Thursday, 29 December 2016

Nuggets Ayam


Dulu ada try resepi nuggets tapi tak ingat dari mana. Mia ngan Baby tak suka dan Cik Yan sendiri makan rasa tak sedap. Maka terus tak buat dan dorang asyik request nuggets KFC. Lelama rasa macam apa kata cari resepi lain dan buat stok frozen dari beli yang paket mentah atau gi KFC.

Resepi ni dari Super Healthy Kids

Bahan-bahan
  • 700g isi ayam
  • Garam
  • 1 butir telur
  • Serbuk roti

Cara membuatnya
  • Isi ayam direbus lebih kurang 20 minit. Jangan terlebih masak nanti isi kering. Bila kering, nuggets akan menjadi kering gak
  • Selepas ayam masak, blend bersama telur dan garam secukup rasa. Boleh juga tambah blackpepper powder atau apa saja bahan perasa (garlic powder, parmesan cheese etc)
  • Bentuk guna acuan atau bulat2 je dan golek dalam serbuk roti
  • Bakar sehingga masak. Jika nak lagi rangup, renjis minyak dan balik kan selepas beberapa ketika dalam oven (Berapa lama? Cik Yan set suhu 160 utk 10 min, terbalikkan naik suhu 200 utk 5 min) ~~~ setakat telur je yang mentah kan...rasanya kejap pun ok kot.. Cik Yan lelama tu pasal tengah buat keje yang lain gak.~~~
  • Cik Yan tak try goreng lagi dan kalau malas masuk oven pun mungkin airfryer je nanti.

Maka, kalau rajin nak buat pape tapi malas nak google, Cik Yan akan gunakan resepi ni untuk stok frozen nuggets sebab Mia siap call ayah dia cakap sedapppppp. Mama pun suka gak cuma tertiba kan kat serbuk roti tu terasa masin. Padahal amik yang dorang dah gigit2 tu elok je rasa. Mujur la mama yang dapat masin tu kan...tu sebab gaul tak sekata la tu...


Wednesday, 21 December 2016

Chicken Poppers

Recipe from Buzzfeed.

Makes 20-25 pieces

INGREDIENTS
2 chicken breasts, boneless & skinless
2 teaspoons salt
1 teaspoon pepper
1 teaspoon garlic powder
1 teaspoon chili powder
1 cup flour
3 eggs, beaten
Oil, for frying

PREPARATION
Slice chicken breasts into bite-sized chunks.
Combine the chicken with the salt, pepper, garlic powder, and chili powder, mixing until evenly seasoned.
Place the flour and eggs into separate bowls.
Dip a piece of chicken into the flour, then the egg, then back into the flour. Repeat with the rest of the chicken.
Heat oil in a large pot over medium-high heat.
Fry the chicken pieces until deep-golden brown and crispy.
Set aside on a paper towel to drain.




BBQ Chicken Poppers
Makes 10 pieces

INGREDIENTS
10 chicken poppers, above
½ cup BBQ sauce

PREPARATION
In a pan over medium heat, cook the BBQ sauce until bubbly.
Toss the chicken in the sauce until evenly glazed.
Serve!

Buffalo Chicken Poppers
Makes 10 pieces

INGREDIENTS
10 chicken poppers, above
2 tablespoons butter
½ cup hot sauce

PREPARATION
In a pan over medium heat, cook the butter and the hot sauce until bubbly.
Toss the chicken in the sauce until evenly glazed.
Serve!

Garlic Parmesan Chicken Poppers
Makes 10 pieces

INGREDIENTS
10 chicken poppers, above
2 tablespoons butter
4 garlic cloves, finely chopped
¼ cup parsley, chopped
½ cup parmesan

PREPARATION
In a pan over medium heat, cook the butter, garlic, and parsley until garlic is barely starting to brown.
Toss the chicken in the garlic butter mixture until evenly coated.
Turn off the heat, then toss the chicken in the parmesan.
Serve!

Honey Chipotle Chicken Poppers
Makes 10 pieces

INGREDIENTS
10 chicken poppers, above
¼ cup honey
2 tablespoons water
2 tablespoons hot sauce
2 tablespoons ketchup
1 tablespoon chipotle chili powder

PREPARATION
In a pan over medium heat, mix together the honey, water, hot sauce, ketchup, and chipotle powder. Bring the sauce to a simmer, and cook for one minute.
Toss the chicken in the sauce until evenly glazed.
Serve!

Monday, 19 December 2016

Nasi Ayam Mudah Bagi Cik Yan

Dulu pernahla membuat nasi ayam ikut apa kawan ajar. Dia dah mudahkan cara masak tapi Cik Yan terasa sangat susahnya pastu En Suami langsung tak jamah (keje smpi malam pastu x lalu makan). Masa tu terus cakap tak kuasala nak masak benda2 gini. Kalau rasa nak nasi flavored, baik buat  butter garlic rice je (kononla).

Tapi satu hari ni terasa sangat nak makan ayam cumanya boring kot ayam masak merah tak pun berkaitan ayam dengan kicap. Dalam hati terasa nak cuba lagi nasi ayam tapi kali ni baca resepi bebetul biar makin mudah cara.

Turn out, puas hati dan terasa macam eh mudahla jugak masak nasi ayam ni.

Resepi adaptasi dari :
  1. Hanieliza
  2. Fiza's Cooking

Bahan-bahan
(Cik Yan olah untuk kami sekeluarga makan ~1 adult, 2 kanak-kanak)
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cwn beras
  • 5 cwn air / stok ayam ~ bergantung pada beras masing2, Cik Yan guna beras cap Serindit masa ni
  • 3 ulas bawang putih [ketuk]
  • 1 inci halia[ketuk]
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 helai daun pandan [simpulkan]
  • garam secukupnya

Cara Memasaknya 

Nasi & Ayam
  • Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • Bila sudah mendidih angkat dan toskan ayam.
  • Lumurkan kicap, minyak bijan dan madu pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak
  • Ambil 5 cwn air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
 Sup
  •  Air rebusan yg lebih tadi masukkan batang celery dan perasakan dengan garam. Tabur daun sup jika suka
Kicap
  •  Campurkan 1 cawan air rebusan ayam dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu teh minyak bijan.
Cili
  •  Kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili.


Friday, 16 December 2016

Keria Sira Gula Melaka

 


Lately asyik terbayang kampung mak abah, Merlimau, Melaka. Pastu kat FB lak sibukla orang dok share resepi keria gula melaka takpun yang membeli kat keria antarabangsa tu.
Sebenarnya masa kecik2 dulu tak tau pun kewujudan tempat tu cuma yang tau rata2 keria kat Melaka tu selalu la jumpa sira gula melaka alang2 masa tu famous dengan Gula Melaka Fauziah dari Duyung tu tambahan lagi selalu beli kuih penderam.

Terus simpan hasrat nak cuba kuih keria ni sebab nak tambah lagi koleksi kuih muih tradisional yang boleh dibuat. Jadi kali ni alang-alang gi pasar tani nampak keledek sana sini, terus la beli 3 ketul.

Resepi dari Dapur Kecil Zaira yang katanya merujuk pada Azlina Ina.

Bahan-bahan
  • 500gm ubi keledek (kalau keledek kuning lagi sedap kata kawan dan suruh kukus kalau rasa risau byk air)
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 1 tbsp tepung beras (membukit)*
  • 2 tsp baking powder*
  • 1 tsp garam halus*
  • 1/2 tbsp gula*

Sedikit tepung gandum/1/4 cup tepung gandum ketika menguli (untuk campurkan ketika menguli jika lembik/letak di tapak tangan dan pinggan. Untuk elakkan melekat.

Bahan sira:
  • 100gm gula melaka ketul dihancurkan
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1 ketul gula batu(untuk rangupkan sira)
  • 1/4 cup air(lebih kurang atau kurangkan lagi kepada 2-3 sudu air untuk cepatkan gula mengeras)

Cara membuatnya

  • Rebus ubi hingga empuk.
  • Lenyek ubi.
  • Campurkan bahan * dengan ubi.
  • Gaul dan uli.
  • Bentukkan adunan. Gunakan tepung gandum di tapak tangan untuk elak melekat ketika membentuk.
  • Panaskan minyak. Goreng. Kawal api.
  • Setelah masak, angkat dan tos.
  • Dalam periuk lain, masukkan bahan sira.
  • Kawal api. Biarkan sehingga larut dan berbuih. Setelah pekat, barulah masukkan kuih.
  • Masukkan kuih dan kacau hingga bersalut. Gaul dan gaul sehingga mula nampak gula keras pada kuih.Ketika proses ini api jangan ditutup 


Nota :
  • Tekstur keledek tu tak sedap sangat, Cik Yan tengok resepi-resepi lain ada yang tak letak baking powder. Next time kalau guna keledek putih ni nak cuba tanpa baking powder lak. Kalau keledek kuning tu pun nak try juga la tanpa dan dengan baking powder.


Wednesday, 14 December 2016

Parchment Baked Chicken - BBQ Sauce

Resepi dari Buzzfeed yang ramai share kat Facebook. Sebab dah beli sos BBQ yang sedap macam pizza hut ke domino pizza maka excited nak try. Maklumla semalam baru sampai 3 packs boneless chicken part. 1 pack dah selamat dijadikan sosej yang 1 pack ni amik skit saje nak try.



INGREDIENTS
  • Parchment paper or aluminium foil, 12×18 inches
  • 1 chicken breast
  • 1 small potato, sliced
  • 1/4 onion, sliced
  • 3 tablespoons barbecue sauce
  • 1 tablespoon olive oil
  • Salt, to taste
  • Pepper, to taste

PREPARATION
  • Preheat oven to 400°F/200°C.
  • Fold the parchment paper in half, then open up
  • Quarter the potatoes and thinly slice the onion.
  • On one half, lay down the cut potatoes, drizzle on oil and sprinkle on salt & pepper.
  • Lay the chicken on the potatoes, season with salt and pepper and spread on the barbecue sauce. Top with sliced onions.
  • Fold the parchment paper over the chicken, and cinch the paper together by folding it over itself along the edges.
  • Bake for 25-30 minutes or until internal temperature of chicken reaches 165˚F/75˚C.

Sunday, 4 December 2016

Karipap 3 Tepung



Resepi adaptasi dari blog Yatie Memories

Bahan-bahan doh
(Cik Yan dpt 25 ketul)

  • 500g tpg gandum
  • 50g tpg beras
  • 50g tepung ubi kayu
  • 1tsp garam
  • 1tbsp gula
  • 3 tbsp marjerin - Cik Yan guna butter *
  • 1/4 cwn minyak sayuran *
  • 1 cwn air
bahan - bahan bertanda * dipanaskan bersama di atas dapur


Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan-bahan kering
  • Curahkan minyak dan marjerin panas ke dalam bahan kering dan ratakan
  • Tuang air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh yang lembut
  • Biarkan selama 30 minit
  • Bulat-bulatkan doh sebelum di canai dan letakkan inti (Cik Yan timbang setiap satu doh sebanyak 20g)

Nota
  • Mengikut susur galur resepi Kak Yatie ni, karipap menjadi lebih rangup jika digoreng 2 kali dan ianya tidak akan berminyak.
  • Jika doh terlebih, boleh di frozen untuk kegunaan akan datang. Cuma biarkan ia lembut sebelum di canai (defrost)


Bahan-bahan Inti Kentang 

  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 tbsp serbuk kari daging
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam & gula secukup rasa
  • Air

Cara memasaknya
  • Tumis bawang-bawang (hiris atau tumbuk) sehinga naik bau bersama daun kari. 
  • Masukkan serbuk kari yang dibancuh bersama sedikit air
  • Apabila rempah sudah pecah minyak, masukkan kentang dan air
  • Masak sehingga kentang menjadi lembut dan perasakan dengan garam dan gula