Simple je projek yang ada dalam kepala ni...
Tertiba ada lak lebih dari sebuah buku masakan....
Takkan buat baca je kan....
Jadinya untuk tahun ni, dah cuba sekurang-kurangnya 15 resepi dari semua buku ni.
Hajat di hati sebenarnya nak type 50 pastu terasa eh ambitiousnya...lagi lak..karang kurang masa pulak dengan kesayangan...jadi 15 sudah...tu minimum la...
Maka...hobi membuat kek / pastries atau apa jelah kategorinya bermula kembali...
Skang tak yah sesusah fikir camner nak bawak opis...sebabnya pasang je niat bagi jiran / guards / letak je kat surau bawah...Hehehehe
Sunday, 5 January 2014
Friday, 3 January 2014
Resepi Makanan Mia
Sejak pepagi bagi makan oats dekat Mia mula terasa nak tukar lain lak jadi terus baca lagi pape yang patut dan hasilnya agak tertarik pada cous cous penangan dari Masterchef Australia tu..hahaha.
Kenapa cous cous?
Ianya lebih mudah disediakan berbanding oats..almaklumla oats tu nak kena beli yang rolled oats tu pastu kena rendam semalaman pulak pastu nak kena masak sampai lembut. Bukan macam oats biasa yang guna air panas tu je. Lagi satu, melalui pembacaan, katanya cous cous jarang membuatkan bayi sembelit. Try kat Mia, dia suka je ...mmmm memangla Mia ni suka makan tapi kalu dia tak gemar, dia masih makan tapi agak kelambatan nak abis...
Memula intro cous cous tu masa Mia genap 13 bulan dan Cik Yan cuma bagi dengan buah je..pastu lelama dipelbagaikan..ni salah satu resepi cous cous yang dalam kategori dipelbagaikan tu..kalau ada yang tertanya mana nak dapat cous cous ni, Cik Yan beli kat bahagian organik di Aeon tak pun kalau korang jenis tak kisah, carik je kat bahagian rempah-rempah tu...
Cous cous
Daun kari
Bawang merah
Bawang putih
Biji sawi
Tomato
Minyak zaitun
Bawang merah, bawang putih di hiris atau tumbuk mengikut apa yang kita suka, tumis bawang2 tu sekali dengan biji sawi dan daun kari.
Bila bawang dah layu, masukkan tomato, couscous dan air secukupnya dan kacau sehingga cous cous jadi likat ke apa istilah nak guna tapi yang pasti jumlah air tu berkurangan la...
Pastu ta daaaaa..siap dah..
Boleh gak kalu anak tu kurang berat kan..tumis dengan unsalted butter..heheheh. Boleh je nak pelbagaikan sayur cuma masa Cik Yan buat ni, nak cepat supaya Mia dapat sesama bekpes dengan kami..hasilnya memang laju je dia makan banding 2 hari sebelumnya di mana Cik Yan bagi couscous dengan puri labu...
Oh..lupa selit jelah kan kat sini...kalu nak cepat sangat pepagi tu kan...Cik Yan rendam je cous cous dengan air panas pastu tos, pastu letak la buah pape yang ada...
Pasni kalu nak gi travel, memang cous cous jadi pilihan sebab tak perlu masak memadai dengan air panas pastu kalu makan kat hotel ke, amik je buah yang ada kat buffet tu letak dalam cous cous tu...

![]() |
| cous cous dgn blackberry |
![]() |
| Cous cous dgn puri kurma dan kismis |
![]() |
| Cous cous dgn berries |
Resepi Makanan Mia
Pagi Ahad, breakfast apa ek..oh ya..makan roti cicah kopi..maid pun kata dah bekpes jadi takdelah rajin nak buat nasi goreng ke apa sebab En Suami still tak balik lagi.
Pasal dah takde apa sangat, Mia pun tido lagi makanya merajinkan diri buat daging burger untuk dijadikan stok makanan Mia.
Sebelum tu dah google dah tapi resepi rata2 untuk orang dewasa kan jadi Cik Yan guna mana yang jadi bahan penting yang ada dalam setiap resepi beef patty ni.
Resepi Beef Patty:
Mince beef
Oregano flakes/ thymes/ parsley
Homemade breadcrumbs
Sebiji telur.
Black pepper
Satukan minced beef, telur, black pepper dan group herba omputih tu..pastu letak breadcrumbs sikit demi sedikit. Sambil gaul tu tekan sikit2 daging tu mana tau ada air daging banyak sangat..Cara nak tau masa bila breadcrumb dah cukup ke belum adalah dengan buat bulat2 pastu ratakan..Kalu takde yang pecah tepi2 tu kira cukupla tu..
Memandangkan ini adalah untuk Mia, sah2 takde garam kan tapi kalu nak buat lagi, Cik Yan plan nak letak bawang tumbuk, habbatus sauda menggantikan black pepper dan letak homemade tomato sauce dalam daging tu sikit..
Resepi Hash Brown :
4 biji kentang – rebus tapi jgn terlalu empuk
Bawang besar dadu
Cheese – guna cheddar block, parmesan block pastu parut.
Minyak sesuka hati – guna minyak zaitun dari tanah Palestine
Homemade bread crumb
Kentang direbus, amik 2 biji potong dadu besar sesuka hati pastu lagi 2 tu parut atau lenyek cukup syarat. Gaulkan dengan bawang, cheese, minyak dan breadcrumb sampai leh berpaut. Pastu bentukkan sesuka hati dan simpan dalam tempat beku. Cik Yan tekan2 dalam acuan sebab saje nak ada bentuk walaupun Mia tu boleh je ngap. Kalau takde acuan, ala rapat2 kan je kentang tu supaya bersatu dan buatlah macam empat segi ke bulat ke…
Sebab nak bagi Mia makan, Cik Yan masuk je dalam oven lepas renjis2 minyak zaitun kat tray tu. Sekali bakar dengan patty tu..tapi waktu bakar tak sama la..Cik Yan kuarkan hash brown pastu biarkan beef patty tu.
Hasilnya..next time kentang nak kasar dan kurang empuk sebab bila tekan2 dia dah jadi padat maka takde nampak macam hash brown Mc Donald pun…
Kesemua bebenda ni Cik Yan letak dalam plastik yang ada mcm zip tu pastu susun cantik dan simpan dalam peti beku..Makanya ada dua jenis dah dalam peti tu buat kudapan Mia di kala mama tak sempat nak prepare makanan secukupnya time mama keje.
Pasal rajin sangat kan Cik Yan nak membuat ni dan nak kena goreng2 sah2 la tak bagus kan..mulala menyimpan hasrat untuk memiliki air fryer..padahal bukan takleh guna oven buat macam Cik Yan buat skang kan...
Subscribe to:
Posts (Atom)