Sesape suka adik beradik Master Chef mesti akan tengok jugak Master Chef Malaysia. Memangla kekadang rasa macam Junior Master Chef pun lagi terror tapi layan jelah..
Sampai la satu masa tu, ujian tekanan untuk ke top 24 kalu tak salah. Mereka harus membuat tiramisu menggunakan resepi Chef Riz (anak Chef Wan). Cik Yan pun apa lagi mula la start stress macam kes 4 Tier Choc Cake by Donna Hay tu (
baca sini).
Gi keje dok bising2 nak tiramisu. Kawan Cik Yan yang dok email2 tu pun bagi idea untuk beli di Secret Recipe. Dah beli dah dulu tapi takleh tima. Maka dengan itu balik je keje langsung ke Yumi untuk membeli sponge finger. Memula masa keje tu terasa nak short cut ngan beli sponge cake je dan buatlah cream cheese tu kan tapi xleh gak. Mujur la ada stok sponge finger kat Yumi tu kalu tak maunya Cik Yan akan melangkah panjang ke Wangsa Walk.
Jadi semak resepi bebetul. Resepi terdahulu Cik Yan buat tiramisu yang tak perlu masak. Ala-ala chilled cheese cake la. Kali ni pasal nak tiru Chef Riz punya gak..maka tu yang buat baked tiramisu.
Bahan-bahan:
250g cream cheese, lagi best pakai mascarpone
100 ml sour cream
60g gula
2 biji telur
1 tsp vanila
30 sponge finger/ saviordi
4 tsp instant coffee (Cik Yan guna Nescafe Decaf)
250ml air panas
1tbsp gula
Potong kecik2 Cream cheese atau dadukan dia sebelum dikisar (Cik Yan saje guna food processor). Kemudian masukkan gula dan kisar lagi.
Keju akan kelihatan semakin berkilat dan ketika itu masukkan telur, krim dan juga vanila. Memandangkan Cik Yan xde sour cream, jadinya Cik Yan gunakan 100 ml whipping cream diperahkan lemon dan kacau. Cream tu akan jadi pekat..(dalam hati kalu tak jadi, ingat nak letak apple cider je)
Kisar sampai tiada ketulan dan pastikan sentiasa bersihkan dinding pengisar tu.Kalu pakai mixer biasa, pastikan sentiasa ratakan adunan yang tepi2 tu..karang berketul2 lak.
Time ni sesuai dah panas kan oven 160C. Bancuhkan instant coffee, gula dan air kemudian susun sponge finger dalam acuan.
Selepas susun tu renjiskan bancuhan kopi tadi tapi jangan terlampau banyak. Kemudian tuangkan separuh cream kita tadi dan hentakkan supaya keju menutupi bahagian permukaan bawah.
Kemudian untuk lapisan biskut seterusnya, rendam kan sikit sponge finger ke dalam bancuhan kopi dan susun sepeti lapisan awal tadi dan curahkan baki selebihnya.
Bakar menggunakan kaedah Bain Marie selama 50 minit atau sehingga bewarna kekuningan skit.
Ok..untuk topping lak..Cik Yan sesuka hati je guna 1/2 cwn non dairy whipping cream. Pukul dan sapu je atas tu...Siap dah untuk di simpan..Eh..lupa..sejukkan kek dulu baru sapu topping...dah sapu topping masuk balik dlm fridge yer..
Ni makan di tengah malam..lately ni Cik Yan nak bebenda manis je..kopi dah x minum dah memalam..Ada hati lagi rasa nak buat Tiramisu lagi tapi kali ni nak buat yang takyah bakar..