Sejak Cik Yan berjaya membuat lamb shank stew, En Suami tak keberatan untuk membeli lamb shank lagi kalau dia pergi membeli stok salmon dan dory untuk Baby Muhammad.
Satu hari tu sebab tengok kentang2 yang ada tak sesuai dijadikan mashed potato, maka Cik Yan google resepi untuk sup tulang merah dan terberkenan dengan resepi ni. Cik Yan tak dapat nak recall page mana amik (i copy n print) tapi hasilnya memang Cik Yan teruja.
Bahan2 :
2 ketul lamb shank - rebus dengan air, serai dan halia sampai empuk
1 senduk cili giling
1 senduk bawang merah yang dah dikisar
1 sudu bawang putih yang dah dikisar
1 sudu halia
1 senduk tomato puri
1 mangkuk tomato sos
1 mangkuk cili sos
2 sudu kicap
1 sudu rempah bonestick (empunya resepi beli kat Singapore - kedai mamak katanya)
Garam & Gula
1 Senduk bawang goreng
Caranya :
Tumis bawang, halia dan cili sampai naik bau kemudian masukkan tomato puri diikuti dengan air rebusan tulang tadi dan dibiarkan mendidih seketika.
Selepas mendidih, masukkan bahan2 lain diikuti dengan garam dan gula secukup rasa. Masa nak makan boleh tabur daun kubis.
Versi Cik Yan,
Cik Yan letak lamb shank dlm periuk noxxa tu dengan daun pandan sebab kehabisan halia. Cik Yan slow cook untuk 2 jam x silap sebab nak jus2 tu kuar dalam air rebusan. Lepas tu HP 15 min sebelum mula proses memasak.
Cik Yan blend je semua bahan2 tu xde sukat2 sebab x tau senduk dia besar mana lainla bagi sukatan sudu atau gram kan. Hihihi.
Sebab xde rempah bonestick tu, Cik Yan curah mixed herbs sebagai ganti dan hasilnya memang sedap bagi tekak Cik Yan dan Mia.
Kebetulan kat rumah ada dinner rolls yang Cik Yan buat sehari sebelum tu, memang sedapla makan sambil cicah sup tu dan bunga kobis tu memang menaikkan lagi rasa tu. Sesekali terasa nak makan tapi takleh nak gi Singapore, leh la try buat kalau ada lamb shank dalam peti.
No comments:
Post a Comment