Sunday, 17 February 2013

Rich Chocolate Brownies Anna Olson


Masa pantang hari tu, terjumpa la resepi ni kat website Anna Olson. Menarik perhatian Cik Yan tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan. Bila dah abis pantang pulak, En Suami sangat busy jadi tak dapat ajak ke kedai baking supply Cik Yan tu. Dah tu, asal gi Aeon atau Giant asyik lupa atau cooking chocolate dah abis. Kat rumah ni, memang langsung takde cooking chocolate, chocolate chip semua. Raya hari tu memang beli ngam-ngam untuk chocolate cookies ngan kek sikit sebab En Suami dah pesan jangan membazir bahan baking sebab tak lama nanti nak cuti pantang.

Resepi ni mudah je sebab tidak memerlukan penggunaan mixer dan juga tak berat. Yelah, kalau resepi chewy gooey gummy chocolate brownies tu terasa lenguh gak tangan nak mengacau dia. Resepi ni memang tak banyak keje dan kalau la En Suami kata nak lagi, boleh je buat selagi ada baking chocolate. Pertama kali membuatnya, Cik Yan tak letak chocolate chip sebab takde tapi Cik Yan gantikan dengan kacang macadamia yang menjadi kegemaran En Suami.

4 oz cooking chocolate (Cik Yan guna je 150g cooking chocolate)
2/3 air panas
1 cwn tepung all purpose (Cik Yan guna je tepung gandum)
1/2 cwn serbuk koko
2 cwn gula
2/3 mayones
3 biji telur gred A
1 cwn chocolate chip (Cik Yan letak kacang macadamia)
1/2 tsp garam

Panaskan oven pada suhu 180C.
Tuangkan air panas ke atas cooking chocolate dan biarkan selama seminit sebelum di whisk.
Tepung di ayak bersama serbuk koko dan letakkan garam.
Masukkan gula ke dalam campuran cooking chocolate di ikuti dengan mayones, telur sebiji demi sebiji dan whisk sebati.
Kemudian masukkan campuran tepung dan serbuk koko ke dalam dan di kaup balik menggunakan senduk atau spatula. Apabila sebati, masukkan chcolate chip dan tuang ke dalam bekas.
Cik Yan gunakan bekas 10*10*3 sebab takde bekas 9*3.
Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit atau sehingga pencucuk keluar licin. Kerana Cik Yan gunakan bekas 10 tu maka pembakaran mengambil masa 23 minit je.


Lepas ni nak try lak tanpa meletakkan sebarang kacang tapi chocolate chip. Pastu nak guna lak hershey cooking chocolate dan chocolate chipnya..sure lagi sedap kot...

Saturday, 16 February 2013

Life lepas ada Mia.

Dulu masa Cik Yan dok posting gambar kek, kuih atau apa saja dari hasil oven atau dapur kat facebook, ada yang komen Cik Yan boleh buat semua tu kerana tiada anak. Cik Yan tak lah menjawab kerana tak tahu bagaimana keadaannya jika ada anak. Tapi apa yang Cik Yan nampak, makcik Cik Yan anak 4 berderet kecik2 lagi boleh je amik order untuk baking takpun masak2 tanpa ada pembantu. Dalam masa orang komen kata takde masa nak baking atau buat kuih, Cik Yan tengok boleh pulak gi jenjalan waktu cuti hujung minggu dari pagi sampai malam. Dari situ Cik Yan simpulkan mungkin jika ada minat, boleh je kita carik masa untuk baking tapi dah kita tak minat, banyak masa pun kita takde hati nak baking.

Bila dah ada Mia ni, Cik Yan pun dah terasa malasnya nak baking sebab nak guna masa untuk tengok Mia je. Yelah kan, time keje seharian kita kat opis, sampai rumah adalah dalam 3 jam je untuk menghadap itu pun kalau dia tak tido awal. Lagi lak, sampai rumah dah dekat kul 7, simpan EBM yang pam kat opis ke dalam plastik, kuarkan yang frozen, letak lak satu botol yang baru pam, mandi dan solat dah berapa banyak masa kita guna sendiri.
Dalam pantang hari tu beria la nak baking itu ini kan tapi sudahnya cuma sekali je buat kek itu pun cari resepi tak pakai mixer. Selebihnya Cik Yan ingat, Cik Yan buat 2 kali kuih bakar tak pun orang panggil bahulu kemboja dan juga kuih lapis. Buat kuih macam tak makan masa sangat sebab hasilnya berbaloi kerana En Suami memang akan makan cuma kek jelah dia kurang skit melainkan kek yang dia suka.

Bila orang dok tanya tak buat ke, bawak la ke opis, Cik Yan rasa cukupla kot 4 tahun dulu Cik Yan selalu bawak ke opis bagi kenkawan jamah tapi kali ni, tak dapat sangatla sebab takut barang penting tertinggal iaitu pam dan segala barang yang perlu untuk pam. Lagi lak Cik Yan naik lrt gi opis, sakit tangan kot nak pegang kalau kena berdiri nanti. Pepagi kan orang berpusu2 gi keje, kita lak bawak makanan kenalah jaga maruah makanan tu kan..jadi wat sementara waktu ni, biarlah Cik Yan gunakan masa sepenuhnya untuk Mia. Lama kan Cik Yan tunggu Mia jadi bila Mia dah ada ni, aktiviti semasa dia belum wujud lagi tu, Cik Yan slowing down dulu. Tapikan dalam masa dok type entri ni, hati melonjak nak try recipe Anna Olson dan pastinya tak guna mixer dan yang lain kali ni adalah tidak menggunakan butter, minyak tapi kita guna mayonis...

Oh ya, life memang berubah sama sekali dengan kehadiran Mia ni dan semuanya dipermudahkan dan semoga akan sentiasa dipermudahkan untuk setiap cabaran yang mendatang. Contohnya kalau dulu tido lambat jangan harapla leh berjaga pagi kekadang tu sampai rushing gi keje sebab terlewat siap. Skang ni, kalau Mia tido awal, Cik Yan dan En Suami pun terus tido awal dan Cik Yan pasti akan terjaga antara jam 12-2 pagi untuk pam dan kemudian alarm berbunyi jam 4.50 terus Cik Yan sesiap untuk gi keje. Seperti biasa memula, salin EBM dari plastik ke dalam botol dan kekadang tu sambil wat keje tu, leh lagi pam dan seterusnya gosok tudung sebelum amik Mia dari katilnya dan direct feeding sampai masuk waktu solat Subuh. Selesai menyusukan Mia, mandi dan terus bersiap untuk bekerja sambil tunggu maid Cik Yan datang jam 7 pagi.

Kalau En Suami tak sibuk, dia akan hantar ke opis terus jadi dalam keta tu pun boleh lagi pam dengan tenang sebab jalan jem kan..kira sampai opis, takyah la pam awal tunggu jam 10 pulak la lepas tu waktu lunch. Memang skang, rugi kalau gi lunch jejauh sebab nak amik masa 30 minit pam dengan tenang kat nursing room opis Cik Yan. Kalu time kat opis, leh la dapat 4-5 kali pam dengan amaun yang berubah2 tapi Alhamdulillah masih lagi dapat paling sikit pun 3 stok plastik dan sebotol yang fresh untuk Mia minum esok hari.

Kalau dulu, asal cuti panjang je, mula merancang nak berjalan dengan En Suami ke sana sini tapi skang, terasa rugi masa jika duk luar lelama kerana tak dapat buat stok. Tengok kawan Cik Yan walaupun bayi masih kecil, senang je tido sana sini tapi Cik Yan tak leh dah. Cik Yan kena usaha supaya dapat buat stok lagi banyak time cuti supaya bekalan Mia tak putus. Masa cuti panjang ni lah kalau asyik terjaga setiap 2 jam untuk pam, kita rasa tenang sangat sebab selama bekerja, Cik Yan amalkan konsep janji pam sebab tak nak guna masa bekerja banyak sangat. Jadi setiap kali masa cuti, akan pastikan pam sampai 30 minit setiap 2-3 jam di waktu pagi dan En Suami akan jaga Mia sekiranya Cik Yan tak mampu nak bangun awal.

Dulu, memang la jaga makan sebab tak nak berat bertambah-tambah kan tapi skang Cik Yan pastikan pengambilan nasi dan makan ikan atau memana sumber protein dengan banyak. Takde lagi istilah takde selera atau nak sekat makan (sekat makanan tak sihat je), sebab kita tak tau badan kita kekurangan apa jadi makan semua makanan berkhasiat supaya tak kurangkan aliran susu. Tak nak lagi fikir nanti gemuk sebab misi dah ada Mia ni adalah untuk susukan Mia selama yang boleh secara ekslusif. Banggakah kita seorang ibu konon nak jaga figure badan, tak nak gemuk tapi sudahnya terpaksa bagi anak susu formula sebab susu kita terjejas dek kerana kita kurang zat atau makan dengan konsep janji makan.

En Suami pun yang dulu termakan dengan kata doctor untuk top up dengan formula milk tidak lagi cakap apa2 malahan makin menyokong dan memastikan pemakanan Cik Yan. Kalau tak nak makan atau istilah kawan Cik Yan tak lalu makan, dia akan suapkan Cik Yan dan kalau dah kena suap, nak tak nak kenala buka mulut dan lepas tu dia reward dengan sesuatu yang Cik Yan gemar contohnya karipap, kuetiaw Malis tak pun buatkan air kopi. Betul la kot ada kakak tu kata minum kopi lancarkan aliran susu kuar dan tukang urut Cik Yan dulu memang bagi minum kopi time pantang sebab kopi tu panas kan..Ada orang cakap kafein semua tu kan, cuba tengok kat previous entry Cik Yan camner Cik Yan buat bila minum kopi dan kena makan ubat.

Dari segi shopping pulak, Cik Yan akan pastikan tempat shopping tu ada nursing room supaya selesa nak susukan Mia tapi skang rasanya Cik Yan cuma pastikan bawak shawl jadi bila Mia nak menyusu buat ala2 pakai shawl kat dada dan susukan Mia dan baju Cik Yan pastinya yang nursing punya tu jadi taklah nampak kulit badan kita. Aurat kena jaga gak kan tak kira apa kita buat sekali pun..Mia pun hari tu nampak sangat memahami bila Cik Yan selubung shawal tapi kita kena tengok selalu supaya tak rimas. Tak perlu la bagi Cik Yan beli nursing cover tu semua kalau ada nursing shirt cuma bawak shawl. Ala ramai ada shawl kan skang ni tapi kalau takde, takpelah, beli jelah nursing cover tu.

Apa lagi ek nak citer..em..next entry la ek kalau ada yang tertinggal..

Tuesday, 12 February 2013

Keje selepas cuti pantang..

Nampaknya dah hampir 3 bulan Cik Yan melahirkan Mia dan pada masa ni Alhamdulillah masih lagi berikan Mia susu badan. Hampir 3 minggu juga Cik Yan dah masuk opis dan pastinya kehidupan Cik Yan berubah sama sekali dan Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan semoga makin lama ianya semakin mudah.

Masa nak memula keja, perasaan kacau bilau mengenangkan soalan yang timbul ketika bekerja..kerap kali terfikir camner kalau Mia tak cukup susu. Payah Cik Yan nak tengok pattern menyusu Mia dan sebab selalu direct feeding, jadi tak tau amount sebenar yang Mia consume.

Tawakal je tatkala mengeluarkan EBM untuk dinyahbekukan buat bekalan Mia dan pada hari pertama, 6 stok EBM dikeluarkan dari freezer dan 1 botol susu yan baru di pam. Targetnya meninggalkan Mia selama 12 jam dan jika Mia tidak dapat menghabiskan botol ke 7, maka susu itu boleh dibekukan untuk dijadikan stok. Kat opis lak, terasa nak call je maid tanya keadaan Mia setiap jam. Siap pesan supaya waktu Mia memyusu dicatitkan jadi mudah untuk lihat pattern menyusu Mia ketika Cik Yan bekerja.

Nak jadi citer pulak, hari pertama masuk keja, En Suami terus out station ke Kemaman dan meninggalkan Cik Yan walaupun sebelum ni dia pun kerap turun sana..Balik rumah, tengok Mia senyum je melihat Cik Yan dan ketika menukar diapersnya, senyuman dan gelak ketawa Mia seperti menceritakan harinya tatkala Cik Yan bekerja. Alhamdulillah.

Jadi pada hari pertama bekerja, nampaknya Mia cuma minum 6 botol susu sahaja yang Cik Yan isi sebanyak 3-3.5 oz setiap satunya. Botol susu yang mengandungi susu yang baru pam tu terus Cik Yan frozen kan dan seterusnya mengeluarkan 5 EBM dan satu susu yang baru.

Kat opis lak, bermula kisah bekerja dari jam 8.00 - 1800 dan nampak gaya setiap 2 atau 3 jam harus di pam dan Alhamdulillah amount yang di pam sama tak pun hampir sama untuk setiap sesi pam. Kawan opis menjadi tempat bertanya setiap kali musykil tentang susu badan dan pastinya kawan baik Cik Yan dan adiknya juga dihubungi setiap kali rasa nak mencurah atau bertanya..whatsapp group tu dari buat pasal nak tanya hal baby, pantang sampai sekarang dan kini kadang-kadang menjadi tempat kami bincang hal baking.

Time lunch merupakan masa yang sangat berharga skang, takleh dah nak gi makan jejauh kerana Cik Yan perlukan masa yang banyak supaya dapat pam sampai 30 minit sebab waktu lain tu buat dalam 10 minit je sebab rasa tak sedap hati menghilangkan diri. Cik Yan teringat jugak blog yang Cik Yan baca, dia cakap biar pam 5 minit je janji pam supaya susu tak berhenti dihasilkan.

Nampaknya setelah hampir 3 minggu bekerja, Cik Yan dah dapat rentak Mia. Kalau botol tu cuma berisi 2.5 oz, confirm tak sampai 2 jam Mia akan mintak susu tapi kalau next botol tu 3.5oz , memang adala baki sikit jadi maid akan pastikan dia abiskan botol tu tak lebih sejam sebab susu yang dah dipanaskan takleh biar lebih dari sejam..

Jadi skang jadual harian Cik Yan bermula pada jam 0450, transfer EBM dalam botol, direct feeding Mia sampai azan Subuh, sesiap gi keje. Kalau En Suami nak antar gi opis, sempatla pam 30 minit dalam keta. Kekadang masa sesiap pun try pam gak sebab dah ada bra simple wishes tu kan...Setiap saat amat berharga sebab sebolehnya nak abiskan masa dengan Mia jadi gi opis pakai spek je..rugi pakai lense sebab guna masa..