastu masukkan sikit air supaya bahan tadi leh masak dan sebati..

kemudian masukkan daging dan air rebusan tadi...biarkan sampai daging sebati ngan kuah tu...sambil tu masukkan gula dan garam secukup rasa...kemudian..barulah masukkan air asam..peringatan yer..kalu daging x cukup empuk masa rebus..jangan masuk air asam awal2 sebab nanti daging jadi makin liat/ keras..jadi pastikan daging bebetul dah leh makan..baru letak air asam...pastu masuk la tomato sebagai penyeri kuah..heheh..


Pasal sukatan bawang semua tu..bagi Cik Yan..bila bebenda tumis ni banyak..maka kuah asam pedas kita nanti xlah terasa air sangat..dan kalu terlebih masam..bila tambah air tu xlah jadi cair kan..lagi satu yang Cik Yan perasan..kalu nak kuah asam pedas jadi sedap..biar dia reneh lelama..nanti memang dia pekat sedikit dan rasa asam pedas dia ketara..


Nilah lunch air tangan Cik Yan pada hari ni..tapi gambar lauk untuk makan lupa amik..heheh







Peringatan..heheh

Dalam usaha En Suami dan abangnye mencari jalan untuk memulihkan Mak..satu benda yang rasanya patut kita cuba elakkan adalah jangan terlalu advance, menaruh harapan dan tidak mendapatkan nasihat dari orang yang pakar dalam bidang perubatan..Kenapa? Itu untuk mengelakkan pembaziran dan jika tersilap langkah, payah nanti.


Memang kita mahukan kesihatan yang baik untuk keluarga kita kan lelebih lagi ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk membesarkan kita..tapi kekadang kemahuan itu cuma menjerut diri. Lagi satu jangan mengharapkan perubahan dalam masa terdekat..maksudnya bila doctor kata makan ubat ni leh gerak satu tangan, jangan mengharapkan selepas seminggu dah boleh angkat tangan bebetul..kita kena tau gak perkembangan sebenar..konon kalau dulu gerak je sakit..sakitkah lepas makan ubat tu? Jangan terus berhenti dan cepat2 bertukar kepada doctor lain.

Apabila banyak duit..mulalah kita bawak jumpa specialist sana sini tapi kita terlupa satu hal..yang specialist itu hanya satu bidang saja..dia tidak akan mengkaji punca yang lain..jadi jalan yang paling selamat adalah dengan mencari satu doctor yang sangat reliable (General Practioner) supaya dia dapat mengkaji rekod kita dan refer kepada yang berkenaan..

Ada satu kes yang berlaku..kononnya doctor ni pakar hormon dan membuka klinik di Ampang..ala dekat area Wong Solo tu..best tau ayam penyet situ..ops..terbabas sudah..
Doctor ni bagilah ubat macam-macam..lepas tu siap amik darah..tu biasala kan pastu siap advise to go further blood test yang berharga RM 20K okay..jangan memain..pastu suruh antar ke Hospital Bumrumgrad Hospital kat Bangkok kononnya medical facilities kat Malaysia xde atau mahal..siap paksa Okay..Keputusan ini bila dibincang dengan doctor2 yang lain memang mendapat tentangan lah..Berubat kat Bangkok..nak makan minum lagi..tempat tinggal lagi..lagilak Mak ni jenis suka orang datang melawat..kalu takde orang mulala bising nak balik..mogok xnak makan ubat semua..Mujur anak mereka penyabar dan sayang mak mereka tu..

Lagi satu, bila kita membaca di internet tentang pilihan yang ada..jangan lupa untuk berbincang dengan mereka yang arif..contohnya dari segi perubatan, kita berbincangla dengan pharmacist yang ok..sebab ada sesetengah perubatan ni kita boleh ubah dengan pengambilan supplement yang bersesuaian..

Macam skang Cik Yan tengah baca buku Dr Ray Strand "What Your Doctor Doesnt Know About Nutritional Medicine May Be Killing You". Dr Ray ni merupakan medical practional yang isterinya pengidap multiple disease antaranya Pneumonia, Asthma dan x ingat..heheh..Berbagai kajian dilakukan dan isterinya diberi chemical drug yang sangat banyak dalam sehari..tapi condition gettin worse sampai Dr Ray ni pun dah pening kepala.Satu hari isteri dia minta izin nak makan supplement..sebab kawan dia makan ok..jadi dia pun nak..Oh ya..sebelum lupa..Dr Ray ni x percaya pada supplement2 semua ni..sebab dia cakap ego Medical Practioner..chemical drug gak bagus..

Jadi pasal dah cuba macam2 tapi x berjaya..dia pun kata..makan lah supplement tu..dan dalam seminggu isterinya leh tido lambat..selalu lepas dinner je dia dah tido..penat..minggu berikutnya dah boleh naik kuda..dan seterusnya makin sihat..dari situ Dr Ray mengkaji macam mana leh ok kan isteri dia ni..Dari situ dia buat kesimpulan..supplement yang isteri dia makan tu anti oksida..benda ni membolehkan oksigen sampai ke tempat2 yang sakit atau rosak..jadi bila dapat oksigen..sakit tu menjadi kurang dan beransur pulih..Jadi tu yang nak cakap vitamin c tu sangat penting yer..pasal tu binatang jarang kena cancer sebab dia banyak makan vitamin c..x caya..baca buku Dr Ray ni...ada lagi collection dia tapi x complete lagi..heheh

Okay..dah..abih nak citer..




Wednesday, 23 February 2011

Kek Coklat Donna Hay

Akhirnya..Cik Yan telah mencuba resepi kek yang membuatkan Cik Yan stress tu..Tapi xdela buat sampai 4 layer tu kan...

Step by step..resepi click sini


Memula butter milk..rupanya butter milk dlm bahasa kita susu masam atau tairu..



Pastu cairkan butter dgn air dan serbuk koko



Masuk dan whisk dalam campuran tepung



Ni lak telur ngan butter milk tadi..jgn lupa vanila..



Ni lak buat cream dia...



Belah 2 kek..xleh ar belah 4..heheh






Sapu cream pastu telangkupkan..heheh


Ni lak dah sapu semua..


Jadilah lepas rasa nak makan kek coklat..maka dengan ini..hilang sudah stress ku ini..heheh


Monday, 21 February 2011

Intro My Mother In Law

Mak ni, dari dulu lagi mengalami sakit yang x tau apa..Elok2 leh jalan, xleh jalan dah..dulu ingat tua sangat la tapi umur x jauh beza dari my dad..
En Suami citer dalam sebulan ntah berapa kali dah warded kat spital..ada gak masa2 nya yg dorang adik beradik rasa macam Mak ni nak gi dah..Alhamdulillah panjang umur lagi..

Memandangkan dahulu, family ini sangat susah, jadi cuma bergantung kepada klinik kerajaan, hospital kerajaan dan juga rawatan alternative di kampung..si adik siap menolak tawaran belajar kerana tak sanggup tinggalkan mak sebab abang2 kena keje kan..Jadinya bayang jelah bagaimana kehidupan dorang yang sentiasa merisaukan mak mereka dan adik yang berjaga di spital dari Hospital Besut, ke Hospital Kota Bharu dan juga ke HUSM..Diagnose yang doctor cakap..gastrik..dan mengenai sakit belakang tu katanya Osteoporosis


Bila En Suami dan abangnye mendapat keje yang bagus, ada rezeki lebih, dorang mengalihkan rawatan perubatan ke swasta pula..tapi sama je diagnose tu..jadi ubat yang di beri cuma untuk rawatan gastrik jelah..

Pada tahun 2007. En Suami ketika berbual dengan rakannya mendapat maklumuat mengenai Pusat Ayur di PJ, Selangor. Jadi dia pun mencari maklumat dan juga pendapat dari pesakit2 yang pernah mendapat rawatan di situ..Hasilnya pada April 2008, dia nekad membawa Mak ke situ..


Ingat senang nak bawak Mak tu? Apa yang En Suami dan adik nya lakukan adalah dengan membasuh tilam Mak dan menyuruh tido di atas Toto (tau kan apa..bukan yang main nombor tu)..Jadi di awal pagi, En Suami dan adik iparnya telah mengangkut Toto itu bersama Mak ke dalam keta dan terus menuju ke PJ..Sepanjang perjalanan ada gak mak tersedar dan minta untuk pulang tapi En Suami dengan tegasnya tidak mengendahkan semua tu..Jadi sampai lah mereka di sana.


Okay..apa itu Pusat Ayur? Leh dapat details : http://www.ayurcentre.com/


Ni quote dia :
" Ayur Centre , dedicated to helping people access deeper levels of contentment, rejuvenation and holistic treatment, through qualified Ayurvedic Physicians and trained Ayurvedic Therapists offers many kinds of rejuvenation programs, geared towards preventing diseases, maintaining and improving one’s health, besides treating specific ailments such as rheumatism, spondylosis, migraine, diabetes, sciatica, rheumatoid arthritis, skin problems and paralysis.

Jadi duduk la Mak di sana bersama En Suami dan anak sedara yang belajar di UM. Sambil tu dapatla kami menguruskan persiapan perkahwinan kami (saja slot in..hehe). 


Apa rawatan yang mereka berikan kepada Mak? Next entry yer..


Four Tier Chocolate Layer Cake

Sebenarnya kan, sejak MC yang doctor bagi ni, Cik Yan duk rehat kat rumah sambil tengok tv..sekali stress yang amat sebab terliur tengok resepi2 yang dorang buat..Dah tau stress nape lagi tengok channel memasak kan..tapi dah itu yang buat Cik Yan leh duk tengok tv..citer lain mulala ganas sangat ke..poyo sangat ke..heheh. Pastu kat Fb lak, kenkawan dok upload gambar yang dorang masak dan jugak hasil baking dorang tu..Stress lagi!!

Salah satu rancangan favourite tu adalah Junior Masterchef Australia..Memula tu tengok yang Chef Poh buat desert raspberry tu..konon nak buatla sekali buah strawberry dah x elok..pastu terjadilah puding cocktail..Semalam tengok bebudak tu kena buat choc cake Donna Hay..Stress Cik Yan..2 kali lak tu tengok..hehehe..




Jadi hari ni Cik Yan berjaya mencari resepi tu..Senang nampak nye..tapi Cik Yan x buat lagi..tunggu En Suami menolong..karang sakit balik Cik Yan, sambung MC abihla..

Ni sesapa nak terbaca dan nak cuba..

1/2 cup (125ml) water
60g butter, chopped
2 tablespoons cocoa, sifted
1 cup (150g) plain flour, sifted
1/2 teaspoon bicarbonate of soda, sifted
1 cup (220g) caster sugar
1 egg
1/4 cup (60ml) buttermilk
1/2 teaspoon vanilla extract

chocolate cream cheese frosting
50g butter, softened
250g cream cheese
1 cup (160g) icing sugar mixture, sifted
1/4 cup (25g) cocoa, sifted

Method officially tested

1. Preheat oven to 150'C fan-forced.

2. Place the water, butter and cocoa in a saucepan over medium heat and stir until the butter has melted. Place the flour, bicarbonate of soda and sugar in a bowl, add the cocoa mixture and whisk to combine. Add the eggs, buttermilk and vanilla and whisk to combine. Divide mixture between 2 lightly greased 12cm round cake tins lined with non-stick baking paper. Bake for 40-45 minutes or until cooked when tested with a skewer. Allow to cool in the tins for 5 minutes. Turn out onto wire racks to cool completely.

3. While the cake is baking, make the cream cheese frosting. Place the butter and cheese in the bowl of an electric mixer and beat for 6–8 minutes or until pale and creamy. Add the icing sugar and cocoa and beat for a further 6–8 minutes or until light and fluffy.

4. To assemble, slice the cakes in half horizontally. Place one cake layer on a plate and spread with one quarter of the frosting. Repeat with remaining layers and frosting. Decorate as desired.


U Sayang I x?

Sebenarnya sambil breakfast tadi teringat conversation yang berlaku kat opis x lama dulu. Kawan ni tua dah En J, dalam 50 lebih baru letak tepon. Rupanya dia cakap ngan wife dia. Sekali dia cakapla kat kawan lain En T "ko tau T, wife aku tanya aku sayang dia ke x, kalu x sayang watpenye aku kawin ngan dia. isk melalut je soalan"

Cik Yan ngan En T ketawa besar..pastu Cik Yan cakapla..lenkali jawab x sayang..camner reaksi dia.. En T lak menyampuk..abihlah kena halau rumah..hehhehe.

Dari perbualan tu, teringat dulu sukala sangat tanya benda yang sama kat En Suami..yelah orang sedang hangat bercinta kan..Pastu awal perkahwinan pun ada tanya gak..masa tu sure merajuk kalu dia lambat jawab..Konon soalan tu watpe nak pikir panjang kan..



Tapi skang, kalu lambat jawab dah, x kisah..sebab dah pandai menerima hakikat sayang bukan hanya ucapan di bibir tapi dari segi perbuatan..Nak ke suami/ boyfriend selalu cakap sayang tapi kat belakang ada orang lain..xpun, x menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya..Cuma kekadang tu leh ar minta dia cakap sayang kan..sejuk telinga dengar kan..hahahha


Sunday, 20 February 2011

Singgang Daging

Alkisahnya En Suami turun ke Kemaman untuk belajar dengan sepupu dia yang jadi Pilot kat Kertih Port tu. Jadi pasal nak turun Kemaman, dan abang ipar dengan anak sepupu pun nak turun sama gak, jadi En Suami telah memesan anak sepupu tu untuk membeli daging dari kampung..En Suami kata daging baru sembelih, belum antar gi kedai/ pasar..(fresh sangat la kot)..

Memandangkan En Suami pun ada berjanji nak bagi kawan kami merasa lauk singgang daging nye..maka pada hari ni, dengan gigihnye dia memasak singgang daging..Memandangkan Pn Isteri pun x berapa sihat lagi..jadi tukang tengok dan taster jelah..heheh..

Owh lupa yer..Pn Isteri kena goreng tanpa minyak cili kering dan ketumbar dan juga menumbuk je..bayang jelah tumbuk cili kering..bertambah sakit tempat laps tu. Gambar ni dulu dah ada jadi guna semula sebab bahan yang sama kan..

Cili kering yang dah tumbuk, gula merah, lengkuas, asam keping, kunyit, cili padi kalu nak pedas, bawang putih, bawang merah dengan ketumbar tumbuk


Ni daging yang menunggu turn nak masuk periuk. Dlm periuk tu tengah rebus tulang. En Suami selalu pesan kalu nak rebus jangan masuk rempah awal2 katanya nanti pahit..Bila dah agak2 tulang tu dah separuh masak, masukkan daging dan tunggu sampai hampir empuk. Pastu baru masuk semua bahan tadi.

Dah masuk semua bahan tadi kita biar jelah sampai bebetul empuk. Oh ya rempah tu jangan pulak curah semua..kena masuk sikit2 sebab kalu terlebih rempah ntah pape je rasa..

Siap sudah, yang nak bagi kawan tu xdelah amik gambar kan..yang ni untuk Cik Yan makan..heheh




Saturday, 19 February 2011

Hello Dunia Blog

This is my new blog....terhasil sudah blog ni hasil bantuan Cik-Cempaka..Punya lah payah nak buat tadi..sudahnye minta je Cik Cempaka tolong buat..Terima kasih Cikgu..hehhe.

Dulu takdela terasa sangat kan nak ada blog. Kawan2 suggest buat blog untuk letak lah gambar kek ke kuih ke atau makanan pape yang dicuba tapi macam malas la pulak..Tapi keinginan ber blog terhasil bila en suami banyak mendapat info dari internet mengenai penyakit mak dia (multiple ok..hi bp, hi cholesterol, thyroid lagi)..Dari situ terfikir la naper tak share jugak finding kitorang (nak kata research pun macam boleh je)..Mana tau ada orang yang mengalami masalah yang sama..boleh juga kita membantu kan..

Skang en suami sedang memberi kan rejim ubat yang baru untuk mengatasi thyroid mak dia tu. Jadi akan datang, mungkin post banyak berkisah kronologi pasal apa yang kitorang dapat tu ek dan mungkin juga gambar makanan (I am a food lover, okay!)