Monday, 7 October 2013

Hati tak keruan

Pukul 2 pagi dan Cik Yan masih berjaga lagi. Atas katil, En Suami keletihan, sisi Cik Yan pula Baby Mia yang pertama kalinya kena demam panas (>38C) sejak semalam. Sebenarnya dari Jumaat malam lagi tapi perangai Mia macam biasa, aktif je jadi taklah jumpa Dr Iean tapi petangnye tu En Suami tak sedap hati jadi kami bawak je jumpa doktor di Setiawangsa dan akhirnya suhu sangat tinggi. Apabila kami menjelaskan tentang bacaan termometer kami, doktor menerangkan kami harus menambah 1 pada bacaan tertera.

Ahad, ketika berada di wad En Suami, tergerak nak meminta nurse tengok suhu Mia dan terkejut Cik Yan apabila bacaan menunjukkan 39. Mujur kami berada di HUKM, jadi doktor on call di wad En Suami meminta ubat yang Mia makan dan menasihatkan agar dos ditinggikan di samping dia memintakan ubat melalui punggung tu. Doktor tu takde nak gegaskan kami ke emergency memandangkan Mia yang masih aktif, selera makan yang ok, menyusu kuat dan diapers jelah lambat sikit basah. Cik Yan keep on feeding her dengan breast milk sebab Cik Yan ada baca, bayi demam, bagi je susu badan supaya antibodi dia bertambah2.

En Suami pula menantikan masa untuk melakukan angiogram setelah berlaku beberapa percanggahan laporan dan faktor genetik yang sangat kuat. Dia ada cakap supaya duduk saja di rumah dengan Mia tapi hati mana nak rasa tenteram dan mujur tak ikut kata. Buatnya Cik Yan kat rumah dan tidak alert akan suhu Mia camner. Biarla duk tido atas lantai, janji hati kita senang melihatkan En Suami ada depan mata dan Mia pun sama. Lagi sebak teringat bila dia kata separuh nyawa dia ada pada kami (Cik Yan & Mia).

Rasanya keje kat opis pun banyak tapi manakan sampai hati nak tinggal keluarga. Biarlah kena marah ke atau HR nak amik tindakan (zaman buang orang sedang berlaku atau dinasihatkan berhenti), En Suami dan Mia adalah keutamaan Cik Yan. Tak payah nak pikir apa nak jadi dengan keje sebab Allah merancang yang terbaik buat Cik Yan. Cik Yan pun rasa lega sikit bila tak pikir masuk opis jadi Mia leh je attach untuk menyusu. Tekanan perasaan skang, mesti susah nak pam buat stok jadi direct feeding is the best way.

Jantung kencang gak menunggu saat En Suami buat angiogram, menunggu kejatuhan suhu badan Mia sampai rasa tak tido pun takpe janji makan.

Next entry, insya Allah pasal kisah En Suami dan angiogram. Doakan yang terbaik buat kami.

No comments:

Post a Comment