Friday, 11 November 2011

11.11.11



It is just another day..cuma cantik jelah pada nombor dia kan..tapi keadaan tu berubah bila mendapat berita dari En Suami..

Sejak dia turun dari Kemaman sebelum raya Haji, dia dah kerisauan mencari tempat untuk belajar. Walaupun mendapat bimbingan dan perkongsian pengalaman dari DP Captain, malangnya ketika ini, Jabatan Laut dan ALAM telah memansuhkan module pembelajaran yang diambil oleh DP Captain tu. Jadi langkah agak tersekat disitu.

Semalam, 10 Nov, ketika berjumpa dengan pegawai akademik di Jabatan Laut, En Suami mendapat tau yang dia mungkin mengalami kesukaran ketika mendaftar untuk exam. Goyah dah dia..termenung je dia..nampak raut muka kesedihan dan x seperti biasa..Kalu tak, pastinya En Suami cakap tak berenti kan..

Jadi pada pagi ni (9.45am), En Suami mintak kebenaran nak gi Mardept..bukan apa, dia mintak Cik Yan cuti tapi pepagi dia terasa nak mengungkai rasa x puas hati dia tu..Nak ikut? malas la..baik duk rumah relax2 kan..

Tepat kul 11.22, En Suami call dan menyampaikan berita gembira. Alhamdulillah, perjalanan dia dipermudahkan satu langkah. Tatkala sampai di Mardept, dia berpeluang berjumpa dengan Pengarah Jabatan Laut. Apabila melihatkan sijil2, buku pelaut dan COC En Suami, segera beliau menyokong hasrat En Suami untuk menukar bidangnya itu..(currently Near Coastal Master Unlimited) to Foreign Going Master..Maka beliau pun mengeluarkan recommendation letter dan meminta En Suami juga mengeluarkan surat pemohonan untuk belajar di ALAM di dalam Foreign Going.Terusla kan En Suami call dan bersuara girang kerana tak perlu lagi mencari tempat di luar Malaysia.

Alhamdulillah..pada detik 1122hrs, 11.11.11, terungkai segalanya dan kurang satu kesukaran untuk mengejar cita-citanya. Moga selepas ini, Cik Yan pulak la dapat further study kan..baru seiring dan sejalan kan..tapi hati nak belajar buat kek je...camner ek..


No comments:

Post a Comment