Wednesday, 22 February 2012

En Suami gi belajar...jap je..

En Suami ada course DP kat Singapore tapi tak dapat nak ikut sebab faktor keje dan juga merasakan kerugian tidak dapat ke Universal Studio Singapore kerana dia attend course. Kalau gi sesorang, sape nak amik gambar Cik Yan lompat2 walaupun dulu dah pernah gi sekali.

Sekali kan..bila dia dah sampai sana, Cik Yan dapat tau melalui blog yang Cik Yan suka baca tu yang kedai2 barang2 baking dekat ngan area dia duduk/ belajar. Terus sms cakap next course, Cik Yan sanggup melepaskan cuti2 Cik Yan, memisahkan diri dari AlphaBET kerana nak membeli barangan baking. Dia lak dengan baik hatinya cakap nanti dia lepaskan Cik Yan untuk berbelanja kasut ke apa ke tapi gi sorang2 la sebab dia belajar kan. Ok apa kan sebab kawasan shopping dekat MRT jadi xdelah dia nak risau. dari hotel naik MRT shopping2 pastu balik MRT lagi..Dia cakap gak yang hotel tu 5 minit je jalan kaki gi food court..lagila Cik Yan suka kan dapat makan dan makan sesuka hati.

Tapi kan..apala sangat Cik Yan leh shopping kan..dah tebukti gagal dah hari Sabtu lepas. Konon nak berbelanja sesuka hati sebab En Suami buzy tapi sudahnya beli kasut sepasang je terus teringat AlphaBET. Tengok barang lain semua macam takde tarikan je..

Dah dua hari En Suami kat Singapore tu tertiba teringat sesuatu dan terus sms En Suami dan jawabnya nanti dia survey dan tengok harga tu tapi tak janji beli. Seronok tu dengar almaklumla Cik Yan cakap itu upah kerana menguruskan hal pemergian dia ke Singapore dan juga hotel dia. Okay ar tu kot sebab tak mintak pape sangat pun..Dia yang offer nak bawak balik sup tulang merah ngan murtabak zam zam dari Arab Street tu. Cik Yan kan pencinta makanan walaupun sedar badan dah bertambah-tambah besar (program exercise akan dimulakan tidak lama lagi).

Hari ni En Suami survey semua tempat yang berkaitan dan hasilnya sedih..ada tapi tak available..apa maknanya? Stock ada tapi orang dah booked pastu lak size yang ada tu katanya tak sesuai untuk Cik Yan. Kecoh2 kat facebook Cik Yan dan tiba2 dapat offer yang menarik dari kakak opis yang comel..Kebetulan En Suami call dan apa lagi ibarat bertih jagung Cik Yan berciter kat dia..Hasilnya...kalu ada rezeki..kalu ada stock..kalu orang itu tak keberatan dan sudi menolong...RAYURES Neverfull leh menjadi milik Cik Yan.. 

Sebab dapat green light ni kan..boleh pulak kat facebook ada iklan orientation program for Harley owner..terus Cik Yan tanya details and offer En Suami nak join tak..Ok kan...Cik Yan dapat green light untuk pesan kat kawan beli beg tu dan En Suami Cik Yan registerkan untuk kelas Harley dia..

Terasa comel lak Cik Yan ni...


No comments:

Post a Comment