Sunday, 12 August 2012

Pelaut vs Pasukan Beruniform

Sejak kejadian kebakaran kapal MT Bunga Alpinia di Labuan, ada satu artikel yang disiarkan di Berita Harian tentang nasib pelaut. Betul la apa yang di ceritakan kerana Cik Yan yakin penulis merupakan seorang pelaut takpun terlibat dalam bidang ini. Sokong sangat dengan artikel ni bila mengatakan pasaran pelaut dibanjiri dengan pelaut asing tapi sektor lain pun sama. Lagi-lagi Oil & Gas Company kan, selagi boleh angkut la orang2 putih ke kulit hitam dari oversea tapi yang buat keje orang tempatan gak.

Cik Yan bukan nak citer keseluruhan artikel ni tapi sejak bulan Ramadhan kekadang kita mula la tengok kat berita kan tentang pasukan marin yang kena keje time pose, polis yang tak dapat bercuti dan segala macam la pasukan beruniform yang dibekukan cuti..Orang lagi emo la konon pasal nak raya tak dapat balik kampung semua.

Ada satu temubual di antara wartawan dan pasukan beruniform ni..sedihnya la tengok sebabnya setakat kena bertugas waktu berbuka je padahal masa tidak bertugas masih lagi boleh berjumpa keluarga. Memangla berbuka bersama keluarga itu best tapi cuba banding dengan mereka yang langsung tak dapat berjumpa keluarga berbulan lamanya.

Tapi orang fikir tak Pelaut? Pekerja Pelantar? Dorang ni kalau kata tak dapat beraya maknanya mereka bertugas di lautan..terpisah dari keluarga, tak dapat langsung berjumpa keluarga. Ada setengah tu dari mula kawin sampai ada anak tak pernah berkesempatan untuk beraya bersama keluarga. Jadi kenapa sesetengah mereka yang terpaksa bertugas atau pasangan yang tak dapat cuti beraya harus merintih kesedihan? Sekurang-kurangnya mereka masih lagi dapat bersama keluarga selepas waktu bekerja kan? Tak perlula nak meratap hiba tak dapat bersama keluarga dikampung padahal suami kita harus bekerja bukannya gi berfoya-foya.

Pekerja Pelantar kadang kala dapat juga menikmati suasana hari raya seperti biasa jika Camp Boss pandai merancang pembelian barangan makanan untuk dijadikan juadah raya tapi bagaimana Pelaut? Budget dah la kena pepandai dah tu kalau tak dapat masuk ke pelabuhan, bagaimana mereka boleh mendapatkan bekalan makanan yang istimewa untuk raya? Pasukan beruniform takpun sesape kena keje time tu, kadangkala mereka diberi kelonggaran untuk datang lewat sedikit dari biasa dan habisnya waktu keje masih lagi merayakannya dengan keluarga.

Bagi Cik Yan, selain bukan isteri pelaut ke pekerja pelantar ke..selagi pasangan masih boleh kita ketemui, plan la something..dah kawin pun jadi bagi Cik Yan raya seorang isteri adalah bersama seorang suami bukannya bermuram durja kerana tidak dapat bersama keluarga induk. Takyah la nak tambah tension pasangan yang harus bekerja tapi buatla sesuatu supaya raya menjadi lebih bermakna..


No comments:

Post a Comment