Sunday, 23 June 2013

Jerebu

Semalam Cik Yan amik 2nd dose untuk HPV dengan Dr Ashar dan inilah injection yang menyakitkan bagi Cik Yan. First dose hari tu siap pening kuar je dari bilik Dr Ashar tapi mujur En Suami ada tapi kali ni Alhamdulillah, tak pening kalu tak sian Mia sebab En Suami keje.

Seharian menunggu panggilan En Suami tapi takde dan mula rasa isk dia ni taknak tanya ke..tak ingat ke isteri dia tak berapa tahan dengan injection ni. Tapi terdetik dalam hati mungkinkah cuaca yang menjadi sebab tiada panggilan. Biasanya setiap pagi dan sebelum tido pasti ada panggilan kecuali monsun atau angin kencang.

Bangun pagi ni pun sama tiada panggilan tapi dek kerana sibuk nak siapkan instant cerelax Mia lupa jap. Bila dah selesai semua keje, masak untuk sarapan pagi, bubur Mia, mandi Mia semua maka cubala call dia tapi tak berjawab jugak. Tiga kali panggilan dibuat tapi tak berjawab dan mungkin sebab time tido ke apa jadi abaikan seketika.

Masa Mia tengah makan bubur dia, pertama kali yer Mia dapat sumber karbo sepenuhnya dari nasi En Suami call. Memula saje cakap sampai hati sebab tak tanya apa berlaku semalam tapi seperti yang di jangka cuaca sangat teruk. Jerebu membuatkan udara di sana menyakitkan dan En Suami tak dapat nak lelama berada di luar semata-mata nak dapatkan talian satelitnya. 

Em, kesian kat orang yang bekerja sama macam dia dan kita ni yang duk rumah pun tak tertahan dengan panasnya, jerebunya tapi mereka takde pilihan. Pastinya syarikat perkapalan tiada kesedaran pun nak membekalkan mask untuk crew mereka tapi kita yang keje opis, yang leh gi beli atau mencari kat memana tempat akan menyongeh opis tak prihatin semua padahal mereka yang berada di atas kapal nak beli mana?

Apabila En Suami mintak update tentang kesihatan Cik Yan sebab jumpa Dr Ashar, Cik Yan cuma leh cakap yang pertemuan semalam lebih berkisarkan Mia kerana Cik Yan senang nak bertanya segala yang Cik Yan baca dan dia akan terangkan sebaik boleh. Dr Ashar juga bertanyakan jika Cik Yan ada kumpulan sokongan bagi ibu menyusu anak dan dia sangat gembira bila Cik Yan kata ada group di laman sosial, kenkawan keje, kenkawan sekolah dan juga isteri kepada kenkawan.

Bagus kan dapat doktor yang sokong penyusuan ibu ni dan bagusnya dapat kenkawan yang sudi berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan dan mendengar segala masalah berkaitan penyusuan dan pemakanan. Alhamdulillah. Selepas ni insya Allah Cik Yan pun nak jadi macam kenkawan yang sudi berkongsi ilmu supaya kita dapat sesama menyusukan bayi kita selama boleh..

Sunday, 16 June 2013

Shopaholic barang baby? Taklah..

Memandangkan punyala la lama kan nak mendapatkan Mia ni, sah2 bila dah dapat semua benda nak bagi kan. Pemakanan nak bagi yang terbaik jadi usaha lebih dalam memastikan susu badan cukup untuk dia, pam pun beli yang rasa macam terbaik, pakai bateri jadi kekadang leh memasak sambil buat stok. Baju, mainan semua macam tak terkawal je perasaan sampai boleh je buat alasan untuk memilikinya..

Tapi agaknya, penuh tak almari dengan baju Mia? Penuh tak rumah dengan mainan Mia? Dah kemas semua dan confirm mainan Mia taklah banyak mana sebab cuma perlukan satu kotak apa ntah dari Ikea tu, bear Mia ngan bear Mama tumpang tido kat katil Mia..jadi time Mia tido atau memain kat katil tu, cuma ada 2 ekor bears je.

En Suami lak selalu bila kita mintak izin itu ini, dia akan kata beli jelah, carik duit jauh keluarga sesusah ni pasal nak bagi semua kat kitorang. Jadi kalau orang dengar camtu mesti ingat kan kitorang membeli sesuka hati je tanpa limit..hahahaha. Itu hanya pada pembelian bahan basah dan buah kalau gi kat tempat bahan dapo..Jadi takde sebab la nak tahan makan kan selagi dalam kadar tak merbahaya dan tak membazir.

Ok..ni cara Cik Yan buat supaya tak melampau dalam beli mainan Mia. Cik Yan boleh la wat gini sementara Mia tak pandai demand kan cuba dah besar tapi harapnya Mia takla demand melampau. Cik Yan set kan mainan apa yang Cik Yan nak Mia main. Kalau benda untuk peluk, kategori soft toy Cik Yan saje je kata nak dari Elmo dan kenkawan. Lama yer nak cari Elmo ni dari dalam pantang sampai la umur Mia 4 bulan kot baru dapat selepas kawan Cik Yan belikan dari Universal Studio Japan. Appreciate sangat sebab dia dalam membeli barang sendiri masih lagi sudi nak belikan barang yang kenkawan pesan walaupun kawan tu tak bagi duit awal2.

Dah tau susahnya nak dapat Elmo ada hati lak nak yang lain tapi payah nak jumpa sebab En Suami keje dan tempat yang kitorang suka gi membeli memang tak jual. Jadinya takdela mainan baru kan selepas Elmo tu tapi tertiba ha...bukan takat Cookie Monster, Ernie pun ada dah sebab kawan Cik Yan kat US dok carik masa Cik Yan mintak meal set Elmo. Maka duit terbang melayang seketika tapi mujur masa tu barang Cik Yan takde nak kena beli jadi seronok jelah membayar. Ni ada hati nak Garfield lak sebab tak pernah jumpa kat Malaysia. Hahahaha.

Dari segi pakaian lak, En Suami dah pesan harga macam mana je leh beli jadi walaupun kawan menggoda, tak jalan. Pernah gak gi membeli sesorang pastu nekad nak amik tertiba datang bayangan muka En Suami yang garang. Terus tak jadi amik tapi tang baju berenang tu Cik Yan confident je sebab bukan senang nak jumpa baju renang baby.

Bila gi Jusco lak, bebaju semua harga macam En Suami cakap jadi sah la semua leh beli kan tapi Cik Yan tetapkan syarat, baju gambar kartun sekian-kian, ataupun seluar belang (suka tengok dia pakai belang2) dan syarat terakhir lak kalau semua menepati syarat meatilah ada stokin yang sesuai. Tang tu memang confirm takleh beli la sebab jarang ada stokin yang match atau sesuai sebab tapak kaki Mia panjang. Maka jimat la ruang almari mama dari kena bagi kat Mia. 

Tu la untungnya bila En Suami bagi syarat Cik Yan kena simpan sekian amaun dan hanya berbelanja menggunakan duit belanja yang diberi setiap bulan. Ada setengah orang, senang je membeli  dan bila Cik Yan tanya, dia cakap dia cuma tanya ok ke tak barang itu ini dari suami dia dan jika ok, dia belila tanpa ganggu duit suami. Kekadang sentap gak tapi lelama, itulah dia rumah tangga yang mana lain pasangan lain caranya kan...

Berbalik pada mainan Mia pulak..bila nak beli yang bukan soft toy..sesaja je set nak brand tertentu pastu bila gi kedai tengok harga, mula leh terpikir mainan tu akan pecah la..nanti dah lepas sekian umur takleh main lah sudahnya tu pun jadi sikit je cuma tang beli buku, Cik Yan tak set budget dan En Suami pun tak control sebabnya bukan mudah nak cari bahan bacaan yang sesuai dengan kita. Cuma hari tu pasal dah bosan nak bacakan buku baby, Cik Yan carik buku citer kekanak jadi bila baca takyahlah kena buat mimik muka dan suara..buku baby yang ada ni membuatkan Cik Yan kena mengembek, mengaum, buat suara katak semua sebab Mia tengok je buku tu, dia takkan puas selagi tak kuar suara sampingan tu..apa pun enjoy melayan kehendak dia tu...

Em..tu je kot kan barangan yang kita asyik nak membeli untuk bayi. Oh ya, kitorang tak go for baby accessories yang letak kat rambut semua tu even topi pun kitorang tak pakaikan sangat..headband bagai tu semua macam En Suami tak gemar je dengan alasan baby dah memang comel watpe nak beban kepala dia...

Saturday, 15 June 2013

Nape saya control...

Mia dah boleh makan skang tapi masih lagi diberi dalam bentuk puree. Makanan pertama Mia adalah apple puree yang Cik Yan steam dan blend menggunakan Avent. Mengapa apple jadi pilihan adalah kerana masa Mia takleh poo poo, Dr Iean nasihatkan agar beri jus apple yang katanya elok untuk perut dan boleh membantu proses pembuangan. Pastu bila dok baca tentang makanan pertama bayi, maka makin kuatla keinginan nak bagi apple dulu.

Walaupun Mia menghampiri 7 bulan, dia masih belum lagi di beri bijirin seperti nasi ke oat ke. Melalui pembacaan, kalau beri seawal 6 bulan mungkin boleh mengakibatkan sembelit jadi digalakkan lewat memperkenalkan sebarang bijirin dulu. Cik Yan pula memang sangat fobia kerana teringat kisah anak buah yang sembelit sampai 3 minggu kot dan apabila doktor kat kampung kata mungkin perlu dibedah, di bawa ke KL dan nasib tak kena bedah. Apa yang menjadi pengajaran apabila doktor bertanyakan kekerapan membuang dan pemakanan anak itu. Ketika itu dia sudah berusia 2 tahun lebih tapi cukup untuk merisaukan Cik Yan.

Kenapa Cik Yan control sangat pemakanan Mia sampai ada yang kata relaxla semua tu kat Cik Yan. Siap cakap lagi jangan nak takut, bagi je budak tu rasa semua bagai..Bagi Cik Yan, pemakanan awal bayi menjadikan atau menunjukkan bagaimana kesihatan anak itu nanti. Jadi tak salah mencuba sekarang sebelum anak itu menjadi pandai memilih dan tak mahu menerima. 

Cuba tengok kes anak susu badan, tapi kerap kali kuar masuk spital, tak kerana demam terlampau panas, cirit birit ataupun kerana lendir dalam peparu. Itu bagi Cik Yan kerana ibu tak jaga makan, minuman berais, berembun..sang suami elok je cakap kat isteri orang lain yang isterinya makan tak jaga, anak tak alergi tapi dia tak perasan pun mengapa anaknya kena asma, masalah perut semua takpun kerap bawa anak kuar malam ke sana sini. Kalau bernasib baik, mungkin anak takde pape, tapi kalau nasib tak baik camner?

Lagi satu yang menjadi kerisauan adalah kerana keluarga kami, belah Cik Yan dan En Suami mempunyai secara penyakit berbahaya. Keluarga Cik Yan dengan sejarah cancer dan En Suami pulak masalah jantung. Ada seorang teman pernah bagitau penyakit ni ada yang mengikut teori umur. Contohnya jika orang tua terkena penyakit itu pada usia 60, maka anaknya akan kena atau mula ada kesannya pada awal 30. Ternyata ianya seperti terkena kerana arwah ayah En Suami meninggal kerana sakit jantung pada usia 60+ dan ibunya pula menjalani bypass pada usia 65 dan akhirnya pada usia 34, abang En Suami menjalani bypass.

Jadi itu adalah sebab mengapa Cik Yan begitu menjaga pemakanan anak supaya kalau di takdirkan terkena (kata keturunan) biarlah di usia lewat jadi anak itu dapat lagi menikmati hidup usia mudanya ataupun bukan pada kadar merbahaya. Kan omputih kata you are what you eat. Jaga makan, jaga minum, hidup cara sihat Insya Allah kita leh nikmati hidup ni tambahan lagi jaga kesihatan badan pun amanah Allah gak...