Monday, 21 November 2011

20112011

Tahun ni, banyak date antara Cik Yan Dan En Suami yang x dapat kitorang celebrate sesama kerana faktor keje. Memula birthday Cik Yan pastu 3 days after, our wedding anniversary pulak. Pastu ni x lama lagi...271111, tarikh genap 6 tahun kitorang couple. Eh, korang celebrate atau ingat lagi x tarikh korang start couple? Ada kawan cakap time birthday or wedding anniversary kenala dapat hadiah or what so ever tapi Cik Yan x kisahla sebab bila dia rasa ada duit lebih, mulala dia offer memacam dan Cik Yan pun bagitau jelah nak apa dan seterusnya terpulang kalu dia rasa berpadanan ngan budget yang ada.

Sabtu baru ni dia dapat turun kejap dari kapal dan terus balik KL. Best rasa sebab dapat bagi En Suami rasa asam pedas ketam. Pastu dok melepak je la depan tv. En Suami offer ke kedai untuk beli mixer ngan mesin jahit tapi rasa macam tunggu jelah mixer yang anto repair tu. Cik Yan cakap kalau nak sangat nanti Cik Yan gi beli sendiri kat kedai BGC tu. Pastu Cik Yan dok citer pop corn Garreth tu..cepat je dia nak bawa ke KLCC tapi sama je alasan Cik Yan, leh beli sendiri nanti. Tapi ni dok terpikir ntah2 dia nak rasa pop corn tu kan..Bukan apa..sian dia. Drive jauh pastu nak berjalan2 pulak..baik dok rumah berehat je sebab pagi Ahad kena gi Kemaman balik.

Pasal dah kata nanti nak breakfast kat luar je jadi pagi tadi kitorang gi breakfast kat Medan selera lama kat Taman Melawati. Best gak nasi dagang tu..Cik Yan makan ngan ayam masak merah dan En Suami makan dengan lauk ikan tongkol.boleh pulak dia cakap x sangka dapat makan nasi dagang yang menepati hampir 85% citarasanya di KL.

Pas breakfast tertiba dia cakap terasa nak beli bunga. Cik Yan ok kan saje..sampai je tengok2 ada 3 bakul bunga dah siap gubah. Cik Yan suka yang ada Rose ngan Carla Red dan sambil tu tengok2 jugak kalu ada rose purple tapi xde. En Suami pun beli gubahan ni dan dia minta sekuntum rose merah..Wah suka Cik Yan...advance flowers for our anniversary on 27th tu kan.



No comments:

Post a Comment