Showing posts with label Travelling. Show all posts
Showing posts with label Travelling. Show all posts

Sunday, 30 August 2015

I am exhausted


I just need some time for my favourite place. Not to somewhere that i feel more tense!

Bring me to the SOUTH, WEST or NORTH. I want to be somewhere that within my control. Within my husband control and cant be delegated to others. Be a HAPPY FAMILY.

Sunday, 12 February 2012

Bali : Day 2

Ha..Bali Traveling hari tu dah kira day 1 sebab sampai Bali petang tu..dah bermalam pun semalam kat Bali Taman Hotel..

Hari kedua kami dimulakan dengan kejutan panggilan telefon menyatakan cuaca sangat sesuai untuk aktiviti lihat dolphin. Masa tu jam 5.30 am dan segera kami bersiap selepas menunaikan solat Subuh. Pasal dah sampai malam..main tawakal je tang arah kiblat tu..

Jam 6.00 am kami dok melepak tepi kolam sambil menunggu orang hotel. Ramai omputih kuar dari bilik memasing. Dorang pun nak gi tengok dolphin jugak. Aktiviti nak melihat dolphin dimulakan dengan beramai2 lelaki menurunkan sampan/ bot. Sebabnya air surut jadi sampan/ bot terpaksala dibawah turun ke permukaan air. Cara dorang sangat klasik sebab menggunakan batang kayu yang kemudian salah seorang dari mereka akan kutip dan bawa ke hadapan bot/ sampan. En Suami x dapat tolong kerana sampan/ bot tu sangat berat kan..karang koyak balik tempat operate hari tu..

Setelah 2 sampan/ bot berjaya diletakkan di permukaan air, kami pun segera masuk ke dalam sampan/ bot tu. Cik Yan dan En Suami je yang kulit cerah biasa-biasa je..yang lain kulit putih (majority time tu dari Holland). Cuak gak memula tengok sampan/ bot tu sebab duduk kat row kedua tapi bila diberikan life jacket untuk semua penumpang, confident sikit.

Sampan/ bot tu macam ala tradisional punya sebab dia gunakan 2 batang buluh apa ntah sebagai penampung atau mengimbangi sampan/ bot tu. Duduk atas kepingan papan yang di susun mengikut jarak tertentu.

Tiba-tiba, Cik Yan nampak segerombolan ikan lumba-lumba (tak bagus benar nak type dolphin) muncul dan menuju arah kami pastu hilang. Hilang  pasal dia masuk menyelam pastu muncul kat kawasan lain lak. Sampan/bot2 lain dari hotel yang lain pun mula ramai. Mulalah aktiviti mengejar dolphin bersama mereka dan seronok rasa..Dengan laut terbentang luas, langit nan indah, hebat sungguh ciptaan Allah SWT ni tambahan pula dengan peluang menyaksikan dolphin berenang dan melompat depan mata. En Suami sempat berbisik dia suka dengan aktiviti ni dan berterima kasih sebab Cik Yan plan untuk aktiviti ni.



Ni pulak nak tunjukkan bilik mandi dia. Bilik mandi kitorang besarnya lebih kurang 3/4 dari size bilik tido pastu siap leh tengok langit lagi cuma pasal ni budget hotel kot jadi tempat tengok langit tu memang takat jaring je, time hujan..mula lah basah kawasan yang ada stand shower.



Kawasan Lovina ni sebenarnya susah nak makan sebab majoriti orang kat sini non muslim. Kat menu hotel je dah leh nampak menu bukan-bukan..Jadi kalu datang lagi..Cik Yan akan pastikan bawak maggie atau pun lauk pauk Brahim, nescafe pun macam harus bawa kerana kopi sana kurang sedap lah..

Lepas aktiviti tengok dolphin, kami breakfast dengan makan roti bakar dan buah-buahan je. Lepas tu lepak2 sambil melayari internet. Sebab kat sini takde free wifi, jadi kitorang terpaksa bayar dlm rm 4 untuk penggunaan wifi selama 24 jam. Tapi kan..strict jugak sini sebab bila I-pad dah locked password wifi tu, terus hp dan notebook takleh atau dengan kata lain tidak dibenarkan access wifi tu.

Konon bermalam 2 malam kat sini sebab nak spa tapi sekali kawasan spa itu sangat open dan Cik Yan leh terlupa yang mereka juga boleh datang ke bilik untuk massage. Time lunch kitorang plan untuk keluar dan meminta hotel panggilkan teksi tapi hotel siapkan driver dan membawa kami mencari makanan nasi padang (dikatakan halal) di Singaraja yang rasanya adalah dalam 30 minit perjalanan. Nasi padang di sini tidaklah seperti yang Cik Yan sangkakan, lebih kurang macam kita beli lauk kat gerai2 time lunch je. Charge dia pun terasa mahal tapi kitorang still tapau nasi dan lauk untuk dinner nanti. Sampai ke bilik, Cik Yan terus sms supir kami supaya ambil lebih awal jadi leh makan dengan senang.

Waktu petangnya kami berjalan sekeliling hotel sambil ambil gambo. Konon nak jenjalan kat pantai tapi pasal pagi tadi nampak banyak sangat anjing berkeliaran, xde pasal nak jenjalan situ karang sape nak tolong halau anjing tu. Secara keseluruhan berbaloi la jugak duk kat Bali Taman Hotel dengan harga USD 99 untuk 2 malam, bilik mandi yang besar, staff yang friendly dan helpful. Nanti nak datang lagi kalu ada rezeki untuk tengok dolphin.




Tuesday, 7 February 2012

Bali : Travelling day

Pada 1st February Cik Yan ngan En Suami telah bercuti ke Bali. Plan bercuti ni datang tertiba bila Airasia dok sms, email mengenai tawaran tambang murah. Bila En Suami cakap yang dia nak bercuti dan serah pada Cik Yan tentukan tempat percutian itu..maka 3 tempat menjadi pilihan iaitu Vietnam, Krabi dan Bali. Masa tu jenuh gak nak pilih harga yang terbaik sampai la Cik Yan terlepas beberapa peluang Airasia. Satu hari tu bila buka website MAS, menarik harga nya tambahan pula harga termasuk check in luggage. Cik Yan sukala jugak sebab nanti sah2 barang Cik Yan banyak nak dibawa kan. Setelah mendapat persetujuan dari segi harga dan tempat, maka Bali menjadi destinasi percutian kami.Kebetulan kawan Cik Yan pun bercuti ke sana jadi boleh la tanya kat dia apa yang best semua tu kan.

Tiket dibeli..dan masa itu jugak Cik Yan bertanyakan teman2 yang pernah bercuti ke Bali tentang supir, kawasan mana best, kawasan mana perlu pergi semua tu. Cik Yan juga membaca blog2 mereka yang pernah ke sana dan ada satu blog ni sangat menarik perhatian Cik Yan. Pasangan ini bercuti ke Bali dan salah satu aktiviti mereka adalah melihat dolphin.

Agenda percutian mula disediakan dan dengan bantuan teman, Cik Yan dapat menempah supir yang pernah berkhidmat untuk kawan Cik Yan. Hotel mula di tempah menerusi Agoda.com. Untung masa ketika membuka website itu, kita akan dapat harga yang bagus atau kena dengan budget kita. Cik Yan sentiasa ingat yang En Suami tak mahu berbelanja lebih untuk hotel kerana memang perangai kami bila berjalan akan kuar dari pagi dan pulang lewat malam.

Pada hari nak traveling tu sebenarnya Cik Yan tak siap apa pun dari malam tu. Sebab masa tu macam jadi tak jadi gi sebab En Suami sibuk ngan urusan keje. Cik Yan pulak terasa sayu nak tinggal Alpha dan Beta. Mujur awal pagi dapat packing dengan jayanya. Tapi satu hal pulak, tertiba I-pad seperti hang. En Suami merancang untuk antar repair sekejap sebab notebook kami wifinya rosak (last try kat Bandung Airport).




Segera kami bersiap dan menghantar Alpha dan Beta  untuk boarding. Plan asal antar kat depan rumah je tapi tutup. Dalam keadaan itu, mujur teringat Klinik Haiwan Taman Melawati jadi segera dituju. Dalam nak jalan tu tengok2 ada keta reverse tanpa pedulikan laluan kereta dibelakang maka Si Kecil dihentam or Kia Carnival dan untuk mengelak pulak, kami terhimpit dengan keta Myvi. Mujur ketiga kereta tiada kerosakan teruk dan terus kami antar kekucing ni.

Sampai di Klinik Haiwan Tmn Melawati, Cik Yan diberitahu syarat boarding adalah kucing kena divaksin kan. Cik Yan segera bagitahu kaunter yang 2 ekor ni less than 3 month. Mujur mereka beri jaminan Alpha & Beta akan divaksin jika Veterinar puas hati dengan mereka. Maka segera kami menuju ke KLIA, I-pad x dapat dibetulkan kerana masa tidak mengizinkan.

Sampai di KLIA, kami makan dulu sebab tak sempat breakfast pagi tu dan kemudian gi solat sebelum melepak di kedai kopi. Masa tu baru teringat nak tanya adik dan senior tempat keje Cik Yan tentang keadaan I-pad ni. Alhamdulillah, tekan butang power ngan kat tengah tu serentak terus boleh reset. Maka En Suami pun menarik nafas lega sebab leh check email guna wifi (hotel yang Cik Yan pilih semua ada wifi free/ bayar).

Oh lupa..duit rupiah satu pun takde jadi segera kami tukar RM ke rupiah dan USD. Okay gak rate kat KLIA tu. Maka selesai semua terus kami menuju ke gate yang dinyatakan dalam boarding pass. Tapi kan..tunggu2 dorang tak panggil masuk pun..walaupun ketika itu cuma tinggal 10 minit untuk berlepas. Sekali nama Cik Yan dilaungkan meminta Cik Yan ke gate lain. Aiyo..berlari Cik Yan dan En Suami ke gate yang disuruh tu..glamor kejap...tapi nasib ada 3 couple gak yang lambat masuk..

Dalam flight, kami disajikan dengan lunch. Cik Yan amik beef with baked potato dan En Suami amik Chicken Noodles. Dalam hidangan itu disertakan juga kek vanila, kek buah dan coklat cadbury. Cik Yan siap mintak air kopi walaupun dah minum 2 cawan oren dan secawan guava. Tapi..tapi ...tak dapat kacang pun...Masa gi toilet tu, disapa oleh steward sebab dia tengok Cik Yan berdiri dan dibelakang ada seat kosong..Terasa nak mintak kacang tapi tak terkeluar lak suara..Cik Yan kan pemalu. Hahahah.





Sampai di Bali jam 6.40 pm dan supir telah menunggu dengan setianya. Maka perjalanan diteruskan ke Lovina kerana Cik Yan akan bermalam di Bali Taman Hotel, Lovina selama 2 malam. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih dan sampai di hotel terus Cik Yan bertanyakan tentang aktiviti mengejar dolphin. Kaunter beritahu akan call jam 5.30 jika cuaca ok untuk buat aktiviti itu.

Cik Yan terpegun melihatkan bilik itu dan sampai di bilik, kami diberikan welcome drink..air oren je kot tapi boleh la lepaskan dahaga.




Maka tamat kisah hari traveling sebab kena tido awal untuk prepare kalu2 aktiviti dolphin jadi..