Friday, 28 August 2015

Apa Erti Keluarga Pada Saya?

Taken from one of my favorite writer, En Nazali Noor on family issues.

ANAK ANAK ABAH (‪#‎AAA‬ - Buku Terbaru Nazali Noor PenulisTravelog BEST SELLER Ulu Yam Di Liverpool)
Entri XXX Najwa - Apa Erti Keluarga Pada Saya? (Throwback buku UYDL m/s 314, diterbitkan pada tahun 2013)
Keluarga..famili..
Sejauh mana ia penting kepada kita?
Benar ibubapa merupakan idola terbaik anak-anak
Setuju tak?
Tapi berapa ramai ibu bapa yang ada ruang masa untuk anak2 dan pasangan kita?
Mendengar .. Riang tawa...keluhan...cerita dari hati mereka?
Berapa ramai ibu bapa yang ada masa untuk contohnya mengambil anak2 pulang dari sekolah setiap hari?
Dan dalam perjalanan pulang mendengar cerita anak2 apa yang mereka lalui sepanjang sesi persekolahan pada hari itu?
Berapa ramai bapa (seperti saya) yang ada masa untuk bersembang dengan anak lelaki mereka yang mula meningkat remaja sekadar bercerita tentang perkara mudah seperti bilakah mereka akan mula bercukur misai dan janggut dan sama2 mendemonstrasikan sesi bercukur muka, bergurau senda dengan menyapukan 'shaving cream' ke muka, hidung dan dahi satu sama lain?
A day where you just being stupid,giggle and laugh over 'moments' like that?
Pernah tak satu hari ambil cuti hari Selasa contohnya..waktu musim cuti sekolah..bawa anak2 dan isteri pergi menonton wayang jam 11.00 pagi?
Kalau kita bernasib baik..tak ada orang lainpun dalam panggung wayang tu.. Cuma kita anak beranak sahaja..seolah2 kita sewa satu panggung untuk tontonan khas kita satu family..
Cool bukan?
Pernah tak terfikir cara terbaik untuk kita kawal masa kita agar kita ada banyak masa terluang dan dapat cipta detik-detik indah sebegini.
Pemergian sahabat saya Yassine membuatkan saya semakin berfikir..
Dia dipanggil pulang oleh Ilahi ketika usianya baru 55 tahun..
Jika perkara yang sama berlaku pada saya, saya cuma ada 15 tahun lagi (usia saya bakal 40 tahun Julai ini)
Saya sempat peluk anak lelaki Allahyarham Yassine tadi ketika usai solat jenazah di masjid..
Saya kira anak sulong lelakinya dalam usia dua puluh lima..
Jika saya dipinjamkan usia sehingga 55 oleh yang maha Esa.. Najwa juga akan berusia 25 pada waktu itu.
Sama.
Itupun jika sampai ke 55..
Jika tidak?
Anak2 dan isteri amanah Allah SWT pada kita kan?
Cukupkah masa saya peruntukkan kepada mereka untuk mereka kutip memori2 indah bersama saya nanti?
Banyakkah kenangan bersama saya yang Najwa, Najman, Najmi, Adam dan Awwab sembangkan bila mereka berkumpul adik beradik berkumpul semasa hari raya contohnya bila saya sudah tiada?
Perkara ini perkara penting bagi saya.
Masa yang tersia tidak akan kembali lagi.
Saya banyak belajar dengan pengalaman sendiri.
Dan Najwa sebagai anak sulong banyak memberi saya pengalaman bagaimana saya perlu memperbaiki diri saya dalam menguruskan masa untuk keluarga.
Najwa..satu-satunya anak perempuan saya..dan saya memang rapat dengan Najwa.
Dan guru saya dalam bagaimana saya harus bijak dalam memberikan ruang masa yang lebih baik dengan adik2nya..
Dulu semasa di Malaysia..saya memang sibuk dengan pelbagai urusan tugas pejabat..kerja siang malam.
Sebagai ketua keluarga..memangtanggungjawab utama suami dan ayah mencari nafkah untuk family kan?
Seringkali atas dasar itu masa dengan Najwa sering singkat dan terbatas.
Dari dia kecil dia memang manja dengan saya..yelah..anak abah kan?
Tapi semakin hari masa saya makin sedikit dengan Najwa..dan tanpa saya sedari kitaran masa yang pantas, Najwa sudahpun berusia 6 tahun.
Dan saya masih ingat hari bersejarah yang membuatkan saya berazam untuk berubah memperuntukkan masa yang lebih untuk anak2
Satu hari saya bercuti dan mengambil peluang untuk menghantarnya ke Tadika....
Memang sudah begitu lama saya tak berpeluang menghantar Najwa ke sekolah.
Kereta yang saya pandu saya letakkan berhampiran (lebih kurang 50 meter) dari sekolah Najwa.
Kami keluar dari kereta dan berjalan berpimpin tangan ke pintu pagar kelasnya.
Kemudian lebih kurang lagi 10 meter sebelum sampai ke pagar sekolah dia melepaskan pimpinan tangan saya dan dia memandang saya.
"Abah.. Kita tak payah pegang tanganlah ya.. Awa malu nanti kawan nampak."
Saya pandang wajah comelnya..
Saya terdiam dan terpaku..
Tangan Najwa saya lepaskan...
Dia berlalu pergi ke kelasnya.
Sepanjang memandu pulang saya tak henti2 terfikir.
Kenapa dia tak mahu pimpin tangan saya?
Kenapa dia malu?
Saya kan abahnya.. Kenapa?
Saya bincangkan dengan Ain bila sampai di rumah.
"Awa tu dah besar dah bang.. malu di ejek kawan2 nanti agaknya..nampak dek kawan2 dia bila pegang tangan abang.."
Ulas Ain bila kami bersembang.
Malu?
Dah besar?
She used to be my little girl!
Pada tika dan saat itu saya tahu yang saya sudah kehilangan ruang waktu di mana Najwa masih anak kecil.
Dia bukan lagi anak abah yang masih kecil.
Dia sudah besar..sudah mula rasa malu.
Ruang masa ini tidak akan kembali lagi dan lupus sudah dalam kitaran kehidupan Najwa..juga kehidupan saya..
Tidak lama dari kejadian itu..ada satu hari Najwa utarakan pada saya.
"Abah... Hari ni ada makan2 kat sekolah"
"Makan2 apa Awa? "
"Ada makan2.."
Hari yang saya sangkakan adalah hari yang biasa2 sahaja.
Saya pulang dari pejabat jam 2 pagi..(Saya bertugas di HSBC Cyberjaya yang waktu kerjanya mengikut zon masa UK)
Sekembali saya ke rumah..saya hampiri biliknya..saya usap dahinya.
Saya nampak dilehernya ada kalungan pingat..dalam pelukannya dia memegang gambar saya dan Ain.
"Eh..medal apa ni?"
Saya buka kalungan pingat itu..saya baca tulisan yang terpapar.
"Pelajar terbaik keseluruhan..."
Itu yang tertera..
Pantas saya panggil pembantu rumah saya.
"Najwa ada apa kat sekolah tadi"
"Dia ada majlis penyampaian hadiah tadi Encik..Dia dapat hadiah pelajar terbaik.
Dari petang tadi dia tunggu encik kat luar.
Ada aja kereta lalu..cepat2 dia jenguk.
Dia ingat Encik yang balik..
Dia tunggu sampai tertidur di ruang tamu.
Saya pesan padanya..Kak Ainonpun pesan suruh tidur sebab dah lewat..tunjuk esok aja pada abah.
Dia nak tunggu jugak.
Sampai jam sebelas..dia tertidur kat depan tu..saya angkat ke bilik.."
Agaknya apa saya rasa masa tu?
Saya sangat sedih..kecewa..marah pada diri saya..
Semalaman saya tak tidur.
Esoknya masa sarapan saya tanyakan pada Najwa.
"Awa ada penyampaian hadiah ya kat sekolah? Laa..kenapa tak bagitau abah? Boleh abah ambil cuti"
Dia tersenyum.
"Tak apalah abah..abah kan kerja..cari duit untuk kita semua.."
Suapan nasi lemak saya terhenti.
"Kawan2 Awa ada ke ayah diorang datang?"
"Semua datang..yang periksa no 2, no 3...
Lepas tu diorang tangkap gambar dengan mak ayah diorang..
Awa tangkap gambar dengan cikgu.."
Saya terdiam..saya pandang wajahnya...
Seakan faham apa yang berkecamuk dalam jiwa saya dia terus berkata..
"It's okay abah...abah kerja..abah cari duit untuk kita.."
Pengalaman itu sangat2 terkesan hingga sekarang..
Usia Najwa baru 6 tahun ketika itu..
6 tahun...
Semenjak itu saya berazam..tidak kira sekecil mana majlis berkaitan anak2..
Tak kira sukan, hari apresiasi kecemerlangan, mesyuarat ibu bapa dan guru2..Saya akan pastikan saya akan hadir..
Jika tidak saya..Ain saya mohon bercuti ntuk menghadiri..
Saya berazam untuk berusaha mencari ruang masa untuk anak2 ..untuk keluarga..
Saya tidak mampu mengembalikan ruang masa saya dengan Najwa..Tapi jika saya berusaha dengan bersungguh2 ..
InsyaAllah dejavu ini tidak akan terjadi pada anak2 yang lain..
Alhamdulillah..Allah perkenankan doa saya..
Bila saya mampu untuk memberikan persaraan bagi Ain untuk berada di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa..
Hijrah kami ke bumi UK..memberikan saya lebih banyak masa untuk bersama anak2..
Yang paling beruntung pastinya Adam dan Awwab kerana semenjak lahir kedua mereka tidak akan pernah tahuyang mama mereka pernah satu masa dulu bekerja..
Dari lahir mereka ada Mama sepenuh masa..
Semuanya kerana Najwa..
Kalaulah kita terbuka, banyak sangat yang boleh kita pelajari dari anak2..
Persoalannya adalah.. Terbukakah hati kita untuk belajar dari mereka?
I am a convenional family man..
my family is my life..
Mereka amanah Allah kepada kita..talian hayat kita selepas kita kembali yang tak pulang2 lagi..
Bila kita menutup mata..
Jangan kerana kesibukan kita...kita abaikan hak masa untuk mereka.
Hingga satu ketika..mereka nanti tidak ada ruang masa untuk kita..(Nauzubillah)
Kerana kita sibuk dengan pelbagai urusan.
Mereka belajar dengan contoh tauladan dari kita.
Kita kan idola mereka?
Tanyalah hati nurani.. Kerana hati nurani tidak akan pernah berdusta.
Apa yang kita sibukkan sebenarnya?
Apa yang anak2 akan kenang tentang kita bila kita tiada lagi di dunia..
Tanyalah...
Tanya...

No comments:

Post a Comment