Sunday, 16 February 2014

Penat....................

Masa Mia dalam umur 1-3 bulan, penat menangkis dan menyiapkan hujah yang Cik Yan mahu menyusukan Mia sepenuhnya. Penat nak menghadap orang yang bagi cadangan padahal diri pemberi nasihat tu bukan la layak untuk memberi. Dan lagi penat bila siap call ke private message cakap eh you kena ajar formula nanti anak sekian sekian..you pun keje,.nanti susah. Well thanks for your concern..i have my own way.

Pastu tang diapers Mia pun leh jadi issue..naper pakai sekian-sekian..yang ni pun good price..good quality...aduh..PENAT...what is good for your baby didnt mean good for Mia and the cost is under us..not for you to pay bila kitorang gi beli diapers Mia..

Bila Mia leh makan pulak..makin kecut perut..stress pun ada tapi Cik Yan tanya kenkawan yang anak ramai...bukan first time experience mom macam Cik Yan...hasilnya memang yakin..kalu rasa keraguan..istikharah..jadi terjadila diet pemakanan Mia yang mungkin pada orang lain pelik tapi Alhamdulillah Cik Yan bukan menyiksa dia OKAY!!! Sampai masa yang sesuai..Mia makan gak ayam..daging..makan gak kek, brownies semua tapi semuanya selepas fikir dan tengok apa kandungan makanan tu..

Ni lagi best..PENAT amat bila orang cakap eh you dah leh go for second baby ni..jangan letak gap lelama dan ada gak yang nasihat eh jangan manjakan Mia tu sangat nanti susah kalu dapat adik..HHHHEEELLLLLLLLOOOOOOO..i've been waiting FIVE YEARS and yet tergamak orang cakap camtu...Apa guna ada suami dan kaum keluarga sampai tergamak nak cakap camtu? Kalu rasa nak ada anak cepat-cepat...buat sendiri bukan cakap kat isteri orang macam tu...suami sendiri pun kata kesian kat isteri, kisahkan keadaan isteri yang baru je bersalin bagai tapi SUAMI ORANG sibuk2 cakap macam tu.

Bila Cik Yan terima keputusan En Suami untuk hire maid...ada pulak yang bagi comment nanti anak cakap INDON...nanti anak macam itu macam ini..WWEEEEIIIIIIII..antar anak kat rumah parent ke pengasuh ke..sama je ada cabaran yer....Korang tak tau bertapa sedihnya rasa hati bila setiap kali Cik Yan lalu kat taska yang kena tutup tu..SEBAB APA? sebab itu tempat yang Cik Yan nak antar Mia..Kalu Cik Yan ikut sangat citer korang yang suka cakap macam life korang perfect..APA JADI KAT MIA????? Sampai skang boleh mengalir air mata membayangkan kalu Cik Yan berdegil tak nak maid..

Penat ni penat yang terasa semenjak dua menjak ni....penat bila ada orang push suruh berenti keje..pastu siap cakap jangan menyesal nanti kalu tak dapat offer bagai..Ini pun..thanks for your concern...Setau Cik Yan...tak pernah kot letak kat FB kata nak berenti bagai tapi tak payah la pepandai nak atur keje orang sampai keje En Suami pun orang leh cakap..sampai bila dia nak belayar???  Sampai masa Cik Yan berenti..yes..Cik Yan berenti keje..pastu terus Cik Yan leh bagitau dan takde nak dolak dalih kata tak berenti bagai..tapi janganla PUSH..PENAT ok...Keje En Suami pulak...korang sape..korang kenal baik dengan dia ke? Pernah dia citer mintak korang carik keje untuk dia? He has his own plan...dan dia tak perlu nak war war pada semua orang dan Cik Yan pun tak perlu nak bagitau dalam FB sebab dia adalah DIA...bukan untuk kenkawan Cik Yan tolong pikir perjalanan kerjaya dia..

PENAT gak orang nak perli-perli "eleh adik kita kecik-kecik dah pakai baju branded..beg begini begitu" Korang tu membesar sebagai anak orang kaya...nikmati segala pun sebab parent yang bagi..Kami ni dan beberapa kawan Cik Yan terdiri dari keluarga biasa je jadi bila dah keje..ada duit lebih..apa salah kami? Tapi kitorang tau...walaupun masa kecik kitorang takleh pakai baju branded..dah besar baru merasa pakai beg itu ini..gi sana sini..makan western ntah pape nama tapi kami bangga..KAMI dapat menikmatinya dengan izin Allah atas gaji yang kami nikmati bukan dari duit parent..

PENAT gak bila post gambo makanan...orang yang sama gak kata nak..ada yang mesej macam merajuk..ada yang email macam tanya2 bila leh rasa bagai...PENAT kot En Suami ai tengok sampai terkeluar ayat "Dorang ni kan ada isteri..naper tak suruh isteri buat..naper suruh isteri orang buatkan.." ..Mujur dia tak cakap jangan post gambo makanan lagi kalu tak susahla i nak share dengan kenkawan tentang baking bagai..

PENAT gak pikir nak buat entry ni atau tak tapi sesetengah orang perlu tau apa yang baik pada diri mereka tidak semestinya baik pada orang lain. Ada setengah orang mungkin perlu bantuan dalam perjalanan kerjaya mereka tapi agak-agakla limit nak push...biar je orang tu ikut jalan dia dan jika percaturan dia salah..sediakan tangan untuk memimpin bukan mencerca...


Sunday, 9 February 2014

Resepi Makanan Mia : Chicken Pie


Semalam sebab sangat happy dapat jumpa ex colleague masa keje kat Cosmopoint dulu...dah penat2 pun gigih nak buat stok ayam Mia..senang je wat keje kat dapur walaupun sesekali Mia datang menjengah..Dalam otak mula terasa bagusnya guna isi ayam dari stok ni untuk jadikan isi pie. Maka terus plan makanan Mia untuk hari esok dan termasuk dalam senarai adalah chicken pie.

Saje nak beralih rasa, Cik Yan pun GOOGLE resepi chicken pie ni tapi rerata pencarian menghasilkan resepi menggunakan tepung pastry,...Em perlu ke Cik Yan nak buat gitu bagi Mia makan kan....akhirnya berbalik kepada resepi sedia ada. Jadi lenkali kalu orang tanya resepi..janganla jawab GOOGLE banyak...sebab memang banyak tapi yang sesuai..yang tested mana kita tau...

Resepi ni dari rakan FB (Zam Zariah) yang sangat rajin mencipta dan mempelbagaikan makanan untuk anak dia. Kalu orang asyik cakap Cik Yan takpelah..ada maid..kawan ni ...anak 3 orang ya...bekerja pun ya dan takde maid...sanggup bangun pagi untuk siapkan makanan buat bekal ke nurseri...

Bahan-bahan..

Kentang direbus atau kukus
Isi ayam dikukus (Cik Yan carik dari ayam yang buat stok tu)
Mixed vege
Bawang kecik..bawang putih
Tepung gandum
Air
Telur (Cik Yan pepandai tambah)
Keju (Cik Yan guna mozarella & parmesan)

Macam Cik Yan cakap tadi kentang tu rebus ke kukus ke pastu lenyek sekali dengan isi ayam. Cik Yan pasal kukus guna steamer Avent tu jadinya blend sekali dengan ayam.

Tumis bawang sampai layu pastu masukkan mixed vege tu. Dah agak2 masak tu Cik Yan blend pulak sebab malas nak bagi Mia kunyah lelama...

Gaulkan semua benda tadi tu (kentang, ayam & mixed vege) pastu bancuh tepung ngan air. Tang ni tak tau nak cakap..Kalu nak lembik cairkan..kalu nak keras pekatkan..Macam Cik Yan, suka pie jenis yang lembik2 isi dia..

Bila dah campur semua..letak dalam bekas pastu curahkan telur atas bancuhan tadi diikuti campuran keju yang Cik Yan parut terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau ikut oven korang...

Ikut resepi asal katanya renjis minyak zaitun sebelum masuk oven tapi Cik Yan lupa..apa pun..ok je rasa dia..tertumpang makan pulak kali ni.


Dulu2 dah buat sebenarnya tapi gunakan minced beef sebab kat rumah time tu takde ayam. Almaklumla En Suami kata ayam kampung abis kat 2 tempat kitorang biasa beli tapi skang Cik Yan asyik pujuk beli ayam organik kat Az Zain tu..hehehe







Saturday, 18 January 2014

Resepi Makanan Mia : Oats

Apabila Mia mula menjejak usia 7 bulan, Cik Yan excited sangat nak try resepi dari oats semua tapi ada sorang kakak ni pesan mintak advise dari paed dulu berdasarkan pengalaman dia.

Jadi Cik Yan cuma intro bubur nasi je dulu yang dikisar halus apabila Mia genap 7 bulan. Bila Mia kena jumpa paed dia, seperti biasa Cik Yan akan standby soalan sebelum paed tu tanya Cik Yan ada soalan pape tak. Kalu sesungguh takde soalan, dia akan cakap "betul ibu tak de soalan?". Terasa seperti em...macam Cik Yan tak ambil berat atau tak nak ambil tahu pulak.

Jadinya memang Mia tak dinasihatkan di beri oats dan rakan seangkatan melainkan bubur nasi. Pastu tanya lak kat kawan En Suami yang merupakan pakar jantung dan peparu di HUKM. Dia lagi best, pesan jangan beri oats dan rakan-rakannya sampai umur 2 tahun kerana serat yang tinggi akan membebankan buah pinggang dan organ yang lain. Orait...simpan saje oats yang kawan belikan itu dan mujur bertanyakan tentang tu pada paed dan kawan En Suami ni.

Tapi....genap je Mia setahun, terus terasa eh nak try la sebab resepi dalam internet dan fb rata-rata melibatkan oats. Jadi bila Mia nak kena cucuk MMRV dimana dia berlagak sangat comel dengan mengembungkan pipi dia ketika melihat jarum halus lagi tajam itu dimasukkan ke dalam pahanya yang macam drumstick KFC tu...Cik Yan tanya lagi soalan yang sama.

Yeah, boleh makan dah tapi pada keadaan sederhana dan mestilah..tak de maknanya Cik Yan nak bagi dia seharian makan oats. Cuma kepelbagaian diet dia bertambah la kan...maka balik rumah terus rendam oats tu dalam air masak bersama tepung gandum dan dibiarkan semalaman. Selepas itu, tos dan simpan dalam peti (agak2agak buat tu untuk stok 3 hari).

Maka, oats pertama Mia adalah savoury oats sebab kawan Cik Yan citer anak dia tak suka oats dan Cik Yan harus berhati-hati la kan. Pastu mula la di pelbagaikan campuran oats tu..mana yang Cik Yan ingat, Cik Yan list bawah ni.

1. Oats Labu

Bahan : oats yang dah direndam semalaman, labu, minyak zaitun dan air secukupnya

Masak oats dengan air kemudian masukkan labu yang dipotong ikut suka. Biarkan sehingga air berkurangan, labu lembik dan oats menjadi sangat lembut. Lupa..ni ada habbatus sauda. Siap dah..



2. Oats manis

Bahan : oats yang dah direndam semalaman, air dan berries.

Masak oats dengan air. Bila dah lembut masukkan berries tu. Cik Yan selalu letak blackberry dan raspberry yang di hiris kasar atau belah dua. Nanti oats bertukar warna macam purple..cantik tau..

3. Creamy oats

Bahan : oats yang dah direndam semalaman, air, labu, habbatus sauda dan cheddar cheese (guna block)

Masak oats, labu, habbatus sauda pastu nak dekat masak parutkan cheddar tu sikit dan kacau sampai cair...
 

4. Oats & dried apricot

Bahan : oats yang telah direndam semalaman, air, dried apricot yang didadu/ cincang
Masak oats dan apricots tu sampai lembut. Kalu rasa nak blend, boleh aje...


5. Oats Pisang hangus

Bahan : oats yang telah direndam semalaman, air, pisang & butter
Masak oats pastu letak butter sikit dan masukkan pisang..biar sampai kering dan melekit pisang tu..bila melekit tu yang dapat rasa hangus tu..heheh



Tu je kot yang mampu nak coret dalam ni. selebihnya memang main tabur je dan ikut apa yang ada pada masa dan ketika itu. Lagipun ada yang di tambah atau dikurangkan mengikut resepi yang ada type ni..