Korang pernah tengok tak citer cina tajuk CJ7. Sedih tau citer tu tapi apa yang Cik Yan nak citer ni bukanla sinopsis citer tu. Masa babak awal citer tu, Siu Tek (anak Chow Sing Chee) bagitau dalam kelas yang dia bercita-cita nak jadi orang miskin. Katanya ayah dia pesan biar miskin asalkan tidak menipu orang, mencuri dan belajar bersungguh supaya tidak dihina orang. Ada satu babak lain pulak dia kena denda berdiri kat tiang bendera sebab kasut sukan dia terkoyak masa pelajaran pendidikan jasmani. Jadi bila ayah dia balik, dia pesan supaya ayah dia mencari atau kutip kasut sukan yang baru di kawasan pembuangan sampah. Siu Tek sangat sedar diri dengan keadaan kewangan ayah dia. Dan ayah dia pulak, walaupun keje sebagai buruh binaan, mahu anak dia berpelajaran supaya tidak di hina masyarakat dan tidak hidup susah sepertinya.
Ada setengah orang dilahirkan dalam kemewahan, apa saja yang dimiliki pastinya adalah sesuatu yang mungkin sukar untuk insan lain miliki pada usia muda. Kalu orang itu sedar tentang kemewahan dia dan sedar orang lain tidak bernasib baik sepertinya, tidakla dia harus bermegah2 dengan apa yang dia ada atau memperlekehkan apa yang orang lain miliki.
Untuk insan seperti kami, Cik Yan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana En Suami pula dibesarkan pada awalnya dalam kemewahan tapi apabila arwah ayah pergi, perniagaan ditipu oleh rakan baik arwah ayah, hidup jadi susah sehingga makan pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cik Yan pernah lihat kesedihan ibu bapa Cik Yan apabila mendengar seseorang yang disayangi kata camni "kecik kan rumah ni, macam penjara..x macam rumah kita" menangis mak Cik Yan, terguris hati abah Cik Yan mendengar kata2 itu. Tapi Alhamdulillah, kami yang dibesarkan di rumah yang dikatakan macam penjara tu setakat ni masih mampu untuk menjalani dan mengecapi kehidupan ini seadanya.
Kekadang mereka yang mewah dari dulu ni dalam diam tak sedar mengguris hati insan sekeliling. Kekadang secara terangan mengutuk atau mengkritik tanpa ada sempadan. Bagi Cik Yan, kekadang Cik Yan rasa sangat excited bila dapat hadiah dari En Suami. Bukan apa kekadang dia juga rasa sangat excited sebab dapat beli apa yang Cik Yan nak. Dia rasa suka sangat sebab dapat membantu dalam perubatan ibunya dan juga dapat membeli apa yang Cik Yan suka atau apa yang dia rasa Cik Yan pasti suka.
Untuk orang yang macam kami (orang lain x taula..ni kan citer Cik Yan), bila kita kagum akan sesuatu benda, mungkin kita akan kagum dari segi rupa bentuk, canggih ke apa ke tapi nak memiliki mungkin bukan rezeki atau keutamaan kami. Bila kita citer sesuatu benda berulang kali tak bermakna kita kena beli..tapi mungkin kena minta maaflah kalu buat orang boring kan..
Orang lain kekadang suka menghakimi En Suami bila dia minta orang itu ini support dia padahal hakikat sebenar itu adalah duit hak dia yang dia x tuntut dari dulu menunggu masa yang sesuai..Mereka yang dituntut juga memang menunggu masa bila je dorang boleh membayar hutang mereka tu. Ada pulak yang memperlekehkan cara En Suami..ada juga yang mengambil kesempatan melampau2 sampai satu tahap Cik Yan rasa nak je sound tapi macam kawan baik Cik Yan pesan..sabar dulu selagi dia x bersuara, jangan buat pape..Memang betul, nampak perubahan En Suami sejak bercuti ni..dia mendiamkan diri dan sangat low profile. Betulla dulu Cik Yan post kat fb, kalu dia nak contact, dia akan cari orang tu, x perlu orang dok sms or call dia sebab dia xkan layan.
No comments:
Post a Comment