Thursday, 28 July 2016

Sambal Tomato

Sejak daily maid kenalkan Cik Yan dengan sambal tomato, suka sangat akan rasa dia. Sedap daily maid tu buat sampaikan 2 stay in maids dedulu buat xleh lawan akan rasanya.

Pastu masa panggil dia datang keje selang sehari, ada lah suruh buat tapi lelama mula datang rasa kenapa tak buat sendiri.

Ni terjumpa kat blog zulfadreamland.blogspot.com

Bila try buat dan adjust ikut sesuai terus rasa inila yang boleh diterima pada tekak Cik Yan.

Bahan-bahan:

2 biji tomato size sederhana di potong baji
5 biji cili merah
10 biji cili padi merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan
Garam, gula dan minyak secukupnya.

Cara membuatnya:

Tumis segala jenis bawang2, cili2 dan belacan sehingga naik bau kemudian masukkan tomato. Masak tomato tu sehingga dia layu atau hampir kering.

Tutup api, tumbuk atau kisar kasar bahan yang telah ditumis tadi kemudian diperasakan dengan garam dan gula secukupnya.




Saturday, 4 June 2016

04th June 2016

Dalam banyak2 kenangan yang menjelma,

Pertama, birthday Cik Yan abah kena travel ke Kedah kalau x silap. Dalam perjalanan ke opis, memang tido jela dalam keta sampai la abah kejut sebab dah sampai opis. Tengah siap2 kemas nak turun keta, abah wish Happy Birthday. Tertiba hari tu jadi bersinar luar biasa.

Kedua, celebrate birthday lepas kawin. Masa tu En Suami belayar jadi abah bawak gi kedai beli kek yang Cik Yan nak. Atas kek tu Cik Yan request letak je nama penuh Cik Yan dan abah tanya nape. Cik Yan cuma cakap ntahla..rasa bangga utk abadikan nama penuh atas kek pada hari jadi.

Walaupun Cik Yan ada masa2 guna nama samaran tapi tu cuma sebab berada pada khalayak yang tak berapa dikenali tapi kat fb ke apa sayang untuk Cik Yan tak guna nama yang parent bagi.

Tahun ni, 2016 pertama kalinya birthday Cik Yan tanpa kewujudan abah. Semoga roh abah tenang, kubur diluaskan, diterangi dan dihiasi dengan haruman syurga.

Al Fatihah.

Tuesday, 15 December 2015

Ala2 Sup Tulang Merah

Sejak Cik Yan berjaya membuat lamb shank stew, En Suami tak keberatan untuk membeli lamb shank lagi kalau dia pergi membeli stok salmon dan dory untuk Baby Muhammad.

Satu hari tu sebab tengok kentang2 yang ada tak sesuai dijadikan mashed potato, maka Cik Yan google resepi untuk sup tulang merah dan terberkenan dengan resepi ni. Cik Yan tak dapat nak recall page mana amik (i copy n print) tapi hasilnya memang Cik Yan teruja.


Bahan2 :
 2 ketul lamb shank - rebus dengan air, serai dan halia sampai empuk
1 senduk cili giling
1 senduk bawang merah yang dah dikisar
1 sudu bawang putih yang dah dikisar
1 sudu halia
1 senduk tomato puri
1 mangkuk tomato sos
1 mangkuk cili sos
2 sudu kicap
1 sudu rempah bonestick (empunya resepi beli kat Singapore - kedai mamak katanya)
Garam & Gula
1 Senduk bawang goreng

Caranya :
Tumis bawang, halia dan cili sampai naik bau kemudian masukkan tomato puri diikuti dengan air rebusan tulang tadi dan dibiarkan mendidih seketika.
Selepas mendidih, masukkan bahan2 lain diikuti dengan garam dan gula secukup rasa. Masa nak makan boleh tabur daun kubis.

Versi Cik Yan,
Cik Yan letak lamb shank dlm periuk noxxa tu dengan daun pandan sebab kehabisan halia. Cik Yan slow cook untuk 2 jam x silap sebab nak jus2 tu kuar dalam air rebusan. Lepas tu HP 15 min sebelum mula proses memasak.

Cik Yan blend je semua bahan2 tu xde sukat2 sebab x tau senduk dia besar mana lainla bagi sukatan sudu atau gram kan. Hihihi.

Sebab xde rempah bonestick tu, Cik Yan curah mixed herbs sebagai ganti dan hasilnya memang sedap bagi tekak Cik Yan dan Mia.

Kebetulan kat rumah ada dinner rolls yang Cik Yan buat sehari sebelum tu, memang sedapla makan sambil cicah sup tu dan bunga kobis tu memang menaikkan lagi rasa tu. Sesekali terasa nak makan tapi takleh nak gi Singapore, leh la try buat kalau ada lamb shank dalam peti.