Thursday, 13 August 2015

SAHM VS FTWM

Ingat ek istilah ni :

SAHM - Stay At Home Mom
FTWM - Full Time Working Mom

Cik Yan pernah bekerja dan skang ni tak bekerja. Jadi dedua perasaan menjaga anak dengan status SAHM & FTWM dah pernah Cik Yan lalui.

Kali ni entry berkisah general bukan melibatkan perasaan Cik Yan tapi juga apa yang Cik Yan alami, baca dan apa kawan2 rasa.

Dear ALL,

Stop blaming status wanita2 ini. Setiap dari status ni mempunyai perasaan bercampur baur yang mungkin Allah je tau sebab sang suami takkan pernah nak faham melainkan jika isteri orang lain ataupun pekerja.

Suami..jangan mengidamkan isteri menjadi surirumah sekiranya diri tidak mampu berjanji untuk melayani kerenah mereka sama seperti sebelum tu. Perasan tak ketika isteri bekerja, tatkala dia balik rumah sama ada terus terpacak depan rumah sebab kena balik sendiri ataupun suami jemput depan opis mesti mulut dia ghairah berciter tentang hal opis. Perempuan itu buat itu buat ini..nak cili mulut leader la, nak sound mamat itu la, nak tumbuk mamat ini la..macam2 kan. Korang, suami pun layan jelah pot pet2 isteri sesambil menegur kotla ada yang salah isteri tapi tak sedar. Lagi2 ada anak kecik..masa tu je isteri rasa masa bertenang dengan suami tanpa jeritan anak2 kecik yang comel.

Wanita bekerjaya pula..tatkala diri sedang berpeluang meniti kejayaan ada saja halangan menjelma. Ada juga yang disindir seperti melupakan status isteri bagai dan tak kurang juga ada yang konon nya menerima perancangan tak sudah2 tapi tak terlaksana lagi pun tentang mempunyai isteri duduk rumah bercucuk tanam jaga keluarga bagai. Tabahla sang isteri bekerjaya, kuatkan la hati untuk membantu mencari rezeki dan biarkan la suara sumbang2 itu.

Kadang2 mereka yang mengidamkan isteri jaga keluarga, duk rumah bercucuk tanam tu terlupa akan status kerjaya bukan di opis saja..Kalau buka butik bagai tu pun kira bekerjaya gak jadi sila berhati2 ketika bercerita tentang perancangan keluarga anda ya...

Apa perasaan Cik Yan ketika mempunyai status FTWM? Rumah kami dipasang CCTV ya untuk memantau pergerakan maid dan Mia ketika itu. Ada juga beberapa kali sesuka hati maid bawak masuk anak buah dia kerana mak budak tu kena mengemas rumah jiran kami. Belum lagi dengan keadaan orang antar baju2 dari rumah maid untuk di basuh dan menggunakan dryer tapi tak bagitau pun. Even masa mertua dan abang sepupu ada rumah pun dia berani buat gitu. Sama juga memasak menggunakan peralatan kita untuk kenduri di rumah dia. Sabar jelah kan..mujur takde yang memudaratkan Mia. Tu ragam maid datang gi balik. Maid yang duk rumah kadang2 Cik Yan musykil sape maid sebab ada yang tak reti guna mesin..makan kena siapkan semua....ada 2 kes..maid tua cepat tangan..sian Mia dan maid muda lak leh masak2 letak Mia sebelah tempat pisau. How do I know? CCTV.

SAHM pulak? masa memula kan, En Suami still hire maid sebab Cik Yan pregnant. Ada la yang macam pelik. Ada gak yang bertanya eh apa je maid tu buat kat rumah, apa je keje ko? Mulut!!!! pastu satu hari tu Cik Yan tanya apa isu dia? Salah ke kalau ada maid walaupun tak keje? Bukannye bayar gaji mintak orang. Tapi pelik, kata orang gaji kita, kalau nak guna perkhidmatan dia jugak hulur2 la skit kat dia dan bukan bergantung pada gaji yang kami berikan. Kata berharta tapi BERJIMAT...orang yang asyik citer ada harta sana sini tapi berjimat melampau tu kategori KEDEKUT dah...

Perbezaan perangai Mia masa berhenti keje? Mula mulut bising dan boleh belajar sesuka hati sambil kita melayan. Muhammad? budak tu siang malam nampak mama je kan..Hahahah.

Tapi kan, still ada perasaan, kerisauan kotla anak yang duk dengan kita sentiasa manja melampau, tak rajin belajar atau tak berdikari. Yes, sometime terasa gak bila kawan citer anak i pandai pakai baju sendiri..anak i makan sendiri bagai. I tried. Tapi tak sampai hati tapi bila keadaan memerlukan, Alhamdulillah Mia boleh je handle so apa yang Cik Yan mampu buat dan selalu cakap "Mia ingat tau kita buat macam mana. Nanti bila Mia besar, Mia leh buat sendiri, skang belajar je ek". Mia juga Cik Yan hantar ke Taska bawah rumah ni untuk berkawan2 dengan budak lebih kurang umur. Memang ada perbezaan gak sebab bila jemput balik, excited dia nak cerita walaupun tak pandai cakap.

Perancangan Allah adalah sebaiknya. Jika ditakdirkan kita FTWM, redha je tapi sentiasa la utamakan anak juga kan. Kalau keadaan kerja sangat sibuk, luangkan la hujung minggu bersama mereka. SAHM lak, dont feel down..jangan menjauhkan diri dari teman2..setiap status ada je perasaan terpendam semua. 



No comments:

Post a Comment