Saturday, 9 March 2013

Luahan rasa...

Hampir 2 bulan Cik Yan masuk bekerja selepas cuti bersalin tapi masih lagi tertiap hari rasa betul ke nak tinggal Mia ni. Suasana opis dah tak best macam dulu, kekadang terasa kita ni takleh nak terima atau memang dah lain sangat perasaan tu..Dulu kat PDP siap explain kita nak apa tapi sudahnya tukar gitu je dan kita tak nampak dah hala tuju melainkan duk kat rumah buat kek...nampak cafe kecik orang lepak minum air dan makan kek sepotong dua atau cup cake...baby blues....

Selama keje ni, Mia tinggal ngan daily maid Cik Yan yang akan datang awal pagi dan pulang selepas Cik Yan siap mandi makan semua..Kitorang amik kakak ni selepas dapat tau majikan dia nak maid yang tinggal rumah bukan ulang alik setiap hari. Jadi Alhamdulillah sepanjang tempoh pantang, kakak ni ada untuk menjaga Mia sebab En Suami nak Cik Yan berehat. Segala urusan keje dan gaji, En Suami yang sediakan dan minta Cik Yan bersabar sikit bila Cik Yan dok ngomel kakak tu wat keje bising..

Makin lama semakin ok kakak tu kemas rumah, En Suami suruh gosok baju sekali dan bila Cik Yan tunjuk camner Cik Yan nak baju En Suami dan baju Cik Yan di gosok, best. Takyah antar dobi dan Cik Yan tak payah mengomel lagi bila En Suami masuk opis pakai baju yang tak bergosok. Dia tu kan..sesuka je pakai baju komot, kita yang sakit hati tengok. Niat dia taknak kita sesusah tapi Cik Yan susah gak...sakit mata. 

Sebenarnya ketika amik kakak ni bekerja, Cik Yan kurang setuju tentang gaji yang di minta tapi En Suami kata takpe. Cik Yan cakap gaji maid duk rumah pun tak macam dia tapi En Suami cakap biarlah...bila Cik Yan mengomel lagi..dia tanya boleh ke cari daily maid lain yang gaji rendah?
Kawan-kawan ada yang bagi pendapat berbeza dan pada satu tahap Cik Yan seperti termakan kata mereka.

 Di suarakan pada En Suami dan dia cuma cakap, cuba amati bebetul dan fikir sendiri. Dia ingatkan Cik Yan bila ada sorang kawan ni kata baik Cik Yan minta dia tukar keje kerana mengandung nanti susah tapi kawan tu suami dia tido sebelah time mengandung pun macam takde kat sebelah sebab suami tido lena tak jejaga walaupun isteri kejang kaki.

Tak lama pun Cik Yan amik masa, memadai satu hari Ahad di mana kakak ni memang tak keje. Lepas mandikan Mia, tak dapat buat apa pun melainkan menghadap dia. En Suami gi beli breakfast, dan Cik Yan dapatla lari basuh baju, masukkan dalam dryer semua. Masak ke apa En Suami kata takyahla sebab dia amik tugas tu. Bila penat dukung Mia (tuan puteri ni sekejap je leh lepak kat kerusi atau tilam dia), kitorang tukar keje dan selebihnya kami duk tengok tv sambil layan Mia.

Jadi bayang jelah kakak tu yang kena dukung Mia selalu walaupun dia letak dalam kain batik kendong tu dan kemas rumah. Kalau Mia leh tido kat tilam atau kerusi dia, kakak tu cecepat kemas tempat AlphaBET, basuh pinggan semua. Cik Yan tau Mia tu kalau tido ketika dukung, pasti terjaga bila kita berhenti berjalan atau terasa berada di atas tilam. Pasal tu kekadang tengok dan kesian kat kakak tu yang kena kendong Mia dan jalan pusing2 dalam rumah supaya Mia dapat tido lama sikit.

Lagi satu Cik Yan tengok, kakak ni sanggup buat apa saja supaya Mia selesa. En Suami istilahkan dia mengikut kehendak Mia dan Mia lak buat macam kakak ni kena ikut cakap dia. Dia pandai ambil hati Mia, melayan Mia dan mengajar Mia apa yang dia dengar Cik Yan ajar. Dia juga selalu tanya kat mak dia tentang perkembangan bayi kerana walaupun memiliki 2 orang anak, ragam mereka berbeza kan.

Bila En Suami keje, kakak ni akan tunggu Cik Yan siap bersihkan diri, makan dan rehat jap sebelum dia balik. Acap kali gak dia pesan kalau Mia meragam memalam atau perlukan pertolongan, panggil saja dia datang walaupun lewat malam. Dia juga berusaha carikan daun sirih bila Cik Yan kata daun tu elok untuk legakan kembung perut Mia.

Jadi dari situ...perlu kah Cik Yan rasa mahalnya gaji kakak ni padahal dia jaga Mia dengan baik sekali. Lagipun En Suami yang bayar pun tak cakap apa cuma Cik Yan fikir dari Cik Yan membuang duit nak beli barang bebukan, baik laburkan atas orang yang jaga Mia. Kenapa perlu berkira untuk anak kalau kita sendiri tetiap hati ke minggu dok membeli barang bebukan. Cik Yan berdoa agar Cik Yan tidak sesekali mengeluarkan kata-kata seperti "buang duit mama je sekolah kan kamu, bayar duit bas semua" atau lebih kurang padahal Cik Yan abiskan duit kat benda tak perlu.

Em...adakah dengan ini maknanya En Suami takkan offer lagi barang kesukaan Cik Yan? Takpelah..4 tahun perkahwinan kami, senang je nak dapat barang tapi susahnya nak dapat anak jadi biarla hasil titik peluh En Suami dilimpahkan untuk masa depan anak pulak..TAPI.....kalau ada rezeki lebih...Cik Yan terima je...rezeki jangan di tolakkan....

No comments:

Post a Comment