Wednesday, 24 September 2014

Siti Nordiana - Kasihmu Seakan Berubah

Normal la kan ada masa-masa kita terasa macam-macam lagi lak di kala hormon terlebih atau terkurang.

Lagu ni sebenarnya memang Cik Yan suka dari zaman tak kenal En Suami pun tapi lately bila ada orang mengadu kisah pasangan, Cik Yan terus ingat lagu ni. En Suami dulu-dulu ada cakap..dia tak cakap pun, banyak gak terbaca kalau kita asyik fikir buruk, ibarat kita mendoakan benda tak baik menjadi kenyataan. Sanggup ke terima?

Lagi satu jangan kita berbicara tentang tanggungjawab suami kalau kita sendiri ada kurangnya. Jangan nak suami jadi ibarat Saidina Ali kalau diri sendiri tak boleh menjadi ibarat Saidatina Fatima.

Hidup rumahtangga, takde sapa tau kemana hala tujunya.. Sabar dan  Tawakal supaya rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga walau ada masanya kesabaran teruji kan..




Monday, 8 September 2014

Craving List

Diam tak diam, Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 25 kehamilan kedua, kiranya dah nak masuk 6 bulan la kan. 3 bulan lagi Insya Allah akan lahir seorang bayi lelaki, sepasang dah tu..pastu leh tengok mana lagi lasak, Baby Mia ke Baby Jr ni.

Too much things kot yang Cik Yan rasa kena buat kalau berkesempatan dan makan dan minum sebelum kembali kepada keadaan pantang 44 hari dan pantang setahun..bye-bye air sejuk..bye-bye laksa..Insya Allah nekad ni untuk melakukan apa saja sama macam Baby Mia dulu.

Kekadang, En Suami macam tak perasan kot yang Cik Yan ni dah macam kesuntukan masa...hahahhaa. Bukanla penting sangat tapi kekadang ok apa beri keutamaan pada Cik Yan yang sedang membawa kandungan ni. Kekadang rasa macam dia pun rushing siapkan apa yang dia nak as if dia yang akan berpantang later on padahal masa dia panjang la sangat. Tu yang a bit upset bila dia sibuk plan for long ride dengan kenkawan tanpa fikir soon, my wife akan terkurung dalam rumah..soon my wife akan hadap insan kerdil dan insan kecil yang aktif..soon my wife dah xleh nak kuar sesaja sebab dia nekad nak susukan baby selama 2 tahun..why not i fulfill dulu apa dia suka, why not i kurangkan keje dulu, kurangkan jumpa orang waktu malam, kurangkan aktiviti yang memenatkan supaya dapat cater bila isteri kata nak itu..nak ini..Tapi tulah keadaannya..kalu fikir sentiasa rasanya Cik Yan akan jadi wanita mengandung yang sentiasa dalam kesedihan kot..

Cik Yan pun, kekadang amik mudah, konon kandungan kedua jadi barang macam tak perlu nak siapkan sangat macam masa Baby Mia dulu tapi sebenarnya banyak juga barang Mia yang dah xleh guna pakai atau kena improve. Tak tau nape..mesti Baby Jr sedih kan tengok macam Cik Yan tak excited prepare things for him. Whyla Cik Yan too depends kat En Suami ek padahal dulu main beli je, mungkin pasal masa Mia dulu dia xde so Cik Yan nak kali ni dia involve, pilih untuk baby tapi tulah jadi gini..he is too buzy and tertiba rasa sedih sebab Cik Yan being unfair..Bila tengok staff En Suami bawak isteri turun KL untuk survey barang, siap plan lagi nak datang time Baby Expo bagai, rasa cemburu gak tapi dalam hati tertanya, will he do the same for his next baby?

Next week baby, after our appointment with Dr Ashar, mama will all out for you. Nanti mama buat list dari minyak telon sampai la apa saja yang mama fikir perlu untuk anak mama. I knew one things for sure, Insya Allah when u came into our house, rumah tak teruk masa Baby Mia mula masuk. Sian Baby Mia dulu sebab rumah berhabuk sebab ayah kemas separuh jalan, bulu kucing bersepah sampaikan at the age of 12 days old, Baby Mia disahkan ada minor lung infections..Alhamdulillah sekejap je dan sampai skang kalau mama tanya Dr Iean, (yes, baby! Dr Iean akan jadi your pediatric jugak) Baby Mia tiada masalah peparu setakat ni.

Okay..ni craving list yang lepas ni kena pantang setahun atau selagi Mama tak ngandung kali ketiga..atau bagus tak buat sebab tak nak mudaratkan Baby Jr atau memang mama nak sangat walaupun boleh je lepas bersalin..


  1. Makan apa saja sebab mama tak tau apa yang sedap kat Dip N Dip.
  2. Laksa
  3. Melepak kat Baskin Robin, makan suka2 
  4. Jenjalan kat Johor (Legoland, Hello Kitty World)
  5. Jenjalan kat Sabah ke Langkawi ke Penang ke..bosanla East Coast je. 
  6. Jenjalan Melaka. Nak gak balik Merlimau sebab situ sah2 ada kehijauan luar rumah (i miss tempat dibesarkan dulu)
  7. Hong Kong Disneyland
  8. Makan ketam..(ni sebab kes dah lama tak makan..hahahah)
  9. Breakfast at Coffee Bean (cukupkan makan 3 set breakfast yang biasa) 
  10. Bawak Mia lelari kat garden tak kirala Botanical Garden, Tasik Perdana, Tugu Negara ke..
Craving tu ngidam kan..maksudnya apa yang orang pregnant sibuk terasa nak makan tapi Cik Yan punya mengidam campur aduk..tapi yang penting dapat buat best kan..tak dapat buat sebab ada orang buzy nak buat camner. Pasrah..bukan Redha..

Tuesday, 15 July 2014

Pengalaman memang mendewasakan pemikiran - Cik Yan la

Cik Yan baru je siap kuarkan biskut terakhir dari dalam oven. Semerbak bau kopi sebab Cik Yan gunakan coffee oil dalam biskut coklat chip Cik Yan. Rindu akan pada rasanya kerana tahun lepas Cik Yan tak buat satu kuih raya pun dan bergantung pada kuih raya beli sepenuhnya. Kali ni Alhamdulillah dapat membuat sendiri walaupun ada gak beli..at least ada gak buat kan...kan...Buat biskut kali ni mencabar sikit tapi seronok sebab ada assistant kecik yang sibuk nak menolong tapi dia tak buat sepah pun. Bila cakap aippp..terus angkat tangan...serius..percaya ke Mia angkat tangan? Hehehe..

Memula hari tu buat biskut sarang semut sebab biskut ni menjadi kegemaran adik Cik Yan..masa tu memang Mia dah tido dan Cik Yan bancuh untuk 2 adunan terus. Nasib En Suami takde, rasanya dia gi Kuala Terengganu untuk presentation tujuan Nautica Medicare ditubuhkan dan notis Jabatan Laut mengenai Medical Chest untuk setiap ahli kapal..Aktiviti baking mula kul 11.30 malam dan selesai pada waktu sahur..Mia yang bestnya tido terus takde bangun mintak susu atau terasa Cik Yan tak tido sekali. Budak dah besar, nak dapat adik pun Insya Allah December nanti..nyenyak tido dengan selimut dia..

Teringat masa Mia kecik dulu, lebih tepat lagi lepas Cik Yan tamat tempoh pantang, En Suami ajak jenjalan gi Mid Valley. Hati gusar je sebab kira itu pertama kali membawa Mia kuar dari rumah selain dari gi spital untuk appointment. Baru nak seronok tertiba Mia nangis nak susu..jenuh menahan diri sebab terkejar mencari kawasan yang ada nursing room. Cik Yan boleh biarkan Mia menangis sekuatnya walaupun En Suami dah kata susukan je dekat seat ni (ada satu kerusi rehat, tersorok sikitla dari orang) tapi Cik Yan enggan. Bila sampai nursing room..kesiannya tengok Mia yang betul-betul dahaga..kejam nya Cik Yan. Sejak dari tu memang Cik Yan tak nak berjalan sesaja kalau takde nak beli pape..

Tapi tu berubah bila En Suami insist gi bercuti di De Colmar Bukit Tinggi dan siap pancing bagi Cik Yan booking suite..Masa tu cuti Tahun Baru Cina dan Mia baru berusia 3 bulan kalau tak silap. Sebab sejuk la jugak, Cik Yan angkut shawl bersama ketika nak gi buffet dinner. Seperti biasa baru je nak duduk kat meja menikmati makanan..Mia uwekkkk nak susu dan nampak gak la kerisauan En Suami seperti membayangkan Cik Yan lari ke bilik..Cik Yan pun amik shawl dan amik Mia sambil makan (En Suami amikkan makanan)..Jadinya Mia kenyang menyusu, mama kenyang makan..sejak dari itu..shawl memang dibawa kalau pergi ke mall atau memana yang ada orang ramai.

Bila pertama kali jadi ibu, ada yang begitu yakin ke sana sini dengan bayi kecil. Habis pantang je terus berjalan sakan sebab selama dalam pantang terkurung. Cik Yan rasa kali ni Insya Allah tau dah nak buat camner kalau baru je jalan tak jumpa lagi nursing room tapi baby dah nangis bagai..baju skang pun dah banyak fesyen yang nursing friendly jadi xlah terlampau  banyak nak kena cover ketika menyusu di tengah orang ramai..oooo baby...kita tunggu December ni dan selepas mama abis pantang ek...tengok ada benda baru untuk belajar atau boleh dipraktikkan tak..