Hari ni tak taulah apa rasanya kat opis. Selama ni rasa macam ada satu jenis report ni data macam tak betul je..sekali check2 rerupanya ada orang tu pun tak reti2 nak check awal2..mentang2 dia belajar pasal 2 jenis report, dia pun ikut je bebulat pastu bila tak dapat report yang sama dia bising tapi dia x check dulu. Heheh..sapela kena kutuk ni kan..orang itu adalah Cik Yan..
Nape tertiba leh nak check ek..mesti penangan macaron coklat dan kek coklat lapis ni, otak jadi macam rajin nak mencari bahan berdebat..hahha. Jadi bila data tu betul, sekali tengok ada satu bulan, report tak dapat..nasibla si penghantar report tak sound atau perli..hehheh. Maka bermulala kisah memasukkan data ke dalam sistem ni. Tapi sebelum tu, kena buka buku nota dulu..Manala tau tersilap masuk, naya Cik Yan hujung tahun nanti kena audit..Cukuplah Cik Yan bersoal jawab ngan auditor pasal environment hujung tahun lepas, ni pun baru je berakhir. Jadi harapnya hujung tahun ni, soalan auditor xdelah banyak sangatkan..
Masa En Suami jemput balik kerja dan menuju ke tempat makan, dia sempat tanya hari ni keje camner..opis camner..Cik Yan pun cakapla yg ada orang membalas soalan Cik Yan dengan agak kurang intonasinya..Bukan apa, Cik Yan tanya ada tak submit report ke department sekian-sekian sebab dia ni jenis komunikasi meninggalkan kita. Dia menjawab dengan cara yang bagi Cik Yan boleh mendatangkan rasa marah giler. En Suami tanya dah tu Cik Yan watpe bila dapat response camtu.. Cik Yan jawab Cik Yan buat je report tu dan submit sebab taklah mengambil masa sangatkan dan otak kita pun tak bertambah sakit hati untuk melihatkan response dia sekiranya Cik Yan insist dia buat. Dan sudah tentunya bila submit ke requester, Cik Yan hilite yang kerja itu sudah bertukar tangan dan sila amik perhatian di bulan berikutnya..Hehehe
Monday, 14 March 2011
Sunday, 13 March 2011
Ahad Yang Indah
Hari Ahad, En Suami tanya ada nak keluar memana tak. Cik Yan jawab dah puas sebab hari Jumaat tengok wayang citer I Am Number Four pastu dapat pulak shopping buku. Masa tu Popular Wangsa Walk ada sales. Dahla ada sales pastu memandangkan Cik Yan ada membership card dengan Popular, maka discount tu lagi tinggi..tapi Cik Yan beli dua buku je..satu buku cerita satu buku fakta..hahhaha.
Memandangkan wayang tu nak dekat midnite dan Cik Yan pulak ajak En Suami kuar awal sebab nak menyinggah beli ground almond kat Cold Storage jadi kitorang gilah melepak kat Tutti Frutti pulak sambil baca buku. Pastu boleh pulak menapak gi makan mee goreng kat NZ tu..
Masuk ni dua kali dah makan mee goreng mamak tapi tak dapat sesedap yang En Suami belikan kat Pelita masa Cik Yan admitted kat Ampang Puteri hari tu. Tapi tak tahula sebab masa admitted hari tu Cik Yan seperti boleh makan apa saje sebab takut gastrik menyerang akibat dari painkiller yang doctor bagi Cik Yan tu.
Hari Sabtu lak kitorang tengok citer Mars need mums..Best gak citer tu..En Suami leh cakap kalu Cik Yan ada anak, sure Cik Yan kena kidnap ke Mars..cheit..Sebelum tengok wayang tu Cik Yan ajak En Suami makan kat Kunyah. En Suami order Meehun/Mee sup, Cik Yan lak Mee Bandung..sedap makanan2 tu..
Abis wayang dah kul 9 lebih kot jadi kitorang pun balik. Malas rasa nak menyinggah memana. Sampai rumah pulak, Cik Yan dah baking macaron. Excited tu nk buat macaron dan merasa camner la macaron tu kan. Buatnye agak mudah sebab kena buat meringue. Bab meringue memang Cik Yan suka sangatla. Tinggal je mixer dan set pada kelajuan 3 pastu gi tengok TV..Masa tu pulak cerekarama kat TV3 menarik sangat.
Jadi ngam2 citer tu nak abis, siapla adunan macaron tu.
Nama pun weekend kan jadi Cik Yan sungguh2 menikmati hujung minggu ngan tido awal pagi..hahha. Maka selepas bersarapan buat sendiri yer, kami pun memulakan aktiviti mengemas rumah..Puas hati rasa buat aktiviti mengemas bersama-sama sebab selalunya mesti Cik Yan malas nak tolong sepenuhnya..hahahha. Masa En Suami duk susun kasut2 dia tu..dia bukala kotak kasut Cik Yan dan dia terjumpa kasut ni dah berkulat..tapi bagi Cik Yan bukan berkulat..sure habuk je tu..Lap dengan kertas kasut yang dapat kat hotel tu dah berkilat..pastu dia suruh pakai gi keje Isnin tapi tak confident Cik Yan nak pakai high heel..mana tau tertiba muscle perut Cik Yan merasa tertekan..hhahaha
Petangnye pulak semasa En Suami gi jumpa kawan2 dia, maka bermula lah projek baking kek coklat Cik Yan..
Puas rasa menikmati hujung minggu kali ni...hahah
Memandangkan wayang tu nak dekat midnite dan Cik Yan pulak ajak En Suami kuar awal sebab nak menyinggah beli ground almond kat Cold Storage jadi kitorang gilah melepak kat Tutti Frutti pulak sambil baca buku. Pastu boleh pulak menapak gi makan mee goreng kat NZ tu..
| Pomegranate ngan lychee |
| Mee Goreng ngan nescafe panas.. |
Hari Sabtu lak kitorang tengok citer Mars need mums..Best gak citer tu..En Suami leh cakap kalu Cik Yan ada anak, sure Cik Yan kena kidnap ke Mars..cheit..Sebelum tengok wayang tu Cik Yan ajak En Suami makan kat Kunyah. En Suami order Meehun/Mee sup, Cik Yan lak Mee Bandung..sedap makanan2 tu..
| mee/meehun sup..sambal cili kicap sedap |
| mee bandung yg kena citarasa..heheh |
Abis wayang dah kul 9 lebih kot jadi kitorang pun balik. Malas rasa nak menyinggah memana. Sampai rumah pulak, Cik Yan dah baking macaron. Excited tu nk buat macaron dan merasa camner la macaron tu kan. Buatnye agak mudah sebab kena buat meringue. Bab meringue memang Cik Yan suka sangatla. Tinggal je mixer dan set pada kelajuan 3 pastu gi tengok TV..Masa tu pulak cerekarama kat TV3 menarik sangat.
Jadi ngam2 citer tu nak abis, siapla adunan macaron tu.
Nama pun weekend kan jadi Cik Yan sungguh2 menikmati hujung minggu ngan tido awal pagi..hahha. Maka selepas bersarapan buat sendiri yer, kami pun memulakan aktiviti mengemas rumah..Puas hati rasa buat aktiviti mengemas bersama-sama sebab selalunya mesti Cik Yan malas nak tolong sepenuhnya..hahahha. Masa En Suami duk susun kasut2 dia tu..dia bukala kotak kasut Cik Yan dan dia terjumpa kasut ni dah berkulat..tapi bagi Cik Yan bukan berkulat..sure habuk je tu..Lap dengan kertas kasut yang dapat kat hotel tu dah berkilat..pastu dia suruh pakai gi keje Isnin tapi tak confident Cik Yan nak pakai high heel..mana tau tertiba muscle perut Cik Yan merasa tertekan..hhahaha
Petangnye pulak semasa En Suami gi jumpa kawan2 dia, maka bermula lah projek baking kek coklat Cik Yan..
| Add caption |
Puas rasa menikmati hujung minggu kali ni...hahah
Macaron
Sebelum ni kan ada citer pasal macaron kan..Cik Yan jumpala satu resepi ni. Sangat simple sebab author ni permudahkan dari resepi yang asal. Cik Yan ada terbaca resepi dia yang memula tu sangat2 lah terasa susahnya padahal bahan yang sama cuma method je berbeza. Bahan semua ada kecuali ground almond maka bila tengok wayang citer I am number 4 kat Wangsa Walk, apa lagi Cik Yan pun menyimpang ke Cold Storage sekejap. Sukanya rasa sebab ada stock ground almond dan memandangkan ini percubaan pertama, maka Cik Yan beli nutella sebagai pelekat macaron tu nanti.
Resepi macaron Cik Yan mudah je, nanti kalu dah pandai, leh try yang complicated tu lak..heheh
Benda ni kena pukul sampai kembang atau dalam istilah baking soft peak atau pun meringue
60g telur putih,
20 caster sugar
secubit Cream of Tartar
Yang ni lak kena ayak tapi ground almond takyah la kan..
110g icing sugar
20g cocoa powder
65g ground almond
Pastu campur bahan kering ni dalam meringue dalam 3-4 tuang. Maksudnya campur sikit2 lah kan..
Pastu pipe kat tray dan biar sejam sebelum bakar pada suhu 150C.
Masa Cik Yan belek resepi2 macaron kat blog sesapa lah kan, semua ada mention pasal pengalaman membuat macaron ni..ada yang kata retak permukaan retak seribu, ada yang kata penyek/ gempeng dan ada jugak cakap pasal kaki..memula Cik Yan x faham jugak tapi bila tengok semua gambar2 macaron barulah faham istilah kaki tu..Jadi ni nak bagitaula yang cubaan Cik Yan pertama kali tu berkaki..hahaha. Rupa bentuk memang la x secantik mana tapi itu kita leh betulkan nanti Insya Allah..
| Kaki macaron... |
Cik Yan x amik banyak gambar sebab ini pertama kali Cik Yan guna piping bag..terkial2 tadi pastu resepi tu cuma menghasilkan sedikit je macaron ni..Sebenarnya masa dah pipe atas tray tu nampak buruk sangat tapi xpelah dah niat kata nak rasa macaron ni camner..
Nilah hasil pertama macaron Cik Yan yang berintikan Nutella. Resepi asal guna coklat Mars masak dengan whip cream tapi dari mengeluarkan kos yang tinggi buat benda tak tau jadi ke tak..Cik Yan pakai Nutella je.
Maka dengan ini tamatla perasaan nak tahu rasa macaron ni dan makin excited pulak nak mencuba lagi supaya dapat yang comel2 macam gambar2 kat internet.
Subscribe to:
Posts (Atom)