Friday, 29 March 2013

Unit trust vs Saving

Saje nak luah perasaan sebab asyik terfikir benda yang sama jadi luahkan kat sini. 

Rata-rata orang sibuk dengan simpanan pada masa hadapan yang mana itu sangat bagus tapi berpada la. Jangan terlampau simpan sampai tersekat pada masa sekarang tapi jangan lak boros sampai simpan suku je dari apa yang ada..susah gak tu.

Teringat masa memula ada Mia, tertiba ada je yang mesej cakap nak jumpa untuk bincang tentang tabungan Mia. Memasing dengan unit trust memasing tapi yang buat kita terasa tu pasal tertiba je kata nak jumpa dan terang2 nampak sangat nak jadikan kita prospek dia bukan sebab nak share happiness dapat baby.

Cik Yan juga di asak secara halus tentang tabungan, tak dapat pujuk En Suami, orang gunakan Cik Yan..bila cakap En Suami teguh dengan pendapat dia, mula lak pujuk Cik Yan dengan gunakan Mia..Dari kecik Cik Yan di ajar menyimpan duit oleh mak camner lak leh orang cakap better simpan kat unit trust supaya monthly sentiasa masuk..kalau simpan dalam bank, asyik skip..em..

Ini pendapat Cik Yan..memang bagus ada unit trust dan Cik Yan akui memang ada lebih dari satu tapi Cik Yan juga pastikan ada saving dan setiap bulan masuk duit pada amaun yang ditetapkan dan jika ada lebih, baru Cik Yan menambah. Maknanya duit gaji yang tinggal memang cukup2 dan jika bertahan sampai gaji bulan berikutnya, maknanya lebihla tabungan pada bulan itu.

Untuk Mia, walaupun ramai yang mengasak..cukup dengan satu unit trust yang En Suami buat dan Cik Yan cakap duit selebihnya masuk ke Saving Account. Cik Yan tekan kan di sini, Cik Yan mahu Mia ada access duit kuar masuk apabila keadaan memerlukan. Tak perlu nak fikir nanti dia jadi manja, boros, fikir je dan doa supaya Mia tau menggunakan apa yang ada secara berpada dan kena pada masa.

Kenapa? Bayangkan la tertiba Cik Yan dan En Suami sakit terlantar, duit semua labur dalam Unit Trust, Mia pulak ketika itu kurang dari 18 tahun. Bagaimana dia nak kuarkan duit untuk belanja harian kami yang sakit atau pun kegunaan pembelajaran dia? Tak kesian ke kat Mia sekiranya dia perlu cari agen unit trust tu dan ntah apa dokumen yang perlu..masa yang perlu di ambil? Sesilap tunggu lelama tapi permohonan di tolak. Ya betul bila kita beli agen cakap senang itu senang ini tapi katalah agen tak available camne?

Okay, ada gak agen yang berusaha untuk client dia tapi politik dalaman membuatkan ianya tak berhasil. Contohnya ada sorang ejen insurans ni buat semuanya untuk client tapi prosedur, policy dalaman membuatkan client nya mengalami kesusahan padahal agen tu turun naik pejabat bagi mempercepatkan proses..

Jadi kesimpulan Cik Yan, ibu bapa memang kalau ada duit lebih buatlah unit trust yang anak akan dapat faedahnya bila sampai satu tahap umur tapi pastikan juga ada simpanan semasa yang mana boleh digunakan bebila masa. Jangan sibuk nak citer kat orang anak ada fund berjuta bila sampai umur sekian- sekian tapi bila belum sampai umur tu, ibu bapa mengalami musibah dan anak terkontang kanting menantikan umur yang dah ditetapkan itu. 

Cik Yan tau budak zaman skang survival dia tinggi, kita siapkan duit dan doa, tawakal selalu jadi bila kita takde, anak boleh survive, tak merempat..tak tersiksa dengan sedara mara sementara menantikan fund berjuta-juta tu...ngeri ok tengok drama bila anak kena tinggal dengan sedara mara pastu harta anak di kikis..uwa..tak sanggup...

Oh ya..yang bukan anak-anak, apply gak..unit trust dan saving kena ada. Bila keje dah stabil, beli rumah..biarlah kecik asalkan ada tempat berteduh sendiri..dah tu barulah melabur pada beli tanah ke nak buat unit trust ke apa ke..Cik Yan sangat rasa kesian pada orang yang dok citer anak bini ada unit trust berjuta pada 20 tahun akan datang kerana kita tak tahu panjang mana umur anak isteri tu..watnye dia langsung tak dapat kecapi nikmat tu camne..kesian kan dahla tersekat sana sini pastu pendek umur..tak dapat rasa duit berjuta tu..Lagi satu En Suami cakap nak melabur pada hartanah pulak, biarlah yang leh mendatangkan hasil setiap bulan bukan bila nak, terpaksa jual sampai masa terpaksa tima pada harga rendah dari pasaran sebab terdesak.

Cik Yan nak hidup berbelanja dan menyimpan...melabur pada yang mendatangkan hasil setiap bulan atau tahun..Kalau ada tanah yang luas, nak je pajakkan atau serahkan pada lembaga getah atau kelapa sawit..pastu nanti dapatla hasilnya dari biar tanah menjadi hutan...

1 comment:

  1. aku sokong ko. ada duit lebih, baru melabur. lagipun, u.t ni utk long term investment yg bergantung kpd ekonomi. investment yg ko cadangkan adalah antara yg terbaik pd pendapat aku. gudluck yan dlm mendidik mia menabung.

    ReplyDelete