Monday 23 November 2015

Mia dah 3 tahun la..

Cik Yan still ingat lagi, selepas beberapa minggu dalam bulan Feb 2012 nafsu makan membuak2. Suka sangat benda manis dan asyik kelaparan padahal lunch memang tak pernah skip. En Suami kadang2 macam marah gak sebab masa dia jemput Cik Yan kata lapar. Kena berenti makan satu hal lepas tu malam nak juga makan malam dan dia lak ketika itu sibuk sangat dengan first company dia tak pun dengan sorang kawan ni yang ibarat sentiasa bersama dari pagi sampai malam.

Bulan Mac, selepas 2 kali bagitau En Suami tapi dia xde perasaan (masa tu anak buah sakit tak membuang berminggu dan dia tolong bawak jumpa Dr Iean), dia bawak Cik Yan ke klinik dan Cik Yan masuk sorang sebab dia layan kawan yang lain. Jumpa doktor, sampai doktor tu pun sesama lafaz Alhamdulillah lepas Cik Yan citer yang Cik Yan menunggu berita ni selama 4 tahun.

Jumpa En Suami kat Vitacare (beli botol susu untuk anak buah), muka garang jugak tapi lepas bagitau, all changed. Esoknya Sabtu terus call klinik Dr Ashar untuk buat appointment dan bermula la ulang alik setiap bulan sampai la Mia bersedia nak keluar melihat dunia pada hari Jumaat yang mulia bersamaan 9 Muharram 1434 tahun Islam dan 23 November 2012 jam 5.36 am.

Mia permata hati ayah dan mama yang pertama dan yang memberi peluang kepada mama untuk merasai pengalaman menjadi seorang ibu, menghadapi cabaran menyusu, bekerja dan segalanya berkaitan parenthood. Mama takleh nak jadi a perfect mom tapi mama leh usaha untuk bagi yang terbaik buat Mia.

Kali ni, pada ulang tahun ke 3 ni, mama tak dapat siapkan pape tapi ada kelainan sedikit sebab ayah dah setuju dari awal2 dulu. Tahun pertama mama siapkan kek dari buah2 yang Mia suka, tahun kedua lak mama buatkan red velvet cake dan kita sebelum tu makan2 kat Madam Kwan dan main bersukaria dekat Jungle Gym Bangsar Shopping Complex.

Cuma sebab mama rasa bersalah sebab tak dapat baking cake on your special day, mama buat pop corn sendiri dan Mia makan dengan gembiranya sambil tengok Channel Disney Junior. What can i wish more to see you grow happily and healthy.

CAHAYA KEBERKATAN AGAMAKU, semoga anak mama membesar menjadi wanita yang solehah, berjaya dunia dan akhirat seiiring dengan makna NUR DAMIA ADDEENA.



No comments:

Post a Comment