Thursday, 6 August 2015
Viral 3
Hampeh kan.. lupa Islam tu nak macam mana. Kalau berpaksikan Islam..takdenya jadi camni. Perkahwinan satu ikatan yang suci bukan untuk dicurangi.
Tapi..ni sesekali je orang timbulkan. Apa jadi pada suami yang sentiasa gunakan alasan kerja tapi sebenarnya membelakangi isteri? Ada je kan suami bagi alasan bermesej alasan kerja tapi sesekali kita dapat lihat dalam mesej tu ada luahan rindu la..bersayang2.. dan bila isteri marah lagila suami marah ibarat kes 1MDB...nak tangkap sape bocor rahsia bukan nak siasat betul tak apa yang dibocorkan tu. Sama la kes ni..marah isteri check hp..tapi kalau ikut bebetul..ikut agama..perlukah menipu sebegitu. Perlukah bermesej sebegitu..pada lewat waktu..awal pagi bagai.
Dan..bilakah kali terakhir kita bermesej dengan pasangan kita tanpa melibatkan keluarga. Ibarat masa bercinta..it is between You and Me. Kalau kerja itu menghalalkan segalanya..kotla yang tukang type ni cetek ilmu agama..sila lah tinggal komen ya..
Untuk suami ni..sian dia. Untuk para isteri yang kadang kala terasa diri dipinggirkan untuk tak kisah apa alasan pun, mengadu je pada Allah. Jangan sesekali kita tersasar dari paksi agama kita yang suci. Dihari pembalasan kelak, suami akan dapat pembalasan setimpal tak kiralah dia solat sunat berapa rakaat pun. Islam tu adil cuma orang yang cetek pengetahuan akan fikir tiada pembelaan buat isteri. Tak payah kita menyibukkan diri mencari teman chatting untuk luah perasaan..kawan baik kan ada. Tapi pastikan kawan tu cukup agamanya supaya dapat memberikan dorongan yang betul.
Labels:
Viral
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment