Sunday, 12 August 2012

6th Month Check Up

1st Aug 2012, genapla tempoh kehamilan ke 24 minggu iaitu memasuki bulan terakhir trimester kedua kehamilan. Alhamdulillah pembesaran baby seiring dengan usia kehamilan dan beratnya juga didalam keadaan yang bersesuaian. Cik Yan simpulkan sebab a week before ada gak gi klinik check, beratnya bertambah 100 gram dalam tempoh seminggu patutla Cik Yan pun terasa macam dah mula membesar. Tapi timbang je tengok2 kembali ke berat sebelum operate cyst hari tu dan yang pastinya dalam BMI yang terkawal..tu yang penting.

Sebenarnya tarikh asal check up tu adalah pada 08th Aug tapi En Suami tanya leh awalkan tak sebab dia dah kena report duty tapi tengok-tengok dia kena report duty awal untuk mengejarkan tempoh cuti ketika Cik Yan bersalin nanti. Jadinya itulah adalah check up pertama Cik Yan gi sesorang tanpa En Suami tapi yang bestnya time tu ramai gak ibu-ibu yang datang keseorangan jadi taklah sedih..Sedih ke? ntah la. Cik Yan siap dah angkut I-pad, magazine semua untuk hilangkan bosan..makna taknye kan bulan pose, xleh nak gi makan ke minum-minum ke..

Masa jumpa Dr Ashar, konon berangan nak buat 4d scan sekali baby dok sujud je all the time..even nak confirm gender pun tak dapat walaupun dah 2 kali Cik Yan tanya..bukan apa nak confirm bebetul je sebab masa dia tunjuk 1st time hari tu, Cik Yan ngan En Suami tak dapat tangkap pun tang mana dia leh confirm boy or girl..masa jumpa doctor kat Klinik Mediviron pun Dr tu dah bagitau gender yang sama dengan Dr Ashar..

Agak2 kalau Cik Yan tak bagitau, leh teka tak baby apa?

Pelaut vs Pasukan Beruniform

Sejak kejadian kebakaran kapal MT Bunga Alpinia di Labuan, ada satu artikel yang disiarkan di Berita Harian tentang nasib pelaut. Betul la apa yang di ceritakan kerana Cik Yan yakin penulis merupakan seorang pelaut takpun terlibat dalam bidang ini. Sokong sangat dengan artikel ni bila mengatakan pasaran pelaut dibanjiri dengan pelaut asing tapi sektor lain pun sama. Lagi-lagi Oil & Gas Company kan, selagi boleh angkut la orang2 putih ke kulit hitam dari oversea tapi yang buat keje orang tempatan gak.

Cik Yan bukan nak citer keseluruhan artikel ni tapi sejak bulan Ramadhan kekadang kita mula la tengok kat berita kan tentang pasukan marin yang kena keje time pose, polis yang tak dapat bercuti dan segala macam la pasukan beruniform yang dibekukan cuti..Orang lagi emo la konon pasal nak raya tak dapat balik kampung semua.

Ada satu temubual di antara wartawan dan pasukan beruniform ni..sedihnya la tengok sebabnya setakat kena bertugas waktu berbuka je padahal masa tidak bertugas masih lagi boleh berjumpa keluarga. Memangla berbuka bersama keluarga itu best tapi cuba banding dengan mereka yang langsung tak dapat berjumpa keluarga berbulan lamanya.

Tapi orang fikir tak Pelaut? Pekerja Pelantar? Dorang ni kalau kata tak dapat beraya maknanya mereka bertugas di lautan..terpisah dari keluarga, tak dapat langsung berjumpa keluarga. Ada setengah tu dari mula kawin sampai ada anak tak pernah berkesempatan untuk beraya bersama keluarga. Jadi kenapa sesetengah mereka yang terpaksa bertugas atau pasangan yang tak dapat cuti beraya harus merintih kesedihan? Sekurang-kurangnya mereka masih lagi dapat bersama keluarga selepas waktu bekerja kan? Tak perlula nak meratap hiba tak dapat bersama keluarga dikampung padahal suami kita harus bekerja bukannya gi berfoya-foya.

Pekerja Pelantar kadang kala dapat juga menikmati suasana hari raya seperti biasa jika Camp Boss pandai merancang pembelian barangan makanan untuk dijadikan juadah raya tapi bagaimana Pelaut? Budget dah la kena pepandai dah tu kalau tak dapat masuk ke pelabuhan, bagaimana mereka boleh mendapatkan bekalan makanan yang istimewa untuk raya? Pasukan beruniform takpun sesape kena keje time tu, kadangkala mereka diberi kelonggaran untuk datang lewat sedikit dari biasa dan habisnya waktu keje masih lagi merayakannya dengan keluarga.

Bagi Cik Yan, selain bukan isteri pelaut ke pekerja pelantar ke..selagi pasangan masih boleh kita ketemui, plan la something..dah kawin pun jadi bagi Cik Yan raya seorang isteri adalah bersama seorang suami bukannya bermuram durja kerana tidak dapat bersama keluarga induk. Takyah la nak tambah tension pasangan yang harus bekerja tapi buatla sesuatu supaya raya menjadi lebih bermakna..


Saturday, 11 August 2012

Nak tapi tak dapat...

Previous entry citer pasal apa yang nak makan dan dapat kan..this time bukan takat makanan je, kita rojakkan dia..

Nak makan buah berangan dari Genting Sempah..sedap tau buah berangan beli kat situ lagilak harga dia pun ok..

Rasanya last makan masa 01st May 2012, on the way to Kemaman antar Bibik untuk mak En Suami..Jadi masa dia balik kampung hari tu dah pesan awal2 nak makan tapi tengok2 dia bertolak dari kampung agak lewat pastu dok lepak Kemaman lak sampai lewat malam jadinya tak dapatla buah berangan. Dia janji dalam tempoh 24 jam Cik Yan akan dapat gak tapi still tak dapat gak sebab dia ada urusan lain bila sampai KL. Sian i kan......yang kat KL tak best..dah beli dah..tak sama..



Mangga pipi merah.. ni dah lama kot mencari dari dia tengah keje sampai la dia gi keje balik. Katanya nak mintak kawan Kerteh carikan tapi rupanya on the day dia sampai Kerteh baru nak cakap padahal kalau bagitau awal2 ntah2 ada rezeki kat pasar malam Kerteh tu..Ni nak nangis masa gi pasar Keramat dengan harapan adalah..mujur tak meleleh kuar air mata..tapi takdela sampai sakit perut kan..my baby sangat memahami kot..hehhe


Cik Yan suka la sangat tengok My Kitchen Rules. Satu hari tu, Leigh ngan Jen buat sotong sumbat lantas Cik Yan terbayang Ketupat Sotong. Sebenarnya Sabtu sebelum tu kawan En Suami ada offer nak tak ketupat sotong tu tapi Cik Yan taknak. Mana la nak tau tertiba je tengok tv terus rasa nak dan segera beritahu En Suami di kampung.

Masa letak status kat FB, ada kawan bagitau gerai berdekatan di Residence Inn Paka boleh tahan ketupat sotong nya jadi pesan kat En Suami. Tapi masa dia dalam perjalanan tu, dia meminta sepupunya drive dan dia tido keletihan sudahnya terlepas Paka sedar2 dah sampai Kemaman. Memang la boleh patah balik tapi memandangkan dia ada urusan lain, Cik Yan kata biar jelah. Ketika puasa ke 2 tak silap kami singgah ke pasar Keramat dengan niat nak makan ayam percik sekali sambil jenjalan tu ternampak gerai jual sotong ketupat ni tapi rupanya seakan kucing bunting menunggu hari...langsung tak nak la beli.

Ni bukan makanan tapi kisah keta pulak. Cik Yan nak la sangat keta ni sebab nya tahun 2009 Cik Yan dah tengok concept car dia tapi tak kuar2 yang betul. Semasa kami tersuka akan X90, kami pun berkunjung ke show room Volvo dan di situ mata terpandang kepada volvo S60 2012 putih. Canggih tu sebab dia leh membantu alert ke perlahan kan keta kita jika mengesan kenderaan lain dalam jarak 30m. Leh parking sendiri (mesti ada gadjet dia tu) dan yang pasti En Suami dok cakap Volvo ni keta yang utamakan safety dan terus Cik Yan rasa sesuai kerana Cik Yan tak pandai drive sangat dan bila ada baby harus leh berhati-hatikan. Tapi sayang harganya sangat tinggi pastu lak tempoh kejatuhan harga dia sangat cepat..Rugi tu En Suami cakap. Lagi satu lak dia tanya confirm ke Cik Yan akan drive selalu dengan keta ni kalau dia usahakan? Ops..tang tu x berani confirm..sudahnya tengok jelah dan utamakan niat membeli Sunway Montana tu..

Ni lak beg yang Cik Yan nak tapi sayangnya dah takde stok lagi. Dari KLCC ke Starhill sampai lah En Suami cari kat Singapore tak dapat jugak dan bila ada kakak opis offe nak tak tanyakan pada adik ipar dia yang akan ke Milan, segera jawab ye tapi takde rezeki gak. Tu lah lambat sangat decide nak sangat padahal masa call KLCC tu dorang dah offer nak reserve ke tak..




Apa lagi nak tapi tak dapat? Mungkin nak gaji 5 figures tapi lum lagi..nak belajar (tahun ni sesungguh cari info) tapi delay lagi..Takpelah..tak semestinya kita tak dapat, kita tak ingat segala benda yang kita dapat kan..


Kaulah Segalanya

Missing my other half..lagi2 nak raya..walaupun excited dapat makan ketupat rendang semua setelah 2 tahun x merasa.

Harapnya tahun ni yang terakhir kami beraya berdua, tak kiralah dia keje ke cuti ke..tahun depan Insya Allah dengan baby and mana tau akan ada baby seterusnya pulak dalam masa 2 tahun lagi ke..Sah2 bila ada baby, bertambah lah excited kita nak shopping raya kan..Skang pun dah macam2 jenis baju terdapat di pasaran yang membuatkan rambang mata.

Tapi takpe...pesan En Suami akan di ingati dan plan Cik Yan akan diikuti..En Suami cakap beli mana yang perlu, jangan membazir tapi bagi yang terbaik untuk baby dan Cik Yan pulak cakap Cik Yan akan beli je mana yang rasa terbaik selagi tak mengganggu monthly commitment kami termasuk la saving..alamak cakap pasal commitment, lupa lak nak call bank pasal loan rumah..berapa lama ek korang amik masa settle duit loan rumah and go for another house?

Miss u la En Suami..lagi2 dengar lagu ni. Love u always and u are my everything!

Friday, 3 August 2012

Saya nak makan dan Alhamdulillah saya dapat..

Em..selera makan tak pernah menjadi masalah sepanjang tempoh kehamilan ni. Walaupun pada 4 bulan terawal berat menurun je tapi sebenarnya dok makan je. Mungkin kadar metabolisme menjadi tinggi ataupun kerana makin banyak makan buah, jadi sistem pencernaan jadi sempurna kot..

Memula hari tu teringin sangat nak makan pulut kuning dengan rendang daging tapi tak dapat sebab dah abis. Masa tu nak nangis je rasa tapi lepas tu takde mencari dah. Tapi bila gi makan kat La Cucur KLCC, tengok2 ada rezeki..


Pastu teringin sangat nak try Pavlova Alexis. Tapi sedihnya bila call Alexis The Gardens & Great Eastern, dah abis. Memang nangis masa tu sampai kena marah ngan En Suami sebab katanya macam esok takde. Sudahnya malam tu sakit sangat perut dan mc keesokan hari. Tapi still rasa sakit perut sebab makan ayam mc donald yang pedas amat tu. Esoknya..dapat Pavlova Alexis..tapi takdela sedap mana pun rupanya. Sejak dari tu, walaupun En Suami offer nak beli, Cik Yan cakap takpe..Lagi2 skang dah pandai buat sendiri..lagi sedap kot..


Pastu nak makan laksa kat Warong Soto Berlada


Nak makan pulak pulut mangga,.request kat En Suami yang tengah keje cakap nak makan kat Ayuthayya takpun Chakri Palace tapi bila tengok resepi macam senang, buat sendiri je dan lagi puas.


Pastu asal gi Sogo je mesti terasa nak beli ketupat palas dengan rendang dia..Best..


Beberapa kali gi makan arab dan asyik terasa nak makan fahsa tapi risau tak abis..tapi satu hari tu dapat jugak..Puasnya rasa makan dengan arabian bread.


Lupa lak, awal puasa sibuk je nak roti john..tapi macam2 hal nak membeli..beratur panjang la, isi ntah pape la..tu belum lagi jumpa penjual ber tatu..tapi dapat gak memula kat Pullman..pastu kat pasar Ramadhan Setiawangsa


Nak sangat makan char koay teow Malis tapi bila En Suami selalu citer camner koay teow ni serap minyak yang banyak terus pendamkan je tapi satu hari tu tak tertahan dan terus mintak En Suami belikan buat lepas rasa..

Pastu last sebelum En Suami gi keje, Cik Yan mintak roti naan makan dengan ayam tandoori..

Masa gi pasar Ramadhan Greenwood, ada ternampak laksa terengganu/ pantai timo tapi En Suami kata dia buat lagi sedap. Tak terbuat pun sebab Cik Yan taklah beria tapi bila dia gi keje je terus rasa nak. Alhamdulillah masa mintak kawan dia belikan, kawan tu cakap wife dia akan buatkan..Terharu rasa..


Dapat je laksa tu mulala sibuk nak makan laksa johor ngan laksa sarawak..Tang laksa johor tu macam eh wat sendiri je tapi ntah bila rajin la..Plan je lelebih tapi jalannya ntah bila.