Sunday, 13 April 2014

Resepi Makanan Mia : Salmon Footballs

Ada satu masa dulu gi Ikea pastu membeli karipap kat kaunter ngan salmon ball. En Suami kata try bagi Mia since Cik Yan suka dia makan salmon kan..memang la berat rasa hati sebab benda bergoreng kedai kan tapi lepas balut2 ngan tisu..kasi chance la budak tu makan selepas Mia patah hati tak dapat lepak kat Shabak dia tu.

Jadinya bila Mia suka makan, En Suami lak tanya tau buat tak jadi camni makanya terus post kat Facebook la kan kot2 ada sesapa tau resepinya walaupun kekadang rasa macam ada je jawab GOOGLE. Tang I mintak resepi suka je jawab GOOGLE, tang I post gambo makanan senang je mintak resepi..maknanya nak la TESTED RECIPE kan..Takpe ..jangan risau..walaupun ku bising2, mengomel2 tang ni..Insya Allah Cik Yan masih akan share selagi boleh sebab tak nak la orang lain alami nasib yang sama macam Cik Yan.

Bila carik tak jumpa..otak pun ligat nak buat mcm fishball tu walaupun memang terasa lain tapi satu hari tu masa carik resepi fish pie, terjumpa resepi ni. Makanya Cik Yan cuba dulu dan orang gaji kata Mia suka sangat makan. Alhamdulillah walaupun tak ikut resepi asal sebab banyak lagi yang Cik Yan fikir Mia tak perlu makan, tapi dia leh makan jugak..

Okay..Cik Yan bagi full recipe in case orang lain takde restriction tang pemakanan anak kecik ni. Tak rugi ikut tak rugi jugak tak ikut sebab yang penting kita pelbagaikan jenis makanan bukan dah restrict pastu limited to certain food.




Malas nak translate gak
  1. 1 medium potato, unpeeled (approx 150g)
  2. 70g salmon fillet
  3. A squeeze of lemon juice
  4. A knob of butter
  5. 2 spring onions, chopped
  6. 1 tsp sweet chilli sauce (optional) – tak letak..
  7. 2 tbsp tomato ketchup – tak letak..
  8.  ½ tbsp mayonnaise
  9. 1 tbsp seasoned flour – tak tau apa ni sebenarnya..hahahah
  10. 1 egg, lightly beaten
  11. 50g breadcrumbs –
  12. 2 tbsp sunflower oil for frying
  13. Salt and freshly ground black pepper (from one year) – Garam x letak tapi pepper tu bukan takat black, white pun ada.

Cara buatnya..yang asal….
  1. Boil the potato in lightly salted water for 25 to 30 minutes until tender when pierced with actable knife.
  2. Drain and when cool enough to handle, peel and mash.
  3. Cook the salmon in the microwave for a couple of minutes with the squeeze of lemon juice and knob of butter. Flake onto a plate and leave to cool slightly.
  4. Mix the potato with the spring onions, chilli sauce, ketchup, mayonnaise and salt and pepper to taste.
  5. Fold in the flaked salmon, being careful not to break the fish up too much.
  6. Take tablespoonful of the mixture and form into small cakes. Dust in seasoned flour.
  7. Heat the oil in a non stick pan and fry the fishcakes for 2 to 3 minutes on each side until golden.
  8. You can shallow fry the footballs in 2 tbsp of oil but they won't keep their round shape so well.

Cara Cik Yan macam ni :
  1. Rebus kentang dan pastinya tanpa garam (sebab Cik Yan guna 5 biji kentang untuk buat Fish Pie sekali). Kalu setakat sebiji dua, Cik Yan kukus je pakai Avent tu.
  2. Ikan salmon tu Cik Yan perah limau nipis (saje tak nak amik lemon kat peti ais luar) pastu Cik Yan letak butter. Kulit dia nanti garing dan sedap makan gitu je..hehehe
  3. Kentang tu yang dah lembut  lenyekkan tapi jangan halus sangat macam buat mashed potato tu dan gaul dengan daun bawang, mayones skit ngan pepper.
  4. Pastu salmon tu Cik Yan lenyek je kasar2 guna garpu dan gaul dalam kentang tadi tu.
  5. Amik telur, pukul ala kadar (Cik Yan guna jari je janji pecah telur kuning tu). Dalam bekas yang lain siapkan breadcrumb (Cik Yan campur daun thymes sikit..naper? ntah).
  6. Dah tu kepal2, golek2 ngan tangan kita dedua belah kasi terbentuk dan lekat. Masuk dalam telur tu kasi selaput pastu letak dalam bekas breadcrumb tu dan buat macam kita buat buah melaka tu tang letak kelapa. Tu barula sekata breadcrumb menyelaputi kentang salmon tu..
Nak frozen boleh..nak goreng terus pun boleh. Cik Yan guna minyak banyak sebab kalu guna skit tak bulat..takpe..takpe..insya Allah tak lama lagi ada Airfryer..hahahah







No comments:

Post a Comment