Cik Yan layankan aja..mana yang baik ikut, mana tak baik tak ikut setelah dapat memikirkan alasan logik setiap pantang larang tu. Contohnya kat spital dorang bagi makan telur lepas je sehari bersalin tapi En Suami tak bagi la makan…pastu time pantang, tukang urut bagitau kalu nak makan telur, cari telur ayam kampung sebabnya dia cakap telur ayam kampung ni jarang ada bahan cucuk2 ni..sudahnya tak makan pun..ada ke patut kalu makan, pastu dorang (En Suami dan maid) tak nak bagi makan benda lain..Lapar la i..jadinya harus demand pepagi sebelum mandi air rebusan tu makan dulu horlick+nestum…pastu in between asalkan belum urut lagi ada la yang suap makanan lain..heheheh.
Lagi satu, ada kawan ni cakap jangan minum air banyak sangat, orang tua kata nanti urat kembang bagai..tapi Cik Yan dok baca untuk menjayakan penyusuan badan, harus ada bendalir yang banyak dalam badan..jadinya ku abaikan saja tapi kalu betul la..jangan la kembang urat..huhu. Pastu makan lak orang tua kata nasi dengan ikan bakar kering tu semua..Cik Yan nak makan macam tu? Oooooo tidak…walaupun orang kata time pantang time untuk kuruskan badan, makanan harus seimbang supaya segala dalaman yang putus tu leh pulih semula…agak2 la kot orang bersalin tu macam tulang dia retak ke patah banyak2 pastu nak bagi benda zat sikit2…tapi nak selit sini boleh??? Cik Yan minum air suam banyak2…makan berzat banyak2 termasukla telan pegaga, peria dan ulam pape ntah yang pahit (kalu x, dulu mana makan) berat turun sampai 15 kg ye….padahal I duk pantang jadi macam Raja sebab En Suami tak kasi buat apa melainkan susukan Mia dan layan AlphaBET. Tengok power tak penangan air masak??
Pastu ni kisah bila nak bagi solid food kat baby..
Ada je dok ngomel eh pe benda ko bagi anak ko makan..eh anak ko ni vegetarian ke…ku layangkan ulang semula LAYANG bukan layan..ibarat masuk telinga kiri kuar telinga kanan. Instinct ku kuat…keyakinan bertambah bila mintak petunjuk dariNya dan itulah yang di lakukan. Bahan bacaan semua memberikan alasan yang kukuh, logik dan bila tengok rata2 penulisan bukan la pengalaman ibu semata tapi ibu yang bergelar doktor, pakar nutrisi dan pakar kanak2.
Bahan rujukan Cik Yan mengenai pemakanan bayi ketika masuk umur 6 bulan adalah dari group Facebook (HSFFYB) yang dah tak wujud lagi dan http://wholesomebabyfood.momtastic.com/..Banyak ilmu panduan dan resepi yang menjadi rujukan Cik Yan..tu yang bila dok post dalam FB, Cik Yan bagitau zat apa yang terkandung sebab dah baca kan..hehhe. Tang makanan baby ni punyalah kuat gak cabaran dia sebab doktor Mia asyik mention bagi cerelax..niat dia baik sebab dia tau Cik Yan keje jadi dia kata cerelax semua ada jadi tak susahkan para ibu untuk fikir zat makanan buat bayi. Pastu dok sibuk suruh bagi jus itu inilah..Cik Yan senyumkan aje…
Bagi Cik Yan, kalu dalam pantang pun Cik Yan amalkan apa yang logik jadi pemakanan bayi pun sama je sebab bila baca artikel tu semua, dorang buat berdasarkan kajian yang bagi Cik Yan logik la. Ulang semua, LOGIK bagi Cik Yan. Contohnya kenapa anggur di perkenalkan kepada bayi ketika umur 8 bulan ke atas? Alasannya peparu bayi belum cukup matang lagi dan rata2 bayi mengalami masalah pernafasan, pneumonia atau apa je masalah peparu termasuk lelah kerana makan anggur ketika peparu lum matang. Orang kekadang sesuka je cakap pemakanan sunnah bagai…kalau makan pun tapi tak kena cara, kesesuaian masa tak kena jugak..kena ingat pemakanan sunnah juga melibatkan pemakanan yang menyihatkan badan bukan memudaratkan badan..Bila sesaja tegur orang, orang suka cakap eh doktor kata boleh..ikutla cakap doktor..kita ni sape, doktor lagi tau apa yang suai atau x..DAH tu time pantang nape tak ikut cakap doktor leh makan itu ini asalkan moderate? Tak berani pulak kan……takkan tang diri kita je ikut orang tua, amalan dolu2 tapi tang anak tak ikut..Harus ingat, doktor kanak2 cuma doktor je…pasal tu kalu ibu nak susukan anak..dia bukan jumpa doktor kanak2 tapi jumpa pakar laktasi..some more ada kes..doktor pakar kanak2 suruh bagi susu formula tapi pakar laktasi bising2 kenapa ibu itu ikut dan tak usaha untuk bagi susu badan…Melalut ke? Kesimpulannya, tang pemakanan, walaupun doktor itu DOKTOR, dia perubatan je..sakit apa cik, ada pening..ada muntah…tapi makanan harusla pakar nutrisi..
KENA ingat gak satu ni >
“Saiyidina Ali pernah berkata, didiklah anak-anakmu mengikut zamannya, jgnlah kamu mendidik mereka mengikut zaman kamu.”
Jadi jangan nak guna pakai ayat dulu mak pak kita ajar camni..camtu…masa berubah..ikut mana yang baik seiring dengan waktu..siapkan diri anak2 kita untuk hadapi masa hadapannya yang pasti sangat berbeza dengan zaman kita…siapkan agamanya, pupuk imannya dari kecil supaya bila besar nanti dia dapat menghadapi cabaran…
Eh apa kena mengena kan dengan makanan2 tadi…
Nak cakap jangan asyik nak kata dulu mak pak kita bagi makan camni je..besar jugak, hidup senang gak..Tengok diri kita, betul ke kita ikut landasan Islam..tengok kekurangan kita jangan fikir kita bagus tapi bersediala untuk menerima pandangan orang dan fikirkan sedalamnya. Jangan mudah nak kata mak pak kita camtu camni. Zaman mereka lain dengan zaman kita…zaman kita pula lain dengan zaman anak2 kita..Bukan itu aja..zaman mereka zaman tak tercemar mana pun lagi kalu nak kata tang pemakanan tapi zaman kita ni banyak sangat modified..buah2 dah ada istilah GMO (genetically modified organism)..dorang makan ubi kayu dari tanah yang subur tanpa bahan kimia..zaman kita ni tanah, air semua tercemar..jadi usahla nak samakan apa yang dorang bagi kita dulu.
No comments:
Post a Comment