Sunday, 10 March 2013

One bowl Fudge...a.k.a Choc Fudge


Hari ni merupakan Ahad pertama En Suami bekerja dan pembantu tak di suruh datang keje. Memula membayangkan juga camner hari akan berlalu tapi memalam tadi dah fikir masa bila nak masak supaya tak kelaparan sebab Cik Yan bukan leh makan ala kadar je..

Alhamdulillah, lepas mandikan Mia dia pun tengok tv sampai la tv tengok dia. Cik Yan tak dodoi pun cuma lari ke dapur kuarkan apamyang perlu untuk masak. Bila tengok dah lena je pantas Cik Yan menyiapkan sarapan pagi yang simple sambil menunggu daging yang dikeluarkan lembut. Sempatla mengemas rumah dan makan sarapan sebelum mata budak tu membulat semula.

Dalam nak memasak tengok takde sayur yang sesuai untuk dimasak bersama daging tu jadi bawak Mia menggunakan Boba je gi kedai sambil singgah parking panaskan Si Kecik. Ngam2 sampai rumah, Mia dah mula nak menyusu dan akhirnya tido semula. Cik Yan pun segera makan tengah hari dan mula terbayang makan kek lalu buka internet cari resepi fudge brownies Anna Olson namun malangnya butter tak cukup. Lalu tengok pulak blog yang mengandungi resepi butter cake kegemaran En Suami dan terjumpa lah resepi ni yang diberi nama One bowl brownies. Konon kata takyah banyak2 bekas tapi Cik Yan pilih resepi ni sebab leh abiskan butter dan tak perlu guna mesin.


Bahan diperlukan :
(malas  nak translate...)

1/2 cup butter
2-oz dark chocolate (60-70% cacao)
1 cup sugar
2 tbsp unsweetened cocoa powder
2 large eggs
1/4 tsp salt
1 tsp vanilla extract
2/3 cup all purpose flour
1/2 cup chopped nuts (pecans, walnuts, etc.) or chocolate chips

Memula cairkan butter dan dark chocolate atas dapur. Kalau bebetul menggunakan dark chocolate boleh je panas direct tapi pasal cooking chocolate Cik Yan ni tak nyatakan dia ni dark ke semi sweet ke jadi Cik Yan double boiled je.

Dah cair tu, masukkan gula, telur, vanila dan tepung yang di ayak bersama serbuk koko dan garam. Dah gaul sebati masukkan kacang atau chocolate chip dan dituangkan ke dalam baking tray yang telah dilapiskan dengan aluminium foil (lagi mudah rupanya guna ni dari baking sheet). Masukkan ke dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C dan dibakar selama 30 minit atau sehingga pencucuk keluar dengan licin.

Cik Yan menggunakan salted butter pasal tu masa buat tadi tak letak garam. Sebab tak nak ada lebihan butter, Cik Yan gandakan saja resepi ni kerana kebetulan bahan mencukupi. Bila dah masak, dah rasa...dapat Cik Yan simpulkan ni resepi yang akan jadi pilihan kalau nak buat fudge brownies yang simple sebab tak banyak bahan...

Mia pun sangat baik tadi dengan merelakan dirinya di letakkan ke dalam stroller dan menghadap Cik Yan membuat brownies ni sampaila satu tahap tu dia terasa panas lalu Cik Yan alihkan je ke dining hall sebab ada kipas. Bila dah masuk oven, dukung Mia dan melayan budak comel ni sambil tengok Baby TV lagi...

Maka dengan ini separuh hari telah berlalu dengan terjadinya breakfast, makan tengah hari yang ada sayur dan juga fudge brownies. Alhamdulillah indah Ahad ni dan semoga esok bangun pagi tidak terasa perasaan gundah gelana untuk bekerja...

Nota :

Cik Yan guna baking tray 10*10.
Kalau guna pecans, walnut, nak lagi sedap panggang atas dapur dengan 1tbsp butter tanpa garam dan letakkan 1 tsp garam. Kacau selama 8 minit dan cincang. Kalau guna ni, takyah letak garam kat adunan coklat tadi..



No comments:

Post a Comment