Friday, 26 April 2013

3 liter air

Sejak mula mengandung sampaila skang, Cik Yan suka tanya sesape yang ada pengalaman atau sesape saja yang sudi berkongsi ilmu tentang kandungan, bersalin, pantang dan wat masa ini tertumpu kepada penyusuan badan. Alhamdulillah hidup ini dikurniakan dengan teman2 yang sanggup berkongsi ilmu dan ada juga sebahagian yang menjadi rapat dek kerana nak kongsi ilmu ni. Memandangkan Mia menyusu badan, Cik Yan sentiasa nak tahu cara untuk memastikan susu cukup untuk Mia dan juga Mia dapat menikmati zat2 untuk pembesarannya. Teringat saat bertegang leher dengan En Suami yang risaukan tumbesaran Mia tambahan lagi Doctor mengeluarkan ayat "jika mahu, boleh top up dengan sedikit formula dalam 1 oz setiap penyusuan". Bila diingat kembali dan ketika ini, rasa bahagianya perjuangan itu mendapat sokongan padu dari En Suami. Ya, faham. Rata-rata suami inginkan yang terbaik untuk isteri dan anaknya tapi bila kita berselisih pendapat, harus pada benda yang betul. Manis sungguh ingatan itu tambahan lagi En Suami tanya jika Cik Yan sudi berkongsi pandangan dengan pekerjanya yang dah mula campur susu padahal umur anaknya masih muda dari Mia.

Bila menyusu badan, maknanya kita kena makan makanan berzat dan juga minum air yang banyak. Betul ada supplement ataupun pil untuk milk booster dan Cik Yan sendiri amik Shaklee tapi bagi Cik Yan itu sekadar untuk mencukupkan diri dengan zat2 supaya mencukupi untuk proses penghasilan susu badan. Kita kan bekerja jadi ada masa2 kita kurang endah akan pengambilan makanan kita mengikut pemakanan seimbang jadi amikla pil vitamin mengikut kemampuan dan tujuan. Kawan baik Cik Yan sentiasa memesan supaya sentiasa ingat tujuan kita nak menyusukan anak dengan susu badan selama yang boleh dan tak lupa pesan agar minum air minimum 3 liter. Jadi kat entri ni nak share camner Cik Yan dapat pastikan pengambilan air minimum 3 liter. 3 liter air itu adalah air masak bukan air kopi atau air sirap ke semua tu. Tengok macam lembu dan haiwan yang lain, mereka minum air je kan untuk penghasilan susu. Ala cakap pasal lembu, emo lak jap sebab terbayang siannya anak lembu tak dapat kolustrum sebab kita rampas dan bagi kat anak manusia.

Sejak mula menyusukan Mia, memang dalam blog atau memana jurnal penyusuan ibu dah pesan agar minum air yang banyak kan jadi Cik Yan amalkan ketika nak menyusukan Mia, minum satu mug air masak, pastu standby satu mug lagi untuk minum sewaktu penyusuan dan selepas baby kenyang, minum lagi 1-2 mug sebab dahaga. Masa tu tak dapat sukat la berapa banyak tapi rasanya cukup sebab Mia banyak kali menyusu dan bekas air masak Cik Yan cepat je abis padahal minum sorang je tu. Tu ketika dalam pantang la, kalau orang tua mesti dorang marahkan minum air banyak2 dan kawan Cik Yan pun walaupun lum menimang anak, awal2 dah cakap minum air banyak nanti leh kembang urat ke apa semua. Harapnya tak la kan sebab kesan tak nak kembang urat tu akan mengakibatkan kejatuhan susu dan juga sembelit. Tak sanggup kot sembelit time pantang dengan keadaan kita baru bersalin tu. Pantang larang orang tua, perlu kita kaji akan sebabnya, keadaan dan akibat pada badan kita ketika ini. Kalau dorang pesan jangan mandi air sejuk tu, ikutlah sebab Cik Yan yang tak suka mandi air panas pun terasa selesa ketika dalam pantang tapi cuba skang, jangan harapla nak membiarkan diri mandi air panas selalu.



Eh jap, bila dah type pepanjang, macam promo lak barangan ni kan..Takpela sambung je citer 3 liter ni. Cik Yan beli bekas air tupperware kerana warna purple nya dan berkapasiti 1 liter. Memula nak je carik 2 liter kan tapi bila fikir balik, amboi saje je kan nak duk je melebarkan punggung kat depan pc opis tanpa berjalan top up air. Maka memadai la dengan purple 1 liter sebab masa tu beli pun pasal nak purple je. Jadi bawak gi opis, datang pepagi isi penuh sampai takde ruang kosong dengan anggapan cukup 1 liter. Pastu Cik Yan buat air kopi (minuman wajib - ini kerana ia adalah milk booster Cik Yan). Ramai dari dulu menegur kerana jumlah sugar cube yang dimasukkan ke dalam air kopi Cik Yan tapi Alhamdulillah time pregnant, tak kena minum pun air glucose tu dan blood test result pun tak menakutkan Dr Ashar. Jadi kerana itu, sentiasa Cik Yan beranggapan untuk flush balik akan kemanisan atau lambakan gula kopi itu, Cik Yan minum air masak banyak-banyak. Maka dengan itu dalam masa 2 jam diri ini, dipenuhi dengan secawan kopi eh tak 1 mug dan 1 liter air. Ada orang tanya bekas air Cik Yan bekalan berapa hari dan Cik Yan mampu menjawab Insya Allah tahan sejam je paling cepat..

Duduk opis dari pagi sampai abis keje, kekadang memang leh sampai 4 liter dek kerana bosannya atau stress nya melihat keje dan memikirkan best news selepas itu. Banyak minum air maka Insya Allah susu pun banyak sampai kekadang alamak...botol tak cukup..Ada orang cakap dia mengalami masalah penyusuan tapi bila tanya apa ikhtiar nya, jawabnya banyak pada malas. Ada tu susu ada tapi dia lagi rajin nak bagi susu botol pada waktu malam kerana cepat kenyang dan dia leh tido. Owh ibu...janganla camtu. Kesian anak..nape nak ajar diri kita menyekat hak anak. Kita nak barang mahal bukan main kita usaha sana sini tapi nape benda simple2 kita tak usaha all out?? Cik Yan belajar satu perkara gak, kekadang kita ni rasa kita cukup mampu maka kita cepat aja nak belikan susu tepung dan beri pada anak tanpa usaha dan kaji mana silap kita. Ada tu lebih kepada fikir nak badan kecik je sampai merosakkan diri sendiri tanpa sedar dan ada yang berkira dengan anak dengan tidak sudi luangkan masa untuk menyusukan anak dan berkira untuk berjaga malam. Memangla Cik Yan pun alami keadaan sakit pinggang, sakit belakang sebab Mia menyusu lama tapi apa yang kita rugi? bukan sakit sampai jadi lumpuh..anak kita tu, amanah Allah. Jika kita korbankan segalanya, Allah permudahkan kehidupan kita dengan syarat Doa je selalu dan Redha akan ketentuanNya. Sorang ibu ni memang doktor pun kata tak dapat nak bantu untuk banyak kan susu tapi dia masih berusaha dan sudahnya masih mampu nak bekalkan 3 botol susu badan setiap hari pada pengasuh anaknya. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Bayang jela bila kita tua nanti, anak pun berkira ngan kita..Bayang jelah kat padang Mahsyar, anak tuntut hak nya dan kita boleh jawab, usaha kita sekian sekian tapi itu sahaja rezeki yang ada yang mampu kita bekalkan. Susu takde, doktor kata tak de masalah pada badan, amik supplement. Tak mampu, kaji diri sendiri tentang pemakanan kita, carik milk booster..Kalau susu ada sikit, sebelum jadi langsung takde, cecepat buat power pumping, tandem nursing semua. Gunakan masa tak keje tu dengan mengepam..bagi Cik Yan baby yang dah minum susu tepung sempat lagi untuk kita usaha sebab time dia menyusu tepung tu, kita pam dan pam dan pam..Long weekend? tak yah la nak jenjalan atau overnite memana..time tu kita bangun pepagi dan pam..kalu dapat suami kaki bola lagi best..ada peneman di waktu pagi yang mana hormon prolaktin sedang banyak tu. Macam Cik Yan kesian lak kat En Suami sebab bila dia perasan Cik Yan bangun pam, dia pun ikut kuar bilik dan teman..Bila di tegur dia kata dia hanya mampu teman je sebab tak mampu nak bagi susu badan kat Mia. Mana tak semangat Cik Yan nak bangun pagi kan sebab En Suami sangat hargai apa yang Cik Yan buat. Dan yang tak leh tahan tu skang kat rumah penuh dengan makanan instant yang ada khasiat lebih sikit dari maggie sebab En Suami nak elak Cik Yan dari masak bebenda sesusah ketika lapar di awal pagi.




Ku Jatuh Cinta : Cinta Materialistik

Cinta ini adalah cinta yang leh berubah-ubah.
Ianya bukan cinta Sejati,
Ianya bukan cinta Abadi,

Ianya cinta Materialistik...




Saturday, 6 April 2013

Tabungan masa perlu

Alhamdulillah, asyik bertangguh je pastu bila rajin tengok2 system down, akhirnya berjaya gak buka akaun Mia Deena.
Simpan sesikit lelama banyak la dan semoga Mia Deena akan minat menabung jugak. Cik Yan takleh la nak janjikan kat Mia Deena duit berjuta in 16 years or what so ever tapi Insya Allah Cik Yan akan pastikan duit sentiasa masuk supaya leh la membantu sedikit bila keadaan Mia Deena memerlukannya.

Kenapa Maybank? Mudah Cik Yan nak Maybank2u je almaklumla malas nak gi kaunter selalu. Jangankan kaunter, ATM pun jarang gi tu yang sampai En Suami kena kuar duit bagi Cik Yan selalu sebab isteri dia malas amik kat ATM tapi tang transfer2 semua akaun Cik Yan rajin handle.

Pasni meh kita pakat Mia, kalau Ayah cakap nak simpan deposit untuk another motor, kita cecepat mintak dia masukkan dalam akaun Mia dengan alasan untuk masa depan tapi kalau Mama nak beli handbag baru, Mia jangan lak nak against Mama..Hehehe.


Wednesday, 3 April 2013

First entry for April 2013

Satu hari yang indah, Cik Yan buka web page beg kegemaran Cik Yan dan lalu terjatuh hati pada si Metis ni. Tanya kawan semua kata cantik dan lalu menyimpan perasaan nak memilikinya. Masa tu mula tertawa sendirian kerana sebelum tu inginkan beg lain dan kisah lalu teringat kembali kerana Cik Yan tahun lepas nak gak beg dari satu kedai ni tap En Suami tak berkenan dan sudahnya dapat Kusama...Ketika ini, terfikir mungkinkah terjadi..hahaha.


Langsung gambar di whatsapp kepada En Suami dan reaksinya menggembirakan. Terus call customer service tanya details dan em..tak jadilah..dahla mahal pastu bukan special edition or limited..Cik Yan pun cakap nak beg yang Cik Yan tunjuk sebelum tu tapi sudahnya beg tu dah tak jual lagi dan Cik Yan malas la pulak nak gi cari kat kedai  tempat lain kan..

Hujung minggu baru ni En Suami tak sudah- sudah menyatakan rasa bersalahnya kerana tak dapat sesama jaga Mia. Bagi Cik Yan tak jadi isu kerana dia gi keje kan..bukannya kuar jenjalan sesuka hati atau buat aktiviti yang dia suka tanpa kira ada anak atau tak..Pastu kuar la statement, ada rezeki nak jugak la belikan Metis tu. Cik Yan terdiam jap, murahnya rezeki Cik Yan kan walaupun cuma pernyataan dia. Namun, Cik Yan terpaksa menolaknya kerana kalau ikut gaji sendiri, tak mungkin Cik Yan akan beli.

Pagi Isnin, dek kerana demam maka tak gi la keje kan..Mia pun sedap je golek menyanyi sebelah Cik Yan sambil kaki tu angkat golek ke Cik Yan. Sebab Mia dah bangun, kenala mama dia bangun dari katil gak dan ketika Mia dimandikan, Cik Yan pun mulala buka internet dan mula terfikir akan benda yang boleh dibeli dengan harga Metis tapi boleh digunakan untuk seisi rumah atau manfaat nye menyenangkan kami. Maka mulala minta kebenaran dari En Suami dan semuanya Ok je...

Memandangkan Mia ibarat puteri lilin takleh kena panas, maka nak tambah lagi kipas lantai sebab hari tu tergoda tengok kat kedai ketika beli vakum yang baru..Kipas tak de bilah dan harapnya adalah warna warni kan...ada adik opis tu cakap, siap AlphaBET leh melompat dalam tu tanpa perlu kita risau...


Pastu nak mesin jahit walaupun Cik Yan tak la pandai menjahit tapi keperluan  mesin jahit tu ada. Yelah, nak buat baju sendiri mungkin tak boleh walaupun dulu dah masuk kelas menjahit tapi setakat nak jahit lurus boleh kot. Mana tau nanti leh jahit langsir biasa-biasa je sebab jahit lurus. Cik Yan siap nak yang ada ciri-ciri leh jahit butang almaklumla kekadang kat kemeja, blouse atau baju Mia tu butang longgar..kalau ada ciri ni, takyah la guna tangan..heheh


Lagi lak membayang belajar jahit guna you tube, internet ke macam Cik Yan belajar baking..ok kan..tak pun buat bantal sendiri sebab nak beli sendiri bantal kekabu sangat mahal dan saiz tak ikut standard Cik Yan..takat nak beli kekabu tu, kat Pasar  Keramat pun ada jual...bukan Cik Yan tak biasa masukkan kekabu dalam bantal..dulu tulah keje Cik Yan bila tengok bantal lembik, kekabu ada..apa lagi..sumbat sampai rasa tak lembik dan tak over karang tak pepasal meletup bantal tu.

Apa lagi nak...oh ya Cik Yan order beg dari kain buatan kawan Cik Yan. Asalnya nak buat beg telekung dulu tapi tengokla kalau cantik sangat dan sedap pada bahu, leh jadikan beg outing dengan Mia. Cuba nak tukar style pakai beg buatan tangan..bukanla tangan bebetul tapi mesin...pastu leh ar order ikut kain yang dia ada pastu yang mana leh mix ngan baju2 keje Cik Yan..

Cukupla kot..nak breadmaker tapi rasanya takat guna voucher Lazada je kot sebab tak tau nak beli apa. Barangan kek dia pulak nampak macam tak tahan lama je jadi baik gi kedai beli dan pilih sendiri kan...Duit selebihnya yelah ada peruntukan leh ar mintakkan, nak dijadikan duit tabungan la..lagi bermakna kan...