Ha..Bali Traveling hari tu dah kira day 1 sebab sampai Bali petang tu..dah bermalam pun semalam kat Bali Taman Hotel..
Hari kedua kami dimulakan dengan kejutan panggilan telefon menyatakan cuaca sangat sesuai untuk aktiviti lihat dolphin. Masa tu jam 5.30 am dan segera kami bersiap selepas menunaikan solat Subuh. Pasal dah sampai malam..main tawakal je tang arah kiblat tu..
Jam 6.00 am kami dok melepak tepi kolam sambil menunggu orang hotel. Ramai omputih kuar dari bilik memasing. Dorang pun nak gi tengok dolphin jugak. Aktiviti nak melihat dolphin dimulakan dengan beramai2 lelaki menurunkan sampan/ bot. Sebabnya air surut jadi sampan/ bot terpaksala dibawah turun ke permukaan air. Cara dorang sangat klasik sebab menggunakan batang kayu yang kemudian salah seorang dari mereka akan kutip dan bawa ke hadapan bot/ sampan. En Suami x dapat tolong kerana sampan/ bot tu sangat berat kan..karang koyak balik tempat operate hari tu..
Setelah 2 sampan/ bot berjaya diletakkan di permukaan air, kami pun segera masuk ke dalam sampan/ bot tu. Cik Yan dan En Suami je yang kulit cerah biasa-biasa je..yang lain kulit putih (majority time tu dari Holland). Cuak gak memula tengok sampan/ bot tu sebab duduk kat row kedua tapi bila diberikan life jacket untuk semua penumpang, confident sikit.
Sampan/ bot tu macam ala tradisional punya sebab dia gunakan 2 batang buluh apa ntah sebagai penampung atau mengimbangi sampan/ bot tu. Duduk atas kepingan papan yang di susun mengikut jarak tertentu.
Tiba-tiba, Cik Yan nampak segerombolan ikan lumba-lumba (tak bagus benar nak type dolphin) muncul dan menuju arah kami pastu hilang. Hilang pasal dia masuk menyelam pastu muncul kat kawasan lain lak. Sampan/bot2 lain dari hotel yang lain pun mula ramai. Mulalah aktiviti mengejar dolphin bersama mereka dan seronok rasa..Dengan laut terbentang luas, langit nan indah, hebat sungguh ciptaan Allah SWT ni tambahan pula dengan peluang menyaksikan dolphin berenang dan melompat depan mata. En Suami sempat berbisik dia suka dengan aktiviti ni dan berterima kasih sebab Cik Yan plan untuk aktiviti ni.
Ni pulak nak tunjukkan bilik mandi dia. Bilik mandi kitorang besarnya lebih kurang 3/4 dari size bilik tido pastu siap leh tengok langit lagi cuma pasal ni budget hotel kot jadi tempat tengok langit tu memang takat jaring je, time hujan..mula lah basah kawasan yang ada stand shower.
Kawasan Lovina ni sebenarnya susah nak makan sebab majoriti orang kat sini non muslim. Kat menu hotel je dah leh nampak menu bukan-bukan..Jadi kalu datang lagi..Cik Yan akan pastikan bawak maggie atau pun lauk pauk Brahim, nescafe pun macam harus bawa kerana kopi sana kurang sedap lah..
Lepas aktiviti tengok dolphin, kami breakfast dengan makan roti bakar dan buah-buahan je. Lepas tu lepak2 sambil melayari internet. Sebab kat sini takde free wifi, jadi kitorang terpaksa bayar dlm rm 4 untuk penggunaan wifi selama 24 jam. Tapi kan..strict jugak sini sebab bila I-pad dah locked password wifi tu, terus hp dan notebook takleh atau dengan kata lain tidak dibenarkan access wifi tu.
Konon bermalam 2 malam kat sini sebab nak spa tapi sekali kawasan spa itu sangat open dan Cik Yan leh terlupa yang mereka juga boleh datang ke bilik untuk massage. Time lunch kitorang plan untuk keluar dan meminta hotel panggilkan teksi tapi hotel siapkan driver dan membawa kami mencari makanan nasi padang (dikatakan halal) di Singaraja yang rasanya adalah dalam 30 minit perjalanan. Nasi padang di sini tidaklah seperti yang Cik Yan sangkakan, lebih kurang macam kita beli lauk kat gerai2 time lunch je. Charge dia pun terasa mahal tapi kitorang still tapau nasi dan lauk untuk dinner nanti. Sampai ke bilik, Cik Yan terus sms supir kami supaya ambil lebih awal jadi leh makan dengan senang.
Waktu petangnya kami berjalan sekeliling hotel sambil ambil gambo. Konon nak jenjalan kat pantai tapi pasal pagi tadi nampak banyak sangat anjing berkeliaran, xde pasal nak jenjalan situ karang sape nak tolong halau anjing tu. Secara keseluruhan berbaloi la jugak duk kat Bali Taman Hotel dengan harga USD 99 untuk 2 malam, bilik mandi yang besar, staff yang friendly dan helpful. Nanti nak datang lagi kalu ada rezeki untuk tengok dolphin.
No comments:
Post a Comment