Saturday, 30 July 2016

White Cake Recipe

Sejak minggu lepas lagi Mia tanya2 pasal kek coklat takpun bila nak buat kek untuk dia. Demand Kek Jack The Pirate macam birthday dia dulu.

Cik Yan pula asyik terasa nak buat 2 jenis resepi ni tapi sebab melibatkan coklat, kesian pulak ke Muhammad since dia tak leh makan lagi. Konon bertahan dari membuatnya selagi boleh la.

Sambil memikirkan kek apa jela nak buat yang Muhammad leh makan sekali terjumpa resepi ni dan sebab bahan pun agak mudah, Cik Yan pun test resepi ni tapi dalam bentuk cupcake.

Resepi asal dari http://addapinch.com/the-best-white-cake-recipe/

Bahan2 :
  •  1 cwn butter
  • 1/2 cwn shortening (Cik Yan guna butter je since shortening xde)
  • 3 cwn gula (lenkali Cik Yan nak kurangkan ke 2 1/2 cwn je)
  • 5 biji telur
  • 3 cwn tepung serbaguna (Cik Yan guna tepung gandum je)
  • 2 tsp baking powder 
  • 1/4 tsp garam
  • 1/2 cwn whole milk
  • 1/2 cwn butter milk (Cik Yan guna 1 cwn buttermilk terus)
  • 2 tsp vanila

Cara2 :

Oven dipanaskan pada suhu 180C.

Tepung gandum di ayak bersama baking powder dan garam. Campurkan vanila ke dalam susu dan kacau dengan garfu.

Cream butter dan shortening sehingga adunan ringan dan gebu kemudian masukkan gula secawan demi secawan  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pastikan telur sebati dengan adunan.

Masukkan tepung dan susu selang seli ke dalam adunan telur dan pukul sebati.

Tuang dalam adunan (resepi asal guna 3 loyang bulat size 9 inci) tapi Cik Yan guna bekas cupcake je. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.





No comments:

Post a Comment