First entry pasal makanan Mia...
Mia start makan masa umur dia enam bulan..memula ada hati nak lewatkan tapi En Suami dah sound awal2. Makna taknya berat Mia naik sikit je pastu dari umur 4 ke 5 bulan paed dia kata Mia dah tunjuk tanda boleh makan. Kira En Suami bagi cik Yan tahankan ke 6 bulan cukupla kan....
Makanan awal Mia adalah puri epal je..pastu Cik Yan ikut 4 days rule yang Cik Yan baca kat group HSFFYB yang sekarang ni xde dah sebab ramai sangat orang guna info pastu buat jual ke apa ntah...mujur sempat baca dan ingat segala web rujukan dia. Bukan calang2 admin tu, dorang tu memang pakar nutrisi kot..
Lepas puri epal, Cik Yan bagi avocado yang di lenyek halus dan hasilnya poo poo. Mia punyala panjang dan dia mengalami kesukaran mengeluarkannya..sembelit la kot tapi ada je poo poo yang panjang tu dan dia senyum je time kuar tu...jadinya avocado tu cuma di beri 2 hari saja dan terus. Cik Yan intro pisang. Sejak tu normal kembali poo poo nya..
Apa yang boleh Cik Yan pelajari dari pengalaman avocado ni ialah kalu nak beri bayi, masa lenyek tu tambah air supaya dia tak pekat dan usus tak berat menerimanya..
Berikut turutan apa yang Cik Yan beri Mia sepanjang usianya 6 bulan yang mana ingatla sebab masuk je 7 bulan, Cik Yan intro bubur ala-ala cerelac. Untuk rujukan, boleh refer ke food chart kat wholesomebaby. Sila pastikan juga buah yang dibeli itu bukan dari GMO ek.
1. Epal
2. Avocado
3. Pisang
4. Carrot
5. Pear
6. Peas (frozen ye bukan dalam tin)
7. Peach
8. Cauliflower
9. Pumpkin
10. Mango
11. Nectar (masa gi Aeon ada tulis nectar, jadi i amik la..heeheh)
Cara buat puri selain avocado, pisang dan mangga adalah dengan kukus dan blend. Cik Yan guna steamer ngan blender Avent Phillips tu. Pasal kita baru intro, jadinya takdelah banyak kena bagi makan maka sebiji epal tu kekadang cukup untuk jadi puri buat 2 - 3 hari. Ada orang buat puri banyak2 terus untuk stok sebulan dan simpan kat freezer tapi Cik Yan tak kuasalah...kata bagi makan untuk 4 hari, lepas tu tukar lain..ntah bila nak guna frozen tu kan....
Pastu buah avocado semua tu memadai dengan lenyek sampai hancur. Pasal Cik Yan ada set manual untuk prepare makanan bayi ni, jadi Cik Yan guna lesung kayu dan penapis setiap kali nk buat puri avocado, pisang atau mangga.
Lupa lak, elok bagi makan time pepagi macam pukul 10 ke atas. Awal2 ni bagi sekali cukup sebab kita nak biasakan perut dia tima makanan pejal. Pastu bagi awal sebab kalu jadi pape macam ada alahan pada makanan, kita leh cecepat gi jumpa doktor...
Time makan puri ni, Mia masih lagi menyusu dengan 6 botol pada kadar 3 oz sekali minum. Mia kurang minum air masak dan kalu nak bagi, kena suap dengan sudu. Kalu letak dalam botol susu alamatnya siram pokok la Mia...
Okay, bila Mia dah 7 bulan, Cik Yan intro bubur nasi ala-ala cerelax. Caranya adalah :
1. Cuci beras (Cik Yan guna brown rice)
2. Rendam dengan air masak. (Jangan ngengada guna air paip ek)
3. Biar semalaman.
4. Buang air rendaman, tapis dan biar 30 minit
5. Kisar beras tadi sampai halus macam tepung (Cik Yan guna food processor)
6. Simpan dalam peti ais
Bila nak masak, amik beberapa sudu ikut suka pastu masak dengan air. Biasanya 15 minit siap dah pastu takyah sesusah nak blend atau lenyek sebab dah halus. Bayi umur 7 bulan jangan bagi bubur kasar2 lagi..kesian perut dia nak process...
Try bubur tu untuk 4 hari pastu bila dah lulus, leh campur dengan puri yang kita dah lulus sebelum ni. Macam Mia, dia bukan main suka bila letak pis atau labu dalam bubur dia tu. Memandangkan dah 7 bulan, jadinya pagi Mia makan bubur dan petang Cik Yan intro makanan lain supaya banyak sikit perisanya.
cik yan..tq utk tips wat bubur nasi..nak tnya cket, lps kisar beras halus tuh, die akan basah2 ke? leh tahan bape lama dlm peti?
ReplyDeletedia jadi macam tepung..kira tak basah..biasanya buat untuk seminggu je tapi pernah gak pasal baby tak banyak makan bubur minggu tu..lajak simpan 2 minggu. tapi tengok2 la takut2 ada kulat tumbuh kan..
ReplyDelete