Cik Yan baru je siap kuarkan biskut terakhir dari dalam oven. Semerbak bau kopi sebab Cik Yan gunakan coffee oil dalam biskut coklat chip Cik Yan. Rindu akan pada rasanya kerana tahun lepas Cik Yan tak buat satu kuih raya pun dan bergantung pada kuih raya beli sepenuhnya. Kali ni Alhamdulillah dapat membuat sendiri walaupun ada gak beli..at least ada gak buat kan...kan...Buat biskut kali ni mencabar sikit tapi seronok sebab ada assistant kecik yang sibuk nak menolong tapi dia tak buat sepah pun. Bila cakap aippp..terus angkat tangan...serius..percaya ke Mia angkat tangan? Hehehe..
Memula hari tu buat biskut sarang semut sebab biskut ni menjadi kegemaran adik Cik Yan..masa tu memang Mia dah tido dan Cik Yan bancuh untuk 2 adunan terus. Nasib En Suami takde, rasanya dia gi Kuala Terengganu untuk presentation tujuan Nautica Medicare ditubuhkan dan notis Jabatan Laut mengenai Medical Chest untuk setiap ahli kapal..Aktiviti baking mula kul 11.30 malam dan selesai pada waktu sahur..Mia yang bestnya tido terus takde bangun mintak susu atau terasa Cik Yan tak tido sekali. Budak dah besar, nak dapat adik pun Insya Allah December nanti..nyenyak tido dengan selimut dia..
Teringat masa Mia kecik dulu, lebih tepat lagi lepas Cik Yan tamat tempoh pantang, En Suami ajak jenjalan gi Mid Valley. Hati gusar je sebab kira itu pertama kali membawa Mia kuar dari rumah selain dari gi spital untuk appointment. Baru nak seronok tertiba Mia nangis nak susu..jenuh menahan diri sebab terkejar mencari kawasan yang ada nursing room. Cik Yan boleh biarkan Mia menangis sekuatnya walaupun En Suami dah kata susukan je dekat seat ni (ada satu kerusi rehat, tersorok sikitla dari orang) tapi Cik Yan enggan. Bila sampai nursing room..kesiannya tengok Mia yang betul-betul dahaga..kejam nya Cik Yan. Sejak dari tu memang Cik Yan tak nak berjalan sesaja kalau takde nak beli pape..
Tapi tu berubah bila En Suami insist gi bercuti di De Colmar Bukit Tinggi dan siap pancing bagi Cik Yan booking suite..Masa tu cuti Tahun Baru Cina dan Mia baru berusia 3 bulan kalau tak silap. Sebab sejuk la jugak, Cik Yan angkut shawl bersama ketika nak gi buffet dinner. Seperti biasa baru je nak duduk kat meja menikmati makanan..Mia uwekkkk nak susu dan nampak gak la kerisauan En Suami seperti membayangkan Cik Yan lari ke bilik..Cik Yan pun amik shawl dan amik Mia sambil makan (En Suami amikkan makanan)..Jadinya Mia kenyang menyusu, mama kenyang makan..sejak dari itu..shawl memang dibawa kalau pergi ke mall atau memana yang ada orang ramai.
Bila pertama kali jadi ibu, ada yang begitu yakin ke sana sini dengan bayi kecil. Habis pantang je terus berjalan sakan sebab selama dalam pantang terkurung. Cik Yan rasa kali ni Insya Allah tau dah nak buat camner kalau baru je jalan tak jumpa lagi nursing room tapi baby dah nangis bagai..baju skang pun dah banyak fesyen yang nursing friendly jadi xlah terlampau banyak nak kena cover ketika menyusu di tengah orang ramai..oooo baby...kita tunggu December ni dan selepas mama abis pantang ek...tengok ada benda baru untuk belajar atau boleh dipraktikkan tak..