Friday, 11 October 2013

Agoda

Saje nak citer pasal perkhidmatan carian hotel yang selalu Cik Yan guna setiap kali nak bercuti. Pertama kali menggunakannya ketika nak bercuti di Bandung pada tahun 2011. Ketika itu, kawan Cik Yan pesan supaya check di website itu, website hotel dan juga tepon. Hasilnya adalah pencarian hotel melalui Agoda di mana ketika itu, harga rendah berbanding dari website hotel dan juga tepon.

Agoda juga Cik Yan gunakan ketika membuat tempahan hotel untuk En Suami ketika berkursus di Singapore. Di Agoda, siap ada bagitau jarak perjalanan ke sesuatu tempat, perkhidmatan pengangkutan awam berdekatan dan juga komen dari penginap hotel tersebut. Pada ketika itu, Agoda macam tak bagi kita guna akaun kita tapi orang lain yang duduk. Mungkin ada kot time tu cuma Cik Yan tak tau.

Pada tahun ni, setelah mula bekerja selepas cuti bersalin, En Suami kata nak berjalan supaya Cik Yan dapat relax. Kebetulan ketika itu cuti Tahun Baru Cina maka Cik Yan pun sajala tengok rate De Colmar Bukit Tinggi. Bagus rate tu (first time En Suami tak berkira harga hotel) dan percutian pertama kami sejak kehadiran Mia memang best tambahan Cik Yan pun dah pandai sikit nak kawal suasana bila Mia nak menyusu di tempat awam.

Percutian yang paling bermakna adalah ketika kami merancang ke Singapore di mana ramai sedia maklum hotel adalah mahal. Biasanya kami duk di hotel rangkaian 81 je sebab amal konsep ada tempat mandi, tido cukupla. Namun sejak ada Mia, nak berjalan kena sentiasa semat dalam hati macam mana kalau Mia moody. Jadi jawapannya adalah pilih hotel yang best jadi kalu Mia moody, kami leh lepak dalam bilik. Agoda digunakan seperti biasa dan hasilnya adalah harga yang terbaik dengan penginapan di Royal Park on Scott Road dimana hotel itu adalah kepunyaan Sultan Brunei.

Bayang jelah yer harga yang diberikan Agoda ibarat 70% less dari harga asal dan bilik itu adalah sama seperti yang Agoda gambarkan. Mini bar percuma dan dilengkapi demgan mesin kopi Gusto yang sangat best sampai Starbuck sebelah hotel tu pun tak berjaya menarik Cik Yan. Mia lagila happy apabila dapat bergerak bebas memandangkan bilik itu luas. Kalau duk hotel 81 sian budak tu...

Percutian melalui Agoda yang kedua terhebat pula adalah di Cameron Highland. Memula nak la duk Smoke House tu tapi memandangkan anak buah En Suami pun ada, kami memilih untuk duduk macam apartment style. Tempat pilihan adalah Equatorial memandangkan kawan pun kata bagus tapi pasal En Suami lambat beri persetujuan, bilik tak available dah..Cuak..sebab excited nak gi tapi kalau bilik takde camner kan....Agoda suggest Century Pines...

Maka berangkat la kami ke Century Pines dan ketika di kaunter, bila dorang tengok je notes yang Cik Yan buat dalam Agoda tu..terus dengar pekerja tu cakap kat walkie talkie sofa bed diperlukan. Urusan pendaftaran di Century Pines sangat cepat dan pekerja sangat ramah. Sampai bilik tengok ada pekerja menyiapkan sofa bed. Buat pengetahuan semua....bilik Cik Yan adalah bilik 1.5 tingkat dimana kat bawah tu diberikan sofa bed, ada toilet, tv besar, dry kitchen dan kami anak beranak tido di atas loteng. Macam omputih rasa dengan keadaan bilik tu. Berbaloi lagi percutian kami melalui Agoda.

Nanti kalu ada rezeki nak cuti memana, Agoda jadi pilihan kami dalam urusan penginapan melainkan ada orang nak tolong kan..hehehhe. Oh ya dan kini kalau nak book untuk orang lain pun boleh jadi sesape nak Cik Yan tolong okey je...dapat gak point..

Apa pun, tryla guna Agoda di mana jika kena dengan masa, ada rezeki kita...dapatla menginap di hotel mewah pada kadar yang kita mampu..Jika kita merancang dengan betul, percutian kita leh jadi mewah gak tapi bayaran pada harga rendah...tu yang orang dok kata rancang perjalanan anda...

No comments:

Post a Comment